Tuesday, August 5, 2014

Cara Mudah Menidurkan Bayi.

PILIH CARA YANG PALING SESUAI

Jika bayi sering terbangun di tengah malam dan ibubapa merasa  kualiti tidurnya menurun, ada baiknya untuk mengajar bayi tidur.  Sebenarnya ia boleh menenangkan diri sendiri dan kembali tertidur kembali  setelah terjaga sejenak. Pilihlah cara yang paling sesuai dengan Anda  dan si kecil seperti berikut ini:

1. BERSIKAP DINGIN

Cara ini merupakan cara “paling kejam”. Tetapi , cara inilah yang paling berkesan. Ibubapa boleh merasa kesannya dalam masa tiga hari. Caranya dengan meletakkan bayi di tempat  tidur. Setelah mengucapkan selamat tidur padanya, tinggal saja sampai ia  tertidur dengan sendirinya.

Sebahagian besar bayi akan menangis sebaik ibubapa menghilang dari  pandangannya. Tapi lama-lama, kerana tidak mendapat respons, bayi akan faham dan akhirnya tertidur. Mungkin saja bayi akan menangis lama.  Terus terang, cara ini sangat keras dan menjadi pilihan yang sangat sukar bagi ibubapa.

2. KENDALIKAN TANGISAN

Cara ini banyak digunakan ibubapa di banyak negara dan cukup efektif  menenangkan bayi ketika malam. Prinsipnya hampir sama dengan cara  no 1, iaitu biarkan bayi menangis. Bayi pun akan faham dan  akhirnya tertidur. Bezanya, cara ini memberikan waktu beza yang  dipanjang secara berangsur-angsur. Sebelum memulakannya, ibubapa boleh  memutuskan berapa lama anak akan dibiarkan menangis, minima satu minit.  Setelah meletakkannya di tempat tidur, ucapkan selamat malam dan  tinggalkan si kecil. Jika bayi tetap terjaga, kembalilah dalam jangka  waktu yang telah ditetapkan, contohnya 5 minit. Setelah bayi ditenangkan,  tinggalkan lagi dan kembali dalam waktu yang lebih lama, begitu  seterusnya hingga ibubapa boleh meninggalkan bayi paling lama 20 minit.

 Lakukan hal itu pada malam berikutnya. Secara perlahan tingkatkan beza  waktu sebelum memeriksa keadaan bayi. Misalnya, jangan kembali melihat  si kecil sebelum 10 minit berakhir, lalu panjangkan waktunya hingga  maksimak 25 minit. Pada malam ketiga, setelah 15 minit ibu baru boleh melihat bayi di katilnya, kemudian beza dipanjangkan menjadi 30 minit,  dan seterusnya.

Walaupun lebih lembut dari cara pertama, cara ini mungkin tidak efektif,  terutama bagi bayi-bayi berkarakter kasar. Bayi juga boleh merasa  dipermainkan perasaannya. Untuk si kecil dengan karakter yang lebih  kooperatif, cara ini boleh dicoba. Kelebihannya, anak boleh belajar  berpisah dari ibubapa terutama ibunya tanpa kehilangan perasaan emosi.

3. PUJUK BERULANG

Ini cara terbaik bagi ibubapa yang tidak boleh atau tidak sanggup  membiarkan bayinya menangis. Yakinkan si kecil, bahwa Anda selalu berada dekatnya dan pujuklah dia untuk tidur. Penerapannya sebagai berikut:  ucapkan sesuatu kata kata sebelum bayi tidur, lalu beredar dari situ. Bayi mungkin akan menangis. Jika itu terjadi  kembalilah dan ucapkan sesuatu kata kata, lalu tinggalkan. Ulangi  langkah-langkah itu sampai bayi tertidur.

 Cara ini lebih lembut dan prihatin. Ibu boleh mengawal  bayinya dengan lebih mudah. Rasa selesa bayi juga terjaga kerana masih  boleh melihat ibu, walau agak berjauhan. Tempat tidur ibubapa dan katil  bayi boleh berada di dalam satu bilik.

4. BERI CIUMAN

Setelah meletakkan bayi di tempat tidur, ucapkan sesuatu kata kata  dan berikan ciuman. Berjanjilah untuk kembali lagi dan memberinya  ciuman. Beredar beberapa langkah sebelum memberikan ciuman kedua. Jika  bayi bergerak-gerak minta digendong atau menangis, jangan menegurnya,  tetapi baringkan kembali dan berikan ciuman perpisahan. Setelah beberapa  hari, kita akan tahu jumlah ciuman dan waktu yang diberikan.

Cara ini juga boleh dicuba. Anak merasa diperhatikan dan disayang. Ketika  rasa selesanya sudah ada, pemberian ciuman supaya boleh tidur akan  berkurang. Ia boleh menenangkan diri sendiri jika terbangun.

5. JAUHKAN DIRI PERLAHAN LAHAN

Baringkan si kecil, kemudian duduklah di sampingnya sampai ia tertidur.  Di minggu-minggu berikut, perlahan-lahan berpindahlah sedikit lebih jauh  dari tempat tidurnya, sampai akhirnya Anda tidak mesti berada di dalam bilik saat bayi tertidur. Ia mungkin akan menolak setiap kali ibubapa  bergerak dari sisi tempat tidur. Jika ibu tetap tenang dan tegas,  penolakan tersebut akan berakhir hanya dalam waktu satu atau dua malam.

Cara ini boleh memakan waktu lama dan memenatkan. sesuai bagi ibu  yang tidak sakit. Perasaan emosi, rasa selesa, dan perasaan dicintai  masih boleh dirasakan bayi.

Lima cara di atas boleh diterapkan secepat mungkin, Walaupun ada ibubapa  yang baru menerapkannya setelah bayi berumur 3 bulan ke atas. Jadi, ibubapalah yang paling tahu bila harus memulakannya. Satu perkara yang  pasti, apa pun cara yang diterapkan jangan cepat mengalah.

#tipsamikkatforumcari

No comments: