Monday, August 5, 2013

[Personal] Getah Pemadam

Pakcik Wiki cakap Getah pemadam merupakan salah satu kelengkapan alat tulis. Ia merupakan getah lembut yang mampu menghilangkan tanda yang dihasilkan dengan pensil. Bagaimanapun terdapat getah pemadam dakwat yang mampu juga menghilangkan tanda yang dihasilkan oleh pen.

Seringkali dalam penggunaan harian, ia diringkaskan kepada pemadam sahaja. Di pantai timur Malaysia, ia lebih dikenali sebagai roba.

Getah pemadam berasa kenyal seperti getah, dan ia seringkali bewarna putih, perang atau merah jambu walaupun dengan bahan moden pelbagai warna mampu dihasilkan. Terdapat pensil yang dilengkapi dengan getah pemadam dihujungnya. Getah pemadam mahal mungkin mempunyai bahan (vinyl) atau plastik sebagai tambahan kepada getah. Dalam bahasa Inggeris British istilah rubber digunakan sementara bahasa Inggeris Amerika istilah eraser digunakan, rubber merujuk kepada kondom di Amerika Syarikat.

Pemadam juga merujuk kepada pemadam pada papan kerja seperti papan hitam atau papan putih. Pemadam papan hitam tradisional merupakan blok kayu retangular yang diperbuat daripada kain lembut felt. Pemadam tangan merujuk kepada pemadam kain lembut yang dilekatkan pada sebelah tangan.

Adakah semua benda boleh dipadam dengan getah pemadam?

No comments: