Aidil had an accident at Kesas Highway at 7.30PM 2nd June 2011. Rayn cakap Daddy sama macam Ultraman. Dia ingat Daddy pakai kostum Ultraman.
Dugaan demi dugaan melanda. Bahagian dahi sebelah kanan berlubang. Pipi kanan luka dan hidung pun luka. Dahi dan hidung darah masih belum berhenti. Pergelangan tangan kiri retak kena simen @ POP. Alhamdulillah walaupun cedera tapi Allah S.W.T. masih lagi selamatkan dia.
Sekarang dia ada kat APSH. Bilik 534. Aku tak dapat temankan dia sebab Rayn dan Raynia tak ada orang jaga. Tadi masa hantar pergi "emergency" pun aku tumpangkan di rumah kakak Aidil.
Abang Ira orang pertama yang datang melawat. Al, Koy dan Tareq pun datang. Jiran Abang Mail, Jiran Jimmy dan Jiran Haji Karim pun datang. Ibu, Bapak dan Izi datang. Terima kasih semua kerana sudi datang. Jiran Abang Man dan Jiran Abang Amran terima kasih kerana bertanya khabar.
No comments:
Post a Comment