Tuesday, June 21, 2011

Cerita... Interview kat UiTM Puncak Perdana

Semalam aku ada sesi Interview untuk program Masters aku kat UiTM Kampus Puncak Perdana Shah Alam. Pertama kali pergi ke sana. Memang aku betul-betul terkejut. Dengan cuaca yang sangat panas. Kemudahan tak seberapa. Kalau masa aku belajar dulu kena kat kampus tuh macam mana agaknya.

Kursus yang akan aku ambil ialah IS770 - Pengurusan Maklumat. Aku ambik Mode FLP (Flexible Learning Program). Kelas sebulan sekali 9am - 9pm hari sabtu. Kalau ambil Mode Full Time / Part Time kelas akan berlangsung pada hari biasa. Aku tak sanggup nak merempuh jem ke sana.

Kordinator untuk FLP ialah En Safawi (Pok Wi) pensyarah aku masa aku belajar dahulu. Ada pelajar senior cakap dia tak sebagus kordinator lain. Aku NO KOMEN.

Aku ingat kan interview ni macam-macam yang dia akan tanya. Sedikit takut jugak la. Tapi Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Sekadar sesi perkenalan sahaja. Sebagai syarat untuk program itu.

Dalam masa 2 minggu lagi kalau aku di terima masuk, surat tawaran akan keluar. Pendaftaran pada bukan September 2011 selepas Raya.

Wish me luck!

2 comments:

shima said...

mor...dkt sngt dh dgn aku dh tu...ko terus je dlm 20 min.sampai umah aku dh..ehhee

FamBlab said...

hehehehhe... nanti kelas aku sebulan sekali hari sabtu 9am-9pm....