Friday, December 24, 2010

Cerita... Writing Skills

My writing skills were poor. I do not have time to write. I miss my school days. I can write a novel in a week but I do not keep a copy of that novel. Now I will try to write, although not as good as before. I think I need to write everyday to become proficient as ever.

Thursday, December 23, 2010

Cerita... 5 Cara Tingkat Kesuburan

1. Turunkan Berat Badan
Anda atau suami yang mengalami masalah kegemukan perlu menurunkan berat badan apabila merangcang untuk hamil.

2. Rajin Bersenam
Tingkatkan kekerapan melakukan aktiviti fizikal yang mudah seperti berjogging, berenang dan lain-lain.

3. Hadkan Pengambilan Kafein
Produk makanan dan minuman mengandungi kafein perlu dikurangkan kerana kafein yang banyak dalam darah mengurangkan penghasilan hormon prolaktin.

4. Ambil Makanan Kaya Mineral
Makanlah lebih banyak tiram, ikan sardin, udang, ayam dan daging tidak berlemak, keju, telur, beras merah dan sebagainya untuk meningkatkan penghasilan sperma.

5. Elak Makanan Proses
Makanan yang di proses mengandungi kurang vitamin dan mineral tetapi tinggi kalori yang berisiko mengganggu tahap kesuburan.

Tuesday, December 21, 2010

Cerita... Kasih IBU

Nota: Kisah yang di fwd kepada saya

Baru-baru ini saya ke Negeri Sembilan untuk mengunjungi rumah seorang saudara. Sewaktu kereta melalui hutan rekreasi Hulu Bendul di kuala Pilah, nun di depan sana ,saya lihat ada sekumpulan monyet mundar-mandir di sisi jalan yang sibuk. Ia seperti terburu-buru untuk melintas.

Saya terus memandu dan sewaktu kereta semakin hamper, saya terkejut kerana ada seekor monyet menggeletik di atas jalan. Ia baru dilanggar salah sebuah kereta di hadapan saya. Pantas saya menekan brek dan memperlahankan kereta.

Kereta semakin hamper dan dada ini berdebar apabila melihat monyet itu terus menggelupur dan menghempas-hempas ke atas jalan. Kakinya terketar-ketar. Di sisinya ada darah dan cebisan daging.

Tapi paling menyentak perasaan saya ialah apabila melihat perutnya yang buncit itu terburai, dan dari celah luka besar itu tersembul sesuatu berwarna kelabu. Tahukah pembaca, benda apakah yang saya lihat itu?

Benda kelabu itu adalah anak yang masih dalam kandungannya!

Pada ketika itu saya terasa tubuh ini menggeletar. Saya pasti, si ibu monyet tadi akan mati sebentar lagi. Begitu juga dengan anaknya, nyawanya melayang sebelum sempat melihat wajah ibu.

Sebaik melintasinya, saya pandang cermin sisi dan belakang. Saya nampak kawanan monyet tadi bercempera. Ia berlari-lari mendapatkan si ibu tadi, tapi kemudian bertempiaran semula ke tepi jalan kerana hamper saja dilanggar kenderaan yang lalu-lalang.

Mungkin kepada pembaca sekalian, apalah ada pada nyawa seekor monyet.

Ia hanya monyet. Haiwan hodoh. Hidupnya di hutan, tidak setaraf dengan manusiawi.

Tapi tidak kepada saya. Pulang bercuti, saya terus catatkan surat ini, kerana peristiwa yang saya sebutkan tadi sebenarnya telah mengingatkan saya kepada sebuah peristiwa yang berlaku pada awal 1990-an.

Ketika itu usia saya masih di awal 20-an. Hari itu, saya diajak oleh seorang bapa saudara untuk memburu di hutan berhampiran rumah. Saya bukanlah minat memburu, tapi daripada bosan terperap di rumah, saya terima ajakan bapa saudara saya tadi.

Masih saya ingat, beberapa jam berburu, matahari pun sudah meninggi, tapi tiada seekor haiwan pun melintas di hadapan kami. Pelanduk, napuh, rusa, ayam hutan dan burung yang selalu berlegar di hutan itu, seolah-olah bersembunyai jauh dari kami. Hutan itu sepi.

Saya bertambah rimas, pak cik pula saya lihat mula kecewa. Hari kian beranjak petang, pak cik menepuk-nepuk senapang Relanya. Kata pak cik, "Kita balik ajalah, hari ni tak ada apa-apa.Mungkin esok ada habuan."

Kami berjalan pulang, tapi selang dua tiga puluh langkah, kami terdengar suara riuh-rendah di sebalik pokok-pokok besar di hadapan kami. Saya mengamati suara itu, ternyata ia dating dari sekawan monyet yang sedang memakan buah-buah hutan.

Saya perhatikan pak cik begitu berminat memerhatikan haiwan itu. Di bibirnya ada sebaris senyuman. Senyuman yang saya faham benar maksudnya.

Adakah pak cik hendak menembak monyet-monyet itu?

"Haa. Pak cik nak tembak ibunya, lepas tu pak cik nak ambil anaknya, nanti boleh bela," begitu jawapan pak cik.

