Monday, December 8, 2014

IOI City Mall

Semalam lepas balik dari KLIA singgah IOI City Mall. Mall yang terbesar kononya. Masa sampai parking masih banyak maklum la dalam pukul 11am gitu. Jalan-jalan pusing jalan setiap level nak tengok apa yang menarik sangat sampai semua orang bercakap-cakap pasal mall ni.

Ada ice skating.... lebih kurang kat Sunway jer. Banyak lagi butik-butik belum buka.
Lower ground untuk tempat makan. Ada macam-macam tapi orang terlalu ramai.

Pendapat aku.... sekali sekala boleh la nak datang tapi tak ada apa yg dapat menarik minat aku untuk bagi rating yang terbaik.

Wednesday, December 3, 2014

Doa Pelembut Hati Anak-Anak

Mari kita amalkan doa ini. Semoga hati anak-anak kita semua mudah untuk menerima nasihat-nasihat. Ameen Ya Rabb....

Tuesday, December 2, 2014

Pengambilan Ubat Yang Betul

Carta pengambilan ubat yang betul daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Friday, September 26, 2014

[Kesihatan] Merokok

Rokok memudaratkan semua. Suami aku pun merokok. Puas bebel... bagi nasihat... print screen macam-macam fatwa... kata-kata ustaz semua tak jalan.

Ya Allah! Kau bukakan lah pintu hati suamiku untuk berhenti merokok. Aameen Ya Rabbal 'Alamin....

Tuesday, August 5, 2014

Cara Mudah Menidurkan Bayi.

PILIH CARA YANG PALING SESUAI

Jika bayi sering terbangun di tengah malam dan ibubapa merasa  kualiti tidurnya menurun, ada baiknya untuk mengajar bayi tidur.  Sebenarnya ia boleh menenangkan diri sendiri dan kembali tertidur kembali  setelah terjaga sejenak. Pilihlah cara yang paling sesuai dengan Anda  dan si kecil seperti berikut ini:

1. BERSIKAP DINGIN

Cara ini merupakan cara “paling kejam”. Tetapi , cara inilah yang paling berkesan. Ibubapa boleh merasa kesannya dalam masa tiga hari. Caranya dengan meletakkan bayi di tempat  tidur. Setelah mengucapkan selamat tidur padanya, tinggal saja sampai ia  tertidur dengan sendirinya.

Sebahagian besar bayi akan menangis sebaik ibubapa menghilang dari  pandangannya. Tapi lama-lama, kerana tidak mendapat respons, bayi akan faham dan akhirnya tertidur. Mungkin saja bayi akan menangis lama.  Terus terang, cara ini sangat keras dan menjadi pilihan yang sangat sukar bagi ibubapa.

2. KENDALIKAN TANGISAN

Cara ini banyak digunakan ibubapa di banyak negara dan cukup efektif  menenangkan bayi ketika malam. Prinsipnya hampir sama dengan cara  no 1, iaitu biarkan bayi menangis. Bayi pun akan faham dan  akhirnya tertidur. Bezanya, cara ini memberikan waktu beza yang  dipanjang secara berangsur-angsur. Sebelum memulakannya, ibubapa boleh  memutuskan berapa lama anak akan dibiarkan menangis, minima satu minit.  Setelah meletakkannya di tempat tidur, ucapkan selamat malam dan  tinggalkan si kecil. Jika bayi tetap terjaga, kembalilah dalam jangka  waktu yang telah ditetapkan, contohnya 5 minit. Setelah bayi ditenangkan,  tinggalkan lagi dan kembali dalam waktu yang lebih lama, begitu  seterusnya hingga ibubapa boleh meninggalkan bayi paling lama 20 minit.

 Lakukan hal itu pada malam berikutnya. Secara perlahan tingkatkan beza  waktu sebelum memeriksa keadaan bayi. Misalnya, jangan kembali melihat  si kecil sebelum 10 minit berakhir, lalu panjangkan waktunya hingga  maksimak 25 minit. Pada malam ketiga, setelah 15 minit ibu baru boleh melihat bayi di katilnya, kemudian beza dipanjangkan menjadi 30 minit,  dan seterusnya.

