"Lunch" tadi lepas makan aku pergi "hair saloon" kat Kotaraya dengan Dato' Sri Cahaya. Dah lama aku bercadang nak potong sikit rambut aku. Lepas aku warnakan rambut aku lebih kurang 3 bulan lepas, aku belum buat apa-apa lagi. Tercapailah harapan aku hari ni.
Aku tak potong banyak pun. Sekadar buang yang mana terlebih dan terkurang nak bagi nampak cantik sikit. Kalau tidak setiap kali bangun pagi mesti macam rupa singa. Geram betul aku. Dah tak tahu macam mana nak buat dah.
Bukan sahaja potong, tapi aku juga cuci rambut. Masa dia tengah cuci tu, rasa macam nak tidur jer. Satu terapi untuk aku. Betapa rasa lega bila ada orang belai-belai rambut dan kepala kita. Dalam keadaan aku yang "stress" ni memang sesuai la aku ke "saloon".
No comments:
Post a Comment