Masih saya ingat juga, saya beberapa kali mendesak pak cik supaya membatalkan hasratnya itu, tapi gagal. Saya gagal mengendurkan niatnya.

Tidak akan saya lupa kata-kata pak cik petang itu, "daripada balik tangan kosong? " lalu dia mengacukan senapangnya ke arah kawasan monyet tadi, dan...

DAMMM!!!

Demi berdentum saja senapang, bercempera dan lintang-pukang monyet-monyet tadi menyelamatkan diri. Hutan itu riuh dengan bunyai ranting patah serta jerit pekik haiwan berkenaan.

BUUUPP! Ada suatu benda yang jatuh ke tanah.

Saya terpandang seekor ibu monyet jatuh berdekatan kami. Saya dan pak cik terus mendapatkannya. Dari perutnya bercucuran darah pekat. Anaknya yang tidak mengerti apa-apa terlepas dari pelukan, tercampak tidak jauh dari ibunya sambil menjerit-jerit.

Si ibu merengus-rengus memanggil anaknya dengan lemah. Ia cuba bangun dengan besusah payah sambil tangannya mencapai akar-akar pokok untuk mendekati anaknya. Sebelah tangan lagi menekap perut yang masih berdarah. Ia berusaha melangkah tapi terjatuh semula. Digagahi lagi sambil berguling-guling ke arah anaknya. Si anak yang baru pandai berjalan jatuh, bangun mendapatkan ibunya.

Si anak itu terus saja memeluk ibunya yang kesakitan. Masih terbayang jelas di ingatan saya bagaimana si ibu monyet tadi memegang tubuh dan menatap wajah anaknya puas-puas, kemudian dicium berkali-kali.

Setelah itu dibawa si anak ke dada lalu disuakan susunya. Saya dan pak cik terdiam melihat si anak mengisap susu manakala ibunya mengerang-ngerang perlahan seakan memujuk sambil menahan sakit.

Hati saya tersentuh. Betapa si anak yang baru melihat dunia tidak tahu bahawa ibu tempat dia bermanja akan pergi buat selama-lamanya. Saya tidak mampu menyelami fikiran ibu monyet tadi, tapi mungkin ia ingin memeluk anaknya buat kali terakhir, sepuas-puasnya, kerana selepas ini ibu akan pergi.

Ibu tidak akan dapat memelukmu lagi apabila kau kesejukan, menyuap mulutmu bila kau merengek kelaparan, juga melindungimu bila kau kepanasan.

Mata si ibu monyet itu memandang ke arah kami. Tangannya memeluk erat si anak seolah-olah enggan melepaskannya, biarlah ia mati bersama anaknya.

Matanya saya lihat digenangi air, masih tidak lepas memandang kami dengan pandangan sayu, mungkin ingin menyatakan betapa kejamnya manusia.

Dosa apakah yang aku lakukan hungga aku ditembak?

Salahkah aku bebas ke sana ke mari di bumi indah ciptaan Allah ini?

Tubuh ibu monyet itu berlumuran darah, begitu juga dengan si anak yang masih di pelukannya. Beberapa detik kemudian, dengan tenaga yang masih berbaki, kami lihat si ibu mencium anaknya untuk ke sekian kalinya. Perlahan-lahan tubuhnya terkulai ditanah, bisa penabur dari muncung senapang pak cik tadi tidak dapat ditanggung lagi.

Si anak menjerit-jerit memanggil ibunya supaya bangun dan melarikan diri dari situ, tapi si ibu sudah tidak bernyawa lagi. Puas menjerit, si anak tadi menyusu semula.

Di saat itu perasaan saya terlalu sebak. Saya perhatikan pak cik, dia beberapa kali menggetap bibir cuba menahan air matanya daripada tumpah ke pipi.

Tapi bila melihat si anak monyet tadi menjerit dan menggoncang-goncang tubuh ibunya, akhirnya air mata kami tumpah juga. Saya betul-betul kesal dengan apa yang berlaku.

Susana sunyai kembali. Si anak monyet itu kami rangkul dan bawa pulang, Biarpun ia terus menjerit-jerit dan enggan berpisah dengan ibunya yang telah mati.

Di dalam kereta saya hanya mendiamkan diri. Begitu juga pak cik. Pada ketika itu saya dapat merasakan betapa kejamnya kami kerana membunuh satu nyawa yang tidak berdosa. Biarpun monyet itu hanya haiwan yang hodoh, tapi mereka juga ada perasaan, ada rasa kasih kepada anak, rasa saying kepada ibu. Tapi kita manusia??

Mana hilangnya akal waras kami?

Selang dua minggu kemudian, anak monyet tadi mengikut jejak ibunya. Pak cik memberitahu saya, anak monyet itu tidak mahu makan dan asyik menjerit-jerit sahaja. Mungkin ia rindukan ibunya. Apabila malam, keadaannya bertambah teruk, dan akhirnya mati.

Kini saya sudah bekerja dan berumah tangga. Peristiwa tadi sudah saya ceritakan kepada anak dan isteri saya agar mereka mengerti bahawa haiwan juga punya perasaan. Yang kejam adalah manusia, walaupun kitalah satu-satunya makhluk yang Tuhan anugerahkan akal fikiran.

