Saturday, August 24, 2013

[Movie] Smurf 2

Family day out.  Bawak double R tengok movie. Raynia 2nd time.  Rayn 1st time. Tengok cerita Smurf 2.

Boleh tahan seronok. Tapi half way Raynia buat perangai. Nak makan la (dah beli pop corn tapi habis). Kacau Rayn pun ia jugak. Rayn enjoy his 1st movie. Boleh bawak lagi next time.

Wednesday, August 14, 2013

[Isu Semasa] Bom dan Tembak Menembak di Sana Sini

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB

TUMPAT 14 Ogos - Seorang anggota tentera direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes letupan yang menyebabkan seorang kerani sekolah maut di Taman Seri Periok di sini, Ahad lalu.

Majistret Makhamah Tumpat, Ahmad Adha Yasser Amri mengeluarkan perintah tersebut terhadap suspek berusia 29 tahun itu kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim dalam satu kenyataan berkata, suspek ditahan di sini pukul 5 petang semalam.

bagi membantu siasatan kes letupan itu yang membunuh kerani Sekolah Rendah Kebangsaan Manek Urai, Kuala Krai, Mohd Yusrizal Mat Zain, 32.

Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, kerani Sekolah Rendah Kebangsaan Manek Urai, Kuala Krai, Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, maut terkena letupan ketika mengambil bungkusan ditinggalkan di atas bumbung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di halaman rumah mertuanya di Taman Seri Periuk itu.

Mazlan berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Polis sebelum ini telah mengambil sampel daripada saki-baki bahan letupan itu dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dikenal pasti bahan letupan yang digunakan.

Berikutan itu, polis Kelantan menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat secara menyeluruh kes berkenaan termasuk mengenal pasti motif kejadian dan jenis bahan letupan. - UTUSAN ONLINE


Malaysia yang kadar jenayah semakin membimbangkan. Tak puas hati bom.... Sakit hati tembak.... MasyaAllah. Amat takut untuk aku laluinya. Terfikir-fikir kenapa senang sangat menghukum sesama manusia apabila rasa dendam, sakit hati dan amarah menghantui jiwa.

Tapi, apabila seseorang itu melampau-lampau perbuatannya (sesama kawan, teman sekerja, saudara mara) semua itu boleh terjadi. Beringatlah duhai hati supaya jangan sesekali kamu menyakiti hati orang lain kerana kita tidak tahu apa akan terjadi nanti. Peringatan untuk diri sendiri.

Tuesday, August 13, 2013

[Masters] RESEARCH METHODOLOGY FOR INFORMATION PROFESSIONALS

Contents:

  1. What is research?
  2. Definition of research.
  3. Characteristics of research.
  4. Qualities of good researchers.
  5. Characteristics of good researchers.
  6. The research process.

Characteristics of Research:
  1. Empirical
  2. Logical
  3. Cyclical
  4. Analytical
  5. Critical
  6. Methodical
  7. Replicability

Qualities of a Good researcher:
  1. Research-oriented
  2. Efficient
  3. Scientific
  4. Effective
  5. Active
  6. Resourceful
  7. Creative
  8. Honest
  9. Economical
  10. Religious

Monday, August 5, 2013

[Personal] Getah Pemadam

Pakcik Wiki cakap Getah pemadam merupakan salah satu kelengkapan alat tulis. Ia merupakan getah lembut yang mampu menghilangkan tanda yang dihasilkan dengan pensil. Bagaimanapun terdapat getah pemadam dakwat yang mampu juga menghilangkan tanda yang dihasilkan oleh pen.

Seringkali dalam penggunaan harian, ia diringkaskan kepada pemadam sahaja. Di pantai timur Malaysia, ia lebih dikenali sebagai roba.

Getah pemadam berasa kenyal seperti getah, dan ia seringkali bewarna putih, perang atau merah jambu walaupun dengan bahan moden pelbagai warna mampu dihasilkan. Terdapat pensil yang dilengkapi dengan getah pemadam dihujungnya. Getah pemadam mahal mungkin mempunyai bahan (vinyl) atau plastik sebagai tambahan kepada getah. Dalam bahasa Inggeris British istilah rubber digunakan sementara bahasa Inggeris Amerika istilah eraser digunakan, rubber merujuk kepada kondom di Amerika Syarikat.

Pemadam juga merujuk kepada pemadam pada papan kerja seperti papan hitam atau papan putih. Pemadam papan hitam tradisional merupakan blok kayu retangular yang diperbuat daripada kain lembut felt. Pemadam tangan merujuk kepada pemadam kain lembut yang dilekatkan pada sebelah tangan.

Adakah semua benda boleh dipadam dengan getah pemadam?