Hari tu kan aku pernah cerita kat sini pasal perangai orang suka melawan arus. Hah hari ni terkena dia aku "sound" dia "direct" terus kena batang hidung dia yang x berapa nak mancung tuh.
Maklum la sebelum ni apa yang orang rekomen mesti ajer ada apa-apa jawapan yang dia nak bagi. Kalau jawapan yang baik tuh tak pe la ni semua jenis nak "Condemn".
Dia ni kalau bercakap memang tak mahu kalah. Tadi ada kawan aku cakap nak makan cekodok kat satu gerai. Dia pun jawab la gerai tuh cekodok dia memang sedap. Aku apa lagi sebab memang dah lama nak tunggu bola gantung macam tu kan. Aku sound la kalau keluar dari mulut dia aku dah tak percaya sebab dia pernah rekomen aku makan nasi lemak kat satu gerai ni. Beriya-iya dia cakap sedap tapi sebaliknya.
Muka dia dah lain macam dah. Tak nak mengalah lagi ni. Dia cakap dia pergi makan kat restoren yang aku rekomen. Dia cakap tak sedap langsung. Aku pun tambah la. Nasib badan la selalu terkena macam tuh. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab setiap kali aku keluar makan dengan dia mesti ada je apa-apa yang tak kena dengan makanan yang dia "order".
Orang cakap dalam hidup ni jangan banyak "songgeh". Nanti macam-macam akan jadi pada kita. Bersyukurlah dengan apa yang di anugerahkan untuk diri kita. Allah S.W.T. apa yang baik dan apa yang buruk untuk diri kita.
No comments:
Post a Comment