Tidak lupa saya memberitahu mereka betapa agung dan sucinya kasih sayang ibu.

Soalan: Pernahkah anda menghadapi sendiri pengalaman kisah seperti ini?

Tuesday, December 14, 2010

Cerita... Sekadar Renungan

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari" Huraian hadith:

1. Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada );

2. Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah);

3. Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah;

4. Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah
kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2);

5. Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
(kata Azmil Mustapha).... ..Mari kita cuba….Allahhuakhbar. ..

Monday, December 13, 2010

Cerita... Mummy Miss Rayn

Dah nak masuk sebulan rayn kat Kelantan. Mummy miss Rayn sangat-sangat. Miss nak peluk... Nak cium... Nak kacau... Nak gomol-gomol....

Kalau Rayn ada mesti kecoh satu rumah. Habis 1 rumah Rayn selerakkan. TV akan terpasang jer. "Channels" yang Rayn suka : 612, 613, 615 & 616.

Friday, December 10, 2010

Cerita... Apply Kerja

Hari ini aku mencuba nasib. Aku telah menghantar 3 resume untuk 3 position di Sime Darby dan AmBank. Aku harap sangat tersangkut dengan mana-mana satu jawatan yang di tawarkan.

Sepanjang 5 tahun ini, tak pernah satu pun tersangkut untuk interview. Apalah nasib aku.

Thursday, December 9, 2010

Cerita... Drift At Elivated Highway

Bangun dah lambat sebab semalam makan ubat. Dah terbabas pagi nasib baik period. Hujan tak ada lebat sangat tapi jalan basah laaaa.... Dah sampai kat Jalan Ampang jem teruk sangat. Nak masuk Elivated Highway ada satu VIVA ni terkedek-kedek kejap ke kiri kejap ke kanan.

"Husband" aku punya perangai tahu aje la. Tak boleh kalau kereta terkedek-kedek.... Dia potong VIVA tuh masuk selekoh tajam dia potong sebuah bas persiaran. Tak sempat nak counter balik kereta berpusing 360 darjah. Alhamdulillah Allah S.W.T. masih sayang kami. Bas dan kereta belakang kami tak laju. Kereta kami pun tak laju.

Aku dah separuh nyawa dah. Menggigil-gigil aku di buatnya. Laki aku ni pun satu suka sangat pandu sesuka hati dia. Kalau aku membebel-bebel dia cakap tau la apa dia buat. Orang lelaki ni mana suka dengar perempuan komen cara pemanduan dia orang.

Monday, December 6, 2010

Cerita... Hijrah

Alhamdulillah.... Esok dah nak masuk tahun baru Hijrah. Aku masih lagi meneruskan tugas harian ku seperti biasa. Insya Allah aku ingin berubah kepada kebaikan.
Aidil pulak akan berhijrah ke 'Company' baru. Suasana baru. Kerja baru. Aku pun tak tahu adakah ini keputusan terbaik buat keluarga kami. Harapan aku Insya Allah semua akan berjalan dengan lancar tanpa banyak dugaan yang akan tiba.
Aku pula masih disini. Masih mencari-cari peluang untuk aku berhijrah demi kebaikan kami semua.

Friday, November 26, 2010

Cerita... Janji

Kalau kita berjanji ada kah senang kita nak mungkiri?
Macam mana pula kalau orang lain berjanji dengan kita?
Kalau dia langgar janji apa perasaan anda?

Wednesday, November 24, 2010

Cerita... Lagenda Budak Setan

Bila cinta kini.
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu...
Dalam harapan

Monday, November 15, 2010

Cerita... Raynia Demam & Batuk

Last Thursday Raynia demam. Ummi Nursery call kat aku nak minta kebenaran nak bagi Raynia makan ubat. Aku bagi la sebab aku tak boleh balik hari tu. Balik office aku bawak pergi klinik. Balik makan ubat dia tidur.
Hari minggu Raynia demam lagi berserta batuk-batuk. Bila bagi ubat dia akan ok sekejap. Risau aku di buatnya. Aku taku dia kena pnemonia. Sebab kawan aku punya anak bila 2-3 kali demam on off anak dia kena jangkitan paru-paru.
Pagi tadi aku hantar Raynia pergi Nursery dengan berat hati. Kalau ikutkan hati aku nak jer ambil EL. Tapi aku kena submit kerja urgent yang boss nak. Esok pulak aku dah start cuti Hari Raya Qorban.

Tuesday, November 9, 2010

Cerita... Public Holiday & School Holiday 2011

SCHOOL HOLIDAY 2011:-

1. 12th March 2011 - 20th March 2011 (9 days);
2. 28th May 2011 - 12th June 2011 (16 days);
3. 27th August 2011 - 4th September 2011 (9 days);
4. 19th November 2011 - 1st January 2012 (43 days).


