Tuesday, April 26, 2011

Cerita... Contest By AkuNoi


Sesiapa yang suka "joint" contest boleh la mencuba AkuNoi punya. "Contest" yang di anjurkan bersempena dengan Hari Ibu yang akan berkunjung tiba tak lama lagi.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut. Sila la berkunjung ke Aku-Noi.

GOOD LUCK UNTUK SEMUA.

Monday, April 25, 2011

Cerita... Pencarian

Pencarian hari ini kurang berhasil. Pencarian apa? Pencarian Kerja Kosong.

Antara URL yang aku selalu masuk :


Kalau ada mana-mana URL yang aku boleh kongsi bersama akan aku "update" nanti.

Friday, April 22, 2011

Cerita... Lepas Tangan

Kenapa la hari ni aku berurusan dengan orang yang suka "tai chi"? Tension betul aku. Boss pulak bukan nak membantu. Hari rabu lepas dia jugak cakap suruh aku bagi "softcopy" dekat mamat "tai chi" ni. Hari ni dia pulak suruh aku pergi tengok sendri dokumen dengan mamat tuh.


Wednesday, April 20, 2011

Cerita... Hair Saloon

"Lunch" tadi lepas makan aku pergi "hair saloon" kat Kotaraya dengan Dato' Sri Cahaya. Dah lama aku bercadang nak potong sikit rambut aku. Lepas aku warnakan rambut aku lebih kurang 3 bulan lepas, aku belum buat apa-apa lagi. Tercapailah harapan aku hari ni.

Aku tak potong banyak pun. Sekadar buang yang mana terlebih dan terkurang nak bagi nampak cantik sikit. Kalau tidak setiap kali bangun pagi mesti macam rupa singa. Geram betul aku. Dah tak tahu macam mana nak buat dah.

Bukan sahaja potong, tapi aku juga cuci rambut. Masa dia tengah cuci tu, rasa macam nak tidur jer. Satu terapi untuk aku. Betapa rasa lega bila ada orang belai-belai rambut dan kepala kita. Dalam keadaan aku yang "stress" ni memang sesuai la aku ke "saloon".

Monday, April 18, 2011

Cerita... Jeruk Mangga

Jeruk mangga buatan Mak memang menjadi idaman kalbu. Macam mana rupa jeruk mangga"homemade"? Macam gambar kat bawah tu.


Kenapa aku cakap menjadi idaman kalbu aku? Sebab aku tak pernah jumpa ianya dijual dimana-mana kedai. Masa sebelum aku melahirkan Raynia, Che Dah (makcik aku) buatkan untuk aku. Puas la dapat aku makan 1 bekas ais krim tuh.

Bila kenduri aqiqah Raynia. 4 kereta sorong kaler hijau tuh Che Dah buatkan jeruk mangga. Semua tetamu makan sampai lupa diri.

Macam mana nak masak dia punya air tuh yer? Aku pun kurang pandai tapi ada la tengok masa mak aku buat.

Bahan-bahan :
Gula (banyak la nak kena pakai)
Garam secukup rasa

Gula tuh masak dahulu bagi cair.
Garam tuh untuk buat rendam mangga tuh.
Lepas tuh letak jer mangga dalam bekas dan gaul sekali dengan air gula. Simpan semalaman.

Boleh la menjamu selera.

Thursday, April 14, 2011

Cerita... ITIL V3 Foundation

* * * * Registration Confirmation Notice * * * *

This notice is to confirm that Siti Surina Binti Ibrahim has been registered for the following course. Please see below for detailed information on the class start/end dates, times and locations.

CLASS INFORMATION
==============
Class Name: ITIL V3 Foundation
Class Start Date/Time: 27/04/2011 08:45:00 SGT
Class End Date/Time: 29/04/2011 16:45:00 SGT

Activity Type : Classroom(F2F)

Venue : Maybank Academy

Wednesday, April 13, 2011

Cerita... Singgang Daging

Hari ni kawan-kawan aku semua dok cerita pasal masakan. Teringat resepi singgang daging ni. Tapi ntah bila la boleh masak macam ni.

