Monday, August 8, 2011

Cerita... Sabtu Punya Cerita

Dalam dunia ni macam-macam perangai orang ada. Ada yang baik ada yang kurang baik. Kita dapat mengetahui perangai orang melalui pemerhatian kita dan juga di sekeliling kita. Biasanya kita dapat "detect" perangai orang adalah orang-orang terdekat dengan kita. Keluarga, kawan, saudara-mara, adik-beradik, dan juga ipar duia.

Sabtu lepas, giliran kami sekeluarga balik berbuka puasa di rumah mertua aku. Kami balik tak de la awal sangat. Lepas beli ikan pari bakar, kuih-muih dan air tebu di pasar ramadhan (param), baru kami gerak balik ke sana. Jarak dekat jer dalam 15 minit naik kereta.

Rayn dah "excited" nak balik rumah atuk nenek dia (padahal atuk dia tak "excited" pun kami balik) sebab nak berkawan dengan sepupu sepapat dia tuh. Siap bawak balik 1 beg Ultraman dia nak main sama-sama. Sampai sana tak sampai setengah jam tangan Ultraman Rayn yang paling besar patah di kerjakan oleh anak SIL yang pertama. Apa lagi marah la laki aku kat budak tuh sebab Ultraman tu dah lama Rayn main tapi tak terusik apa-apa pun. Dapat kat budak tuh terus patah jahanam tangan si Ultraman. Maka merajuk lah budak tuh macam terasa hati (bak kata SIL a.k.a. mak budak tuh). Hilang entah ke mana.

Si Mak tu pulak sebab anak dia merajuk dan tak buka puasa (padahal tak puasa pun), dia pun sentap la dengan laki aku. Sepanjang bukak puasa tuh masam mencuka jer muka. Aku sampai tak ada selera nak berbuka puasa sebab aku mengadap muka dia. Lepas berbuka dia pergi la cari anak dia tuh sebab dah hilang. Cari punya cari rupanya budak tu menyorok dalam almari bawah tangga.

Masa tengah-tengah PIL aku nak pergi masjid, boleh pulak SIL aku melayan TV. Anak-anak dia terbiar macam tu ajer nak ikut PIL aku pergi masjid. Aku dah tak dapat nak tahan dah. Masa aku nak naik atas aku sound SIL aku cakap anak-anak dia nak ikut PIL pergi masjid. Suruh dia amik anak-anak dia tuh. Lepas solat Maghrib aku turun bawah tengok anak-anak aku. SIL aku langsung tak turun bawah membuta dalam bilik. Anak-anak terbiar aje. Makan ker minum ker entah ke mana. Kurang asam punya emak. Masa MIL aku tanya aku cakap jer SIL aku langsung tak turun bawah membuta kat atas. Aku dah hilang sabar dah.

2 comments:

Nurul Aznil said...

Salam,

I FEEL YOU SISTA'!!!
Eiman punya hadiah befday keter jentolak besar kena 'pinjam' dengan anak SIL sampai ke la ni tak nampak bayang dah! GERAMNYER HATIKU ALLAH JER YANG TAHU! dah le duit beli tu Akak kat opis ni bagi.

La ni hambik ko, Eiman plak buli budak tu!

FamBlab said...

Bibir Raynia luka kena langgar ngan anak SIL yg 1st.... huhuhu