PUBLIC HOLIDAY 2011 :-

1. New Year's Day - Saturday 1 January 2011
2. Thaipusam - Thursday 20 January 2011
3. Federal Territory Day - Tuesday 1 February 2011
4. Chinese New Year - Thursday 3 February 2011 & Friday 4 February 2011
5. Maulidur Rasul (Birthday of Prophet Muhammad S.A.W) - Tuesday 15 February 2011
6. Labour Day - Sunday 1 May 2011**
7. Wesak Day - Tuesday 17 May 2011
8. Birthday Celebration of SPB Yang di Pertuan Agong (King's Birthday) - Saturday 4 June 2011
9. Eid Al-Fitr (Hari Raya Puasa) - Tuesday 30 August - Wednesday 31st August 2011
10. National Day - Wednesday 31st August 2011
11. Hari Malaysia - Friday 16 September 2011
12. Deepavali - Wednesday 26 October 2011
13. Eid Al-Adha (Hari Raya Qurban) - Sunday 6 November 2011**
14. Maal Hijrah (Awal Muharram) 1431 Hijrah - Sunday 27 November 2011**
15. Christmas - Sunday 25 December 2011**

Cerita... Dinner At Istana Bambu

Last nite gath with BFF.... Lenn, Boy, Edex, May, Fahmi kat Istana Bambu kat tepi highway MRRII.... Tujuan gath ni sebab we all nak discuss pasal plan nak pergi holiday in April 2011.
Aku teringin makan udang bakar. Tapi kat situ x de seafood yang menarik hati. Apa yang we all nak makan sumthing special tapi restoran ni indah khabar dari rupa. Istana Bambu ni hanya sebuah restoran biasa sahaja. Tak ada apa-apa yang istimewa tentang makanan kecuali suasana dia lain sikit ala-ala Kampung Daun kat Bandung. Tempat makan bersila dalam pondok. Ni mula la teringat nak pergi Bandung ni. Selesa untuk Rayn dan Raynia pasal dia orang bebas untuk buat apa sahaja.
Apa yang buat lagi sakit hati ialah apa yang kami oder dia masukkan sekali dalam bil. Nasib baik we all jenis check dulu apa yang we all makan sebelum bayar. Memang banyak oder yang di pesan tapi tak sampai di masukkan dalam bil.
Untuk ulang makan kat situ mungkin tidak. Aku bagi 3 STARS jer la untuk Istana Bambu ni. Baik makan belakang Felda tu jer.....

Sunday, November 7, 2010

Cerita... Kawan di Forum

Anda ada kawan forum? Aku mula menceburkan diri dengan forum sejak tahun 2006. Baru lagi baru 4 tahun. Forum yang aku suka melepak ialah Forum CARI. Masa mula-mula aku berjinak-jinak dengan dunia forum, aku selalu melepak di 'thread' Gosip Artis sebagai 'silent reader'. Aku komen sikit-sikit sahaja.

Bila aku kahwin dan mengandung, aku beralih arah ke 'thread' "Parenting". Bila aku memerlukan maklumat, kat situ ramai kawan-kawan yang membantu memberi pendapat dan nasihat.

Sekarang aku menjadi penghuni tetap di rumah "Geng Lepas Pantang". Ramai kawan-kawan yang aku baru kenal. Walaupun pada mulanya kami tidak pernah bersua muka, tapi kami tetap rapat dan saling berkongsi cerita, maklumat dan pendapat.

Ada orang cakap "Boleh ke kawan-kawan forum jadi rapat?" Dulu aku ragu-ragu untuk menjawab soalan ini. Tapi kini aku denggan bangganya mengaku bahawa aku lebih suka berkawan dengan kawan-kawan di forum dari dunia nyata. Kenapa? Sebab bagi aku kawan-kawan forum lebih ikhlas untuk berkawan.

Dengan kawan-kawan forum aku boleh berkongsi pendapat. Berbual-bual (aku sudah lama tidak berkomunikasi dua hala) dengan kawan aku sendiri. Tapi di forum kami tidak jemu untuk berborak-borak walaupun dengan isu yang remeh temeh.
Aku seronok sekarang dengan kawan-kawan forum. Terima kasih kawan....

Tuesday, November 2, 2010

Cerita... Raynia 7 Bulan

Pejam celik pejam celik Raynia dah 7 bulan. Dah pandai macam-macam. Alhamdulillah Raynia x banyak ragam macam Rayn. Nak tido pun senang. Minum susu pun senang. Sekarang aktiviti bila balik rumah jelajah 1 rumah. Raynia dah pandai merangkak. Dah sampai ke dapur dia masuk. Tapi aku yang penat sebab kena 'monitor' dia. Raynia ni jenis mengutip masuk dalam mulut. Semua benda yang dia jumpa akan dia kutip. Itu bahaya kalau tengok dia diam jer. Mesti tengah buat kerja.

Thursday, October 28, 2010

Cerita... Rahsia Solat Awal Waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam
ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa
fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka
yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak aid ?
Sebagai contoh,

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan
dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan
penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara
berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan
rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid
yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan
ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal
waktu.. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap
optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan
pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar
sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian
warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu
ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem
penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan
keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya
berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan
hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu
Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi
prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan
hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni
jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa,
tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif
kita

Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita
kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan
iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat
bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam
perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat
Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada
waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau
warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya
memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan
kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam
kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah
waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana
keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah
jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi
kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya
bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil
Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia
kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah
faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi,
qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam
ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di ' kurniakan '
syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana
hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita
bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih
dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat
memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat
cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas
taichinya .

