Anda ada kawan forum? Aku mula menceburkan diri dengan forum sejak tahun 2006. Baru lagi baru 4 tahun. Forum yang aku suka melepak ialah Forum CARI. Masa mula-mula aku berjinak-jinak dengan dunia forum, aku selalu melepak di 'thread' Gosip Artis sebagai 'silent reader'. Aku komen sikit-sikit sahaja.
Bila aku kahwin dan mengandung, aku beralih arah ke 'thread' "Parenting". Bila aku memerlukan maklumat, kat situ ramai kawan-kawan yang membantu memberi pendapat dan nasihat.
Sekarang aku menjadi penghuni tetap di rumah "Geng Lepas Pantang". Ramai kawan-kawan yang aku baru kenal. Walaupun pada mulanya kami tidak pernah bersua muka, tapi kami tetap rapat dan saling berkongsi cerita, maklumat dan pendapat.
Ada orang cakap "Boleh ke kawan-kawan forum jadi rapat?" Dulu aku ragu-ragu untuk menjawab soalan ini. Tapi kini aku denggan bangganya mengaku bahawa aku lebih suka berkawan dengan kawan-kawan di forum dari dunia nyata. Kenapa? Sebab bagi aku kawan-kawan forum lebih ikhlas untuk berkawan.
Dengan kawan-kawan forum aku boleh berkongsi pendapat. Berbual-bual (aku sudah lama tidak berkomunikasi dua hala) dengan kawan aku sendiri. Tapi di forum kami tidak jemu untuk berborak-borak walaupun dengan isu yang remeh temeh.
Aku seronok sekarang dengan kawan-kawan forum. Terima kasih kawan....
1 comment:
huhu.. me too...
Post a Comment