Bahan-bahan ( 1 orang )
  • 200 g daging
  • 2 ulas bawang merah (dihiris halus)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • 1 keping asam keping a.k.a. gelugor
  • 3cm lengkuas (ditumbuk kasar)
  • 3cm halia (dihiris halus)
  • 3 batang serai sederhana besar (dititik)
  • 500ml air
  • Garam & gula utk perisa

Cara-cara
  • Bersihkan daging dan hiris nipis (1cm tebal).
  • Masukkan semua bahan kecuali garam dan gula. Rebuskan sehingga air menggelegak. Perlahankan api dan reneh untuk seketika lagi.
  • Masukkan garam dan gula. Kacau seketika. Tutup api dan hidangkan.

Tuesday, April 12, 2011

Cerita... Pecah Rumah Taman Permai Jaya

Sejak kebelakangan ni, kejadian pecah rumah kat Taman Permai Jaya makin menjadi-jadi. Dalam masa 1 minggu 3 rumah kena pecah masuk.

Kes 1 : 05 April 2011

Rumah No 10 Lorong Permai 4/2 kena masuk lebih kurang pukul 12 t/hari. Barang-barang yang hilang LCD TV, 2 Laptop, PSP, DVD Player dan duit 5000 Saudi Riyal. Jiran-jiran di sekeliling tak perasan sebab tuan rumah (Penyewa) tak mesra alam. Dia orang tak perasan yang mana satu yang tinggal didalam rumah tuh sebab ramai sangat. Bila tuan rumah balik kerja pukul 8PM baru perasan rumah dah kena pecah.

Kes 2 : 07 April 2011

Rumah No XX Lorong Permai 4/1 pulak yang kena. Pencuri naik kereta Estima Putih yang di curi pada bulan March kat Kuantan, Pahang. Dia umpil "grill" pintu depan. Barang-barang yang hilang LCD TV, PSP, 2 handbeg COACH, Perfume yang dah nak habis, Brooch palsu dan 2 laptop yang rosak. Pencuri berbangsa Cina 2 orang. Ada jiran yang nampak dan telah "block" kereta itu dari depan tapi dia lagi pantas. Tuan rumah keluar untuk makan tengah hari.

Kes 3 : 11 April 2011

Rumah No 2 Lorong Permai 4/2 sebelah kanan rumah aku. Pukul 7PM aku ada balik tapi tak nampak apa-apa yang mencurigakan. Aku keluar balik lebih kurang pukul 8PM jiran depan ternampak tingkap sisi rumah terbukak. Telefon tuan rumah dan sah rumah kena masuk. Apa yang hilang barang kemas, duit tabung, laptop dan juga charger telefon.

Kesemua kes tersebut berlaku pada waktu siang bukan tengah-tengah malam. Apa yang patut kami buat? Kes pecah rumah semakin menjadi-jadi.

Thursday, April 7, 2011

Cerita... Tupperware 3/2011

Untuk kempen kali ni akaun aku bergerak la jugak. Seronok bila dapat banyak jual barang-barang dalam "Catalogue" kali ini.

Aku dapat jual set botol susu macam dalam "entry" aku kat sini sebanyak 3 set. Lagi 2 set kawan aku tolong jualkan. Lagi 1 One Touch Sunshine Set pun ada orang ambil. Macam gambar kat bawah ni.


One Touch Sunshine Set

Retail : RM211.30
Offer : RM169.00
Offer Ahli : RM136.00
My Offer : RM130.00

if with Rainbow Midgets(6) 2Oz
My Offer : RM9.90

+ postage RM6 (semenanjung) / RM9 (sabah/srwk)

Wednesday, April 6, 2011

Cerita... Amik Ko..

Hari tu kan aku pernah cerita kat sini pasal perangai orang suka melawan arus. Hah hari ni terkena dia aku "sound" dia "direct" terus kena batang hidung dia yang x berapa nak mancung tuh.

Maklum la sebelum ni apa yang orang rekomen mesti ajer ada apa-apa jawapan yang dia nak bagi. Kalau jawapan yang baik tuh tak pe la ni semua jenis nak "Condemn".