Wednesday, October 27, 2010

Cerita... Lunch @ Grand Millenium Hotel











Tadi makan kat Grand Millenium Hotel sempena W2W Excercise. Ni la yang aku makan tadi.

Friday, October 22, 2010

Cerita... Yonna in D Hauz....


Ni first time aku pakai tudung syiria pegi office.... Macam buah tembikai jer ku rasa. Masa dalam kereta tuh berdebar-debar jugak la perasaan aku. Bila dah masuk opis semua orang pandang aku 2x.... waaaaaa malunya aku......

Monday, October 18, 2010

Cerita... Raynia demam aku MC

Semalam masa Raynia tidur petang badan dia panas semacam. Ku cek thermometer 38.9.... terkejut aku terus kejut Aidil untuk bawak Raynia pergi GP.

Balik dari klinik terus ke Langat. Badan Raynia masih lagi panas. Ayong buatkan air asam jawa untuk sapu di seluruh badan Raynia kecuali dada. Dah jadi macam anak Senoi.

Balik rumah suhu badan masih sama. Bagi Raynia makan ubat barulah turun panas badan tapi mulut merengek-rengek.

Bila anak demam mula la aku tak lena tidur. Bila pagi kepala jadi weng. Terus ku ke klinik sebelum anak-anak bangun. Dapat mc 1 hari.

Thursday, October 7, 2010

Cerita... Makan2 Farewell

Hari ni ada farewell lunch untuk staff office aku. Dia transfer pergi branch. So, we all 30 orang makan kat Gin Ger Central Market.

Review makanan :

Ikan Siakap Masam Manis = OK
TomYam = OK
Kerabu Mangga = OK
Sup Ayam = OK
Air = Ok
Price = mmmmMMMMmmmm......

Tuesday, October 5, 2010

Cerita... Gaya Si Comel Berbaju Raya Contest


TARIKH TUTUP CONTEST :


31 October 2010

Aku seolah-olah terpanggil-panggil untuk menyertai peraduan ini. Mari kita lihat hasilnya nanti.



PENGANJUR PERADUAN :





Senarai Penaja :


Babyruffkins

Ginjacqie

Mysuperkids

Secretbargains

Tote-boutique

Tupperwareville

Victoriasecretlover

EoeOnline

Sofeababywear

Izzybakery

Mahanim


Untuk keterangan lanjut mengenai peraduan ini boleh klik kat sini.



*****************************************************************


GAMBAR ANAK BUJANG AKU MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRANNYA PADA
10 SEPT 2010!

SEDANG SERONOK MEMBAKAR LEMANG!

Nama : Aidid Rayn Bin Mohd Aidil

Umur : 3 Tahun 1 bulan

Tarikh Lahir : 10 Sept 2007


Thursday, September 30, 2010

Cerita... Gathering Ke-2

Last nite our best friends datang rumah dinner. Macam gathering la utk we all... Last jumpa masa pegi Penang bulan 3 hari tuh.

Lenn and Boy bawak KFC. May and Edex bawak sate. Ku prepare Nasi Goreng Kampung. Banyak makanan sampai x habis nak makan.

So masa lepak-lepak tuh we all plan la nak pegi holiday lagi macam last time. Ada yang plan nak pegi Penang lagi, Bali , Bandung.... Tapi ramai yang sokong nak pegi Bandung.

Start today Lenn dah start hantar email berantai utk vote tempat mana nak pegi bercuti.

Kita tunggu jer la result dia yer...

Thursday, September 23, 2010

Cerita... Lunch @ Kenny Rogers

Tadi aku lunch dengan Cahaya kat Kenny Rogers Kota Raya. Kita orang keluar dah cukup awal ok. Masa sampai tu x ramai sangat orang. So, we all pilih tempat duduk depan kaunter supaya cepat n senang nak oder apa.

Tunggu punya tunggu punya tunggu.... Hampir setengah jam air dan muffin x sampai-sampai. Sepatutnya air akan sampai dulu.... Setelah hampir 1 jam menunggu dan we all pun macam nak belah jer.... maka meals we all pun sampai.... Dah kebulur okey....

Ramai yang canceld oder tadi w/pun dah makan @ minum. Dia orang nak bayar tapi casher cakap x payah bayar. Masa ku nak bayar tadi ku tanye la apa masalah dia org. Rupanye dia org kekurangan staff. Apa salahnye hire part time staff utk lunch hour ek? Ku pun x paham.

Hari ni saje dia dah rugi berpuluh-puluh customer.....

Monday, September 20, 2010

Cerita.... Menjaga Hati

Kita perlu menjaga hati :

1. IbuBapa - Sebab dari kecil mereka telah mendidik dan mengasuh kita;

2. IbuBapa Mertua - Sebab fungsi dia sama dengan IbuBapa kita;

3. Suami - Syurga isteri di bawah tapak kaki suami;

4. Adik-beradik - Saudara darah daging kita;

5. Saudara-mara - Darah daging kita.

Pernah terfikirkah oleh kita bahawa siapa yang akan menjaga hati kita?
Macam mana kalau kita terluka?
Macam mana kalau kita kecik hati?


