Sunday, August 7, 2016

Be Careful

Sejak kejadian itu. Aku memang tak percaya dah kat kamu. Buatlah baik mcm mana pun aku memang tak kan bagi kepercayaan itu.

Kesian tengok kamu. Kereta kena tarik. Keluarga buang kamu. Duit tak ada untuk makan. Rumah tak ada untuk berlindung. Suami tak ada sebab belum kawen. Tapi perangai kamu busuk. Sangat busuk.

Friday, August 5, 2016

Doa Hari Jumaat

Ya Allah..Kurniakanlah keampunan Mu kepada kami sekeluarga.
Ya Allah..Engkau berkatilah kehidupan kami.Kasihanilah kami.
Ya Allah..Kurniakan rezeki Mu yang luas lagi berkat buat kami.
Ya Allah..Kadang-kadang kami lemah & tidak berdaya bila diuji.
Oleh itu Ya Allah..kuatkanlah kami dengan kasih sayang Mu.
Kurniakan kami sesuatu yang indah di sebalik setiap ujian Mu.
Himpunkan kami sekeluarga dalam redha Mu..dalam syurga Mu.
Ya Allah..peliharalah jua saudara mara kami serta sahabat kami.
Ya Allah..selamatkanlah seluruh umat Islam di bumi Mu ini.
Hapuskanlah segala penindasan,kekejaman & kezaliman.
Hanya pada Mu aku memohon.Engkau perkenankanlah doaku.
Aamin Ya Rabbal A'lamin.