Dia ni kalau bercakap memang tak mahu kalah. Tadi ada kawan aku cakap nak makan cekodok kat satu gerai. Dia pun jawab la gerai tuh cekodok dia memang sedap. Aku apa lagi sebab memang dah lama nak tunggu bola gantung macam tu kan. Aku sound la kalau keluar dari mulut dia aku dah tak percaya sebab dia pernah rekomen aku makan nasi lemak kat satu gerai ni. Beriya-iya dia cakap sedap tapi sebaliknya.

Muka dia dah lain macam dah. Tak nak mengalah lagi ni. Dia cakap dia pergi makan kat restoren yang aku rekomen. Dia cakap tak sedap langsung. Aku pun tambah la. Nasib badan la selalu terkena macam tuh. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab setiap kali aku keluar makan dengan dia mesti ada je apa-apa yang tak kena dengan makanan yang dia "order".

Orang cakap dalam hidup ni jangan banyak "songgeh". Nanti macam-macam akan jadi pada kita. Bersyukurlah dengan apa yang di anugerahkan untuk diri kita. Allah S.W.T. apa yang baik dan apa yang buruk untuk diri kita.

Tuesday, April 5, 2011

Cerita... Tak Panjang Akal

Tak semestinya anda cantik anda akan pandai.
Tak semestinya anda kaya anda akan cerdik.
Tak semestinya anda berjaya anda akan bijak.

Kenapa aku kata sedemikian rupa? Aku tak boleh terima akal dengan orang yang perangai macam di atas. Kenapa la semua orang di sekeliling aku ni ada yang macam tu? Tak boleh nak berfikir secara rasional aku di buatnya. Membuatkan aku jauh termenung dengan orang yang sedemikian.

Berpelajaran tapi perangai mengalahkan orang yang tak ada pelajaran. Tak berfikiran waras. Buat sesuatu benda tanpa selidik dan berbincang dengan orang lain. Macam mana orang boleh sanjung dengan orang-orang macam ni?

Cerita... Susu Anak

Bila fikir pasal susu anak-anak ni buat aku pening kepala. Ada orang suruh beli yang mahal sebab katanya macam-macam zat, vitamin dan khasiat ada. Ada juga yang suruh beli yang murah-murah sebab kena la dengan poket kami. Kat bawah ni ada kawan aku yang bagi "Info." pasal kandungan gula dalam susu anak-anak.

Find out how much added sugars your child could be consuming

Growing up milk powder is a rich source of essential nutrients for children. What is not essential is the excessive added sugars in many growing up milk powders in Malaysia.

You could be feeding your child up to 13 teaspoons* of added sugars every day if you see any of these common added sugars in the ingredient list of your child's growing up milk powder.

* Corn Syrup Solids
* Sucrose
* Glucose Syrup Solids

Monday, April 4, 2011

Cerita... Happy Birthday Mak & Happy Anniversary

4th April 2011.
Cantik kan tarikh ini. Ada 2 makna pada tarikh keramat ini.

1. Birthday MakBonda yang tersayang.
2. Anniversary Mak n Ayah yang ke- 33.

HAPPY BIRTHDAY MAK.

HAPPY ANNIVERSARY MAK AYAH.

Tahun ni tak boleh "celebrate" sama-sama sebab aku kat sini. Mereka nun jauh di Pantai Timur. Tahun lepas boleh la sambut sama-sama sebab aku berpantangkan Raynia kat sana.

Sunday, April 3, 2011

Cerita... Precious Baby Collection



Precious Baby Collection

Retail : RM105.00
Offer : RM89.30
Offer Ahli : RM72.00
My Offer : RM80.00

if with Formula Dispenser (1)
Offer Ahli : RM85.00
My Offer : RM89.00

+ postage RM6 (semenanjung) / RM9 (sabah/srwk)

Cerita... Happy 1st Birthday Raynia


Baru sempat nak "update" blog. Sepatutnya "birthday" Raynia 1st April 2011.

HAPPY 1ST BIRTHDAY MY PRINCESS.
Semoga menjadi anak yang solehah. Mendapat keberkatan dunia dan akhirat. Memperoleh kejayaan. Mencapai apa yang di impikan. Menjadi kebanggaan mummy dan daddy.

Apa yang "best" kami 1 keluarga sambut "birthday" Raynia sama- sama. Kami luangkan masa "outing" sama-sama.

"Birthday present" terpaksa mummy tangguhkan dahulu. "Sorry" yer dear.