Sekadar renungan bersama....

Thursday, August 26, 2010

Cerita..... Sekadar Renungan


Last Saturday Aidil snap this picture on d way back from Darby Park....

Cerita .... Sample of Appeal Letter

Dear Madam

Appeal on Final Performance Rating Result for FY09/10 and Inter-department/Inter-Section Transfer

Referring to subject matter, I ________________________________ writing this letter to you to appeal on my final performance rating result for FY09/10 whereby I feel that I deserve ‘ON TARGET’ instead of ‘THRESHOLD’ rating. Below are justifications why I feel I deserve ‘ON TARGET’ rating for FY09/10:

1. I have been attached with Maybank IT Department since 2006 under IT Governance and currently serving in Operations Management Services, Service Delivery Department. I deeply felt that the score given to me was unfair and does not reflect my actual deliverables in FY09/10.

2. Attached herewith are the reasons to oppose the valuation done by my supervisor and reasons for my request for transfer. However I am not able to get a copy of my BSC report from my supervisor.

3. Looking at the dateline of the submission, I choose to proceed with the appeal without the BSC report.

4. Your support and reconsideration on this effort is much appreciated. If there is any additional information that I could provide you to help you to expedite this matter, please communicate to me immediately.


Yours sincerely

Tuesday, August 17, 2010

Cerita.... Gate Renovation

Hari ini dah masuk hari ke 7 kerja-kerja pengubahsuaian pagar rumah kami. Kerja-kerja renovation tu di lakukan oleh 2 orang pekerja Indon.

Day 1 - Tembok sebelah kiri di naikkan.
Day 2 - Tembok rumah Cikgu Fauzi di naikkan.
Day 3-5 - Tong sampah baru di bina.
Day 6 - Proses pecahkan tong sampah lama dan proses mengahlih "meter air" ke sebelah tepi.

Effect daripada mengalih meter tuh satu tangki air terpaksa di keringkan. Bila aku balik kerja air kat bilik air atas tak ada di sebabkan oleh "air lock".

Aidil dah sedaya upaya fixed paip tuh tapi x berjaya. Sampai jari kelingking dia tercedara sebab tersepit. Bengkak dan berdenyut-denyut. Hari ni dia EL sebab tangan dia still sakit. Pity poor.

Friday, August 13, 2010

Ramadhan Day 3

Alhamdulliah sempurna sudah Ramadhan untuk hari ke-2. Hari ini husband ku Off Day. Dia ambil aku kat LRT dan ajak pergi PARAM. Sekali hujan. Jadilah aku penunggu dalam kereta dengan Rayn dan Raynia. Tak kan la nak angkut budak2 tu kat PARAM kan.

Lauk of the day :

1. Ikan Kembung Bakar
2. Ketam Masak Lemak
3. Ayam masak Halia
4. Air Tebu

Tapi Rayn still request meggie. Apa la Rayn ni. Lauk sikit punya banyak meggie jugak yang dia nak.

Terima Kasih Allah kerana bagi aku peluang untuk berpuasa pada hari ke-3.

Thursday, August 12, 2010

Ramadhan Day 2

Salam Ramadhan...

Syukur aku masih di beri kesempatan untuk bertemu Ramadhan pada hari kedua. Alhamdulillah aku dapat menunaikan dan menghabiskan Ramadhan hari pertama dengan sempurna.

Semua org berlumba-lumba 'update' pasal juadah berbuka puasa dan situasi berbuka. Aku hari pertama lagi berbuka puasa seorang diri memandangkan 'husband' perlu bertugas. Apa kan daya.

Ku berbuka puasa dengan Nasi Ayam yang husband ku Tapaw kat PARAM (bak kata kawan forum aku). Di temani oleh Rayn. Dia pun sibuk nak makan jugak tapi bukan makan nasi tapi makan meggie. Raynia nyenyak tidur di temani Disney Channel.

Lepas berbuka jer Rayn kejutkan adik dia suruh tengok tv. Adehhh.... Terbengkalai sudah angan-angan ku untuk berkemas.

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan Al Mubarak

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu SAYA SITI SURINA BINTI IBRAHIM , TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

Age Of A Women

Between the ages of 15 - 20 A woman is like Sabah ..
She is half discovered, half wild

Between the ages of 20 - 30 A woman is like Putrajaya,
Fully discovered and scientifically perfect

Between the ages of 30 - 35 She is like Kelantan,
Very hot, w ise and beautiful

Between the ages of 35 - 40 A woman is like Johore,
She is half destroyed but still desirable

Between the ages of 40 - 50 She is like Kuala Lumpur ,
Old but still got hope

Between the ages of 50 - 60 She is like Sarawak ,
Very wide, v ery quiet but nobody goes there

Between the ages of 60 - 70 A woman is like Malacca,
With a glorious past but no future

Saturday, August 7, 2010

Thursday, August 5, 2010

Jika Isteri Menangis Dihadapanmu...

