Aku terbaca di Facebook, budak berumur 8 tahun diserang "Darah Tinggi". MasyaAllah. Selidk punya selidik rupanya dia penggemar sosej ber-process secara kerap. Pemakanan sosej berproses secara kerap memang mendedahkan anak-anak kita kepada penyakit yang pada asalnya cuma orang dewasa sahaja yang hadapi. Penyakit yang dihidapi oleh ayah-ayah kita, mak-mak kita dan lain-lain orang dewasa.
Aku tertanya-tanya, apa yang menjadi punca boleh kena hypertensi? Biasanya kandungan sodium atau garam yang tinggi di dalam pemakanan anak-anak. Anak-anak juga tidak memerlukan garam tambahan sebenarnya kerana keperluan garam mereka sangat sedikit. Sebab tu la untuk menyediakan makanan kepada bayi kita tidak perlu menambah garam di dalam masakan kita. Garam amat bahaya.
Satu sudu teh garam bersamaan dengan 2325mg sodium (bayi di bawah setahun keperluannya kurang daripada 1g garam sehari. 1g = 400mg sodium)
Bayi di bawah setahun keperluannya kurang daripada 1g garam sehari. 1g = 400mg sodium
Jumlah maksimum harian yang disyorkan kanak-kanak bagi pengambilan garam harus bergantung kepada umur:
1 hingga 3 tahun: 2g garam sehari (800mg sodium)
4 hingga 6 tahun: 3g garam sehari (1200mg sodium)
7 ke 10 tahun: 5g garam sehari (2000mg sodium)
11 tahun dan lebih: 6g garam sehari (2400mg sodium)
Aku selalu jugak membeli sosej untuk anak-anak makan. Lepas ni aku perlu berhati-hati dalam pemakanan anak-anak untuk kebaikan semua. Mulai hari ini aku perlu lebih peka terhadap pemakanan anak-anak.
No comments:
Post a Comment