Thursday, June 23, 2016

Percaya, Mempercayai, Di Percayai

Bila kita percayakan seseorang tapi kepercayaan itu dinodai apa yang kamu rasa?

Sakit hati. Sedih. Marah. Bengang. Bingung. Campur baur. Pening.

Semua ada kan.

Jangan salahkan sesiapa jika mereka susah untuk memberi kepercayaan kepada kita. Cuba kita muhasabah diri kita sendiri kenapa perkara ini boleh terjadi. Kita tidak boleh mengubah diri orang lain tapi kita boleh mengubah diri kita sendiri.

InsyaAllah... Allah akan bantu kita permudahkan perjalanan hidup kita nanti. Aamiin Ya Rabb...

Tuesday, June 21, 2016

Biar Orang Buat Kita

Kemarahan, kebencian, dendam, tamak, marah dan dengki adalah racun jiwa. Jika bersarang di hati kita bersedialah hidup penuh tekanan, pendek rezeki, banyak penyakit dan mendapat kebencian makhluk Allah. Semoga Kita audit diri dan jauhkan dari sifat tersebut - Kata-kata Prof Muhaya.

Apa yang berlaku semalam anggaplah ia satu ujian dan pengajaran dalam meniti liku-liku kehidupan. Tiada manusia yang ikhkas dalam dunia ini. Semuanya penuh kepura-puraan dan bertopengkan boneka sahaja.