Friday, August 26, 2011

Cerita... Jadual Kelas Semester 1

Orang lain sibuk "update" pasal raya. Tapi aku nak "update" pasal jadual kelas aku untuk semester 1.

17th September 2011 - 1st Class
15th October 2011 - 2nd Class
19th November 2011 - 3rd Class
3rd December 2011 - 4th Class
17th & 18th December 2011 - FINAL EXAM

Selamat menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar. Semoga semuanya dipermudahkan. Insya Allah.

Friday, August 19, 2011

Cerita... Baju Raya 2011

Baju raya 2011 aku tukang jahit aku tak jahit. Sebab dia pegi jahit yang lain punya. Aku rasa sungguh kecewa okeh. Bukan baru hantar tapi silap teknikal. Ini semua sebab mak aku suruh tailor tuh pilih mana satu yang nak di jahit dahulu padahal dah terang-terang aku suruh dia jahit yang warna merah dahulu. Siapa yang patut dipersalahkan? Potong mood aku.

Monday, August 15, 2011

Cerita... Aku Seorang Pelajar

Aku seorang pelajar. Aku dah daftar di Dewan Sri Budiman 14.08.2011. Gila skema aku jadi pelajar. Bangga dengan apa aku lakukan untuk diri aku. Melangkah selangkah ke hadapan. Aku berharap apa yang aku cita-citakan akan tertunai. InsyaAllah. Semoga semuanya dipermudahkan Allah S.W.T.

Thursday, August 11, 2011

Cerita... Persiapan Hari Raya

Persiapan Hari Raya aku amat sederhana aku rasa. Sebab aku "frust" tahun ni aku tak dapat balik Kelantan langsung. My hubby tak dapat cuti. Al-maklum dia baru 11 hari di "company" baru ni. Kalau lah dia rajin "drive" balik hari Isnin tu...... I wish....

1. Baju melayu Rayn - Done
2. Songkok Rayn - Done
3. T-shirt santai Rayn & Raynia - Done

Apa lagi aku nak beli yer untuk anak-anak aku nih?

Wednesday, August 10, 2011

Cerita... Kelas Renang untuk Kanak-Kanak

Aku ni macam-macam perangcangan ada dalam kepala otak untuk Rayn & Raynia. Tapi adakah mampu untk aku tunaikan? Aku pun tak dapat jawab soalan itu. Tapi bak kata pepatah "Nak seribu daya, tak nak seribu dalih".

Aku ingat bermula tahun 2012 aku nak hantar Rayn pergi Kelas Renang. Tapi kat mana aku tak dapat cari lagi. Ada 1 kelas Maiswim tapi kat Shah Alam. Yuran dia pun berpatutan. Ye ke? Tapi jauh sangat la pulak.

Ada tak sesiapa tau kelas renang kat Bukit Jalil?

Monday, August 8, 2011

Cerita... Sabtu Punya Cerita

Dalam dunia ni macam-macam perangai orang ada. Ada yang baik ada yang kurang baik. Kita dapat mengetahui perangai orang melalui pemerhatian kita dan juga di sekeliling kita. Biasanya kita dapat "detect" perangai orang adalah orang-orang terdekat dengan kita. Keluarga, kawan, saudara-mara, adik-beradik, dan juga ipar duia.

Sabtu lepas, giliran kami sekeluarga balik berbuka puasa di rumah mertua aku. Kami balik tak de la awal sangat. Lepas beli ikan pari bakar, kuih-muih dan air tebu di pasar ramadhan (param), baru kami gerak balik ke sana. Jarak dekat jer dalam 15 minit naik kereta.

Rayn dah "excited" nak balik rumah atuk nenek dia (padahal atuk dia tak "excited" pun kami balik) sebab nak berkawan dengan sepupu sepapat dia tuh. Siap bawak balik 1 beg Ultraman dia nak main sama-sama. Sampai sana tak sampai setengah jam tangan Ultraman Rayn yang paling besar patah di kerjakan oleh anak SIL yang pertama. Apa lagi marah la laki aku kat budak tuh sebab Ultraman tu dah lama Rayn main tapi tak terusik apa-apa pun. Dapat kat budak tuh terus patah jahanam tangan si Ultraman. Maka merajuk lah budak tuh macam terasa hati (bak kata SIL a.k.a. mak budak tuh). Hilang entah ke mana.

Si Mak tu pulak sebab anak dia merajuk dan tak buka puasa (padahal tak puasa pun), dia pun sentap la dengan laki aku. Sepanjang bukak puasa tuh masam mencuka jer muka. Aku sampai tak ada selera nak berbuka puasa sebab aku mengadap muka dia. Lepas berbuka dia pergi la cari anak dia tuh sebab dah hilang. Cari punya cari rupanya budak tu menyorok dalam almari bawah tangga.

Masa tengah-tengah PIL aku nak pergi masjid, boleh pulak SIL aku melayan TV. Anak-anak dia terbiar macam tu ajer nak ikut PIL aku pergi masjid. Aku dah tak dapat nak tahan dah. Masa aku nak naik atas aku sound SIL aku cakap anak-anak dia nak ikut PIL pergi masjid. Suruh dia amik anak-anak dia tuh. Lepas solat Maghrib aku turun bawah tengok anak-anak aku. SIL aku langsung tak turun bawah membuta dalam bilik. Anak-anak terbiar aje. Makan ker minum ker entah ke mana. Kurang asam punya emak. Masa MIL aku tanya aku cakap jer SIL aku langsung tak turun bawah membuta kat atas. Aku dah hilang sabar dah.