Jika isteri menangis dihadapanmu….“hargai lah ia sblm terlewat…”Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.Dia akan menurunkan rasa EGOnya.Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

MC MODE

Hari ni ku MC.... sebenarnya yesterday lagi ku dpt MC utk hari ni.... Raynia lepas mandi makan ubat dia sambung tido... Rayn lak tgk tv dari pagi sambil main2.... mummy apa lagi FB + Forum laaaaa......

Wednesday, August 4, 2010

Tips : Buat Sang Isteri

1. Tahu tak siapa yang berpotensi untuk menjadi kekasih suami kita? – teman rapat, kawan sekerja yang selalu outstation bersama dan juga kekasih lama.

2. Kekasih lama – tanpa mengetahui apa sebab suami berpisah dengan dia, sebenarnya is a bigger threat. Suami mungkin masih ada rasa cinta kepada kekasih lama. Jika tiba-tiba bertemu semula, awas lah! Memang perasaan cinta itu akan timbul semula lebih2lagi kalau kekasihnya itu pun memang layan suami kita.

3. Bila suami mula jaga badan dan berdandan – tak macam selalu, selekeh atau tak ambil kisah penampilan diri! Ini menunjukkan suami dah mula beri perhatian kepada somebody.

4. Taliponnya selalu silent atau padam kalau kat rumah – memang ada yang dia sembunyikan. Periksa sekali sekala handphonenya tu! Kalau ada sms yang mencurigakan, tanya dia. Atau ada sms yang pelik2, kadang tu itu adalah kod rahsia dia berdua.

5. Suami mula nampak kelemahan kita, mula komplen kita tak pandai itu tak pandai ini! Kalau tak komplen pun, dia masam muka.

6. Suami mula pelupa!…fikirannya celaru dan asyik ingat girlfriend dia, jadi banyak benda yang dia lupa

7. Memberi perhatian lebih pada kita…ha ini sebenarnya nak mengaburi mata supaya dia boleh divert kita punya syak wasangka.

8. Selalu lewat tidur – dia hendak bersms dengan kekasihnya! Biasanya lewat malam tu masa yang boleh menimbulkan suasana romantis.

9. Mula tergagap-gagap bila nak menjawab pertanyaan kita yang tiba-tiba, misalnya tanya kenapa nak jaga badan sangat sekarang ni?….atau terkedu bila kita tanya pasal ada tak dia suka perempuan lain?

10.Mula tak berapa ambil peduli anak-anak biarpun selama ini dia sangat mengambil berat hal anak-anak.

Tuesday, August 3, 2010

Tips : IBUBAPA SEBAGAI MOTIVATOR


1) Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih" dan digalakkan doa 12 pintu.

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur setiap hari, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat dan solat istikharah bila ada keperluan– Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

I Say....

What goes around comes around....
and
What you give you get back...

Saturday, July 31, 2010

Jujur - Radja

Duhai kekasih pujaan hatiku
Apakah kau memberiku satu arti
Sedikit rasa yang bisa kumengerti
Bukan sumpah atau janji

Buktikanlah bila ada cinta
Setulus hatimu bisa menerima
Sebatas kejujuran yang kau miliki
Bukan sekedar bersama

Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta
Tinggalkan akuBila tak mungkin bersama
Jauhi diriku lupakanlah aku
O... Ho... O... Ho...

Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta
Tinggalkan aku
Bila tak mungkin bersamaJ
auhi diriku lupakanlah aku
Selamanya

Friday, July 30, 2010

SMS

SMS adalah satu alat untuk berhubung di antara keluarga, sanak saudara dan juga rakan taulan. Tapi, kalau SMS kita tak berbalas macam mana nak berhubung kan...

Thursday, July 29, 2010

Nasihat buat Suami & rujukan buat Isteri - Part 1

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak . Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax s eda ngkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

Tuesday, July 20, 2010

Topik Radio - Status FB Anda

Aku pagi2 mmg suka dengar celoteh FBI and Farah Fauzana kat Hot FM. Dia org punya celoteh boleh buat aku ceria setiap pagi. Topik dia pagi ini STATUS FB ANDA.

Nak tergelak2 aku dgn pelbagai komen. Ada seorang caller tuh, nama dia Fadilah mmg anti kalau org update status kat FB. Dia x suka semua status org. Kenkononnya FB ni medan untuk berkenalan sahaja. X payah nk update apa2 psl personal masing2. X payah nak share dgn kawan2 apa yg ada dalam fikiran kita.

Adeh... sengal punya org. Bukan ke FB tu satu alat utk berhubung dan mengeratkan silaturrahim? Kalau x suka baca status org, jangan la add org. Buat FB utk diri sendiri sahaja. Ni org update pasal suka makan pun salah. Nak tido pun salah. Ntah apa2 la org mcm ni.

Monday, July 19, 2010

Panadol Sinus


Pernah dengar x Panadol Sinus? Last saturday ku selsema sinus. Pergi jumpa cousin aku baru balik bercuti dari Qatar. Dia ada bawak balik Panadol Sinus. Aku makan 2 biji. Rasa mcm better than b4. Kat atas tuh gambar dia.


Saturday, July 17, 2010

Sauna

Harin ni x sempat nak update blog. Mcm malas nak mengarang. Hari ni juga aku x puasa. Lunch tadi makan McD. Dah langgar diet la pulak.

Balik rumah goreng mee... Lepas tu masuk sauna utk kali pertama lepas bersalin. Insya Allah nak buat selalu. Terasa ringan sikit badan.

Hujan lebat. Syukur Alhamdulillah sejuk bumi Allah.

Thursday, July 15, 2010

Apa Nak Jadi

9.00 AM - 10.30 AM

Sampai office lambat sikit hari ni. Terus ammend Summary Report semalam. Siapkan MEAA MQ Report (weekly basis) and submit kat boss. Discuss dgn dia pasal Performance Report. Nak pass to Capacity Team. Dia agreed. Will email formally to Capacity Team.


11.00 AM - 11.50 AM

Kak Ita call. Chit chat kosong. Dari cerita Kak Rubi nak balik. Cerita Che Dah jatuh kat bilik Ju and x boleh berjalan. Cerita nak buat gathering sempena Kenduri Arwah dan macam² lagi.


12.05 PM - 1.00 PM


Pergi MYDIN. Tak sah kalau seminggu x jejak kaki kat MYDIN. Belikan Aidil gel and belikan Rayn chocolate. Rayn memang suka makan chocolate. 1 bar tuh kejap jer dia boleh habiskan. Siap nak bagi Raynia makan lagi. Skang tgh update blog.


3.50 PM


Aku geram betul dengan Capacity Team. Nak create Teamroom pun nak suruh aku buat. Habis dia org buat apa. Yaacob and Faizal ckp jgn ikut cakap dia org. Hampeh. Nama je Senior tapi nak taichi kije kat org...


Alhamdulillah.... Hari ni dapat Puasa Hari ke-6





Semalam call mak. Saje nak cerita Raynia dah pandai meniarap. Mak demam + batuk² sampai x keluar suara. Goshhh.... Mak jenis yg susah makan ubat. Mesti lambat nak recover. Che Dah still sama x de apa² perubahan. Teringat jugak kat dia, tapi apakan daya jauh. Kalau anak sorang boleh la aku balik hari minggu. Skang dah ada anak 2 susah sket nak jalan. Kena bergantung harap ngan org.

Wednesday, July 14, 2010

Kisah Aku

9.00 AM - 10.30 AM


Briefing By CIO @ 11th Floor about the restructuring of IT into Enterprise Transformation Services (ETS). Very bored.



10.30 AM - 12.30 AM



Summary report for Billing. Data aku hilang and kucar kacir. Very sad. Tengah buat balik report tuh, Ros department depan call cakap baju yg aku oder last week dah sampai kena pulak amik kat bawah. So, turun bawah kejap collect baju. Sekarang lunch hour. Take 5 amik nafas update blog.


3.00 PM - 5.00 PM

Weekly meeting. Very bored. My boss x habis2 nk kutuk orang. Mcm la dia bagus sgt.

5.00 PM - 6.15PM

Aku still kat office... Summary report aku x siap lagi. My boss lak nak hari ni jugak.


7.00 PM

Baru ambil Rayn and Raynia. Umi Nursery cakap Raynia dah pandai meniarap. Happy aku. So fast masa berlalu.

Alhamdulillah hari ni aku Puasa Ganti Hari ke-5.

Tuesday, July 13, 2010

wElCoMe BaCk

Welcome back Yonna....

My Precious

Lilypie Third Birthday tickers



Lilypie First Birthday tickers

MyResipi - Mee Campak

Bahan2 (Utk 4 org) :

600 gram @ sekati Mee Kuning
200 gram Udang @ Ayam @ Daging @ Sotong
100 gram sawi
2 sudu besar kicap manis
air untuk di jadikan kuah

Bahan2 untuk di kisar :

2 labu bawang besar dan 5 ulas bawang putih

Bahan2 untuk sambal kicap :

5 biji cili padi
3 ulas bawang putih
2 sudu besar gula pasir di tumbuk sekali dalam lesung batu.
Tambahkan air perahan limau dan kicap manis.


Cara-cara :

1. Basuh mee kuning tadi dan toskan;

2. Buang kulit udang (untuk senang makan). Kalau guna ayam @ daging @ sotong, potong kecil;

3. Basuh sawi dan potong ikut saiz yg disukai;

4. Kisar bawang besar dan bawang putih sehingga hancur;

5. Tumis bahan kisar sehingga terbit minyak atau kelihatan sedikit keperangan. AWAS : Jangan sampai hangus pula!

6. Masukkan air (biar lebih) dan biarkan mendidih. Jika guna ayam @ daging, masukkannya sebelum masukkan air, biar daging @ ayam itu kecut dulu baru masuk air;

7. Bila dah mendidih, masukkan udang sekejap. Masukkan pula kicap manis, mee, sawi dan secubit garam. Gaul semua dalam 2 minit. Boleh tambah air kalau terkurang kuahnya. Jangan lupa tambah kicap dan garam untuk imbangkan rasanya;

8. Dah siap! Boleh la dihidangkan dengan sambal kicap.