Walaupun lebih lembut dari cara pertama, cara ini mungkin tidak efektif,  terutama bagi bayi-bayi berkarakter kasar. Bayi juga boleh merasa  dipermainkan perasaannya. Untuk si kecil dengan karakter yang lebih  kooperatif, cara ini boleh dicoba. Kelebihannya, anak boleh belajar  berpisah dari ibubapa terutama ibunya tanpa kehilangan perasaan emosi.

3. PUJUK BERULANG

Ini cara terbaik bagi ibubapa yang tidak boleh atau tidak sanggup  membiarkan bayinya menangis. Yakinkan si kecil, bahwa Anda selalu berada dekatnya dan pujuklah dia untuk tidur. Penerapannya sebagai berikut:  ucapkan sesuatu kata kata sebelum bayi tidur, lalu beredar dari situ. Bayi mungkin akan menangis. Jika itu terjadi  kembalilah dan ucapkan sesuatu kata kata, lalu tinggalkan. Ulangi  langkah-langkah itu sampai bayi tertidur.

 Cara ini lebih lembut dan prihatin. Ibu boleh mengawal  bayinya dengan lebih mudah. Rasa selesa bayi juga terjaga kerana masih  boleh melihat ibu, walau agak berjauhan. Tempat tidur ibubapa dan katil  bayi boleh berada di dalam satu bilik.

4. BERI CIUMAN

Setelah meletakkan bayi di tempat tidur, ucapkan sesuatu kata kata  dan berikan ciuman. Berjanjilah untuk kembali lagi dan memberinya  ciuman. Beredar beberapa langkah sebelum memberikan ciuman kedua. Jika  bayi bergerak-gerak minta digendong atau menangis, jangan menegurnya,  tetapi baringkan kembali dan berikan ciuman perpisahan. Setelah beberapa  hari, kita akan tahu jumlah ciuman dan waktu yang diberikan.

Cara ini juga boleh dicuba. Anak merasa diperhatikan dan disayang. Ketika  rasa selesanya sudah ada, pemberian ciuman supaya boleh tidur akan  berkurang. Ia boleh menenangkan diri sendiri jika terbangun.

5. JAUHKAN DIRI PERLAHAN LAHAN

Baringkan si kecil, kemudian duduklah di sampingnya sampai ia tertidur.  Di minggu-minggu berikut, perlahan-lahan berpindahlah sedikit lebih jauh  dari tempat tidurnya, sampai akhirnya Anda tidak mesti berada di dalam bilik saat bayi tertidur. Ia mungkin akan menolak setiap kali ibubapa  bergerak dari sisi tempat tidur. Jika ibu tetap tenang dan tegas,  penolakan tersebut akan berakhir hanya dalam waktu satu atau dua malam.

Cara ini boleh memakan waktu lama dan memenatkan. sesuai bagi ibu  yang tidak sakit. Perasaan emosi, rasa selesa, dan perasaan dicintai  masih boleh dirasakan bayi.

Lima cara di atas boleh diterapkan secepat mungkin, Walaupun ada ibubapa  yang baru menerapkannya setelah bayi berumur 3 bulan ke atas. Jadi, ibubapalah yang paling tahu bila harus memulakannya. Satu perkara yang  pasti, apa pun cara yang diterapkan jangan cepat mengalah.

#tipsamikkatforumcari

Thursday, June 19, 2014

Sosej Makanan Beracun

Aku terbaca di Facebook, budak berumur 8 tahun diserang "Darah Tinggi". MasyaAllah. Selidk punya selidik rupanya dia penggemar sosej ber-process  secara kerap. Pemakanan sosej berproses secara kerap memang mendedahkan anak-anak kita kepada penyakit yang pada asalnya cuma orang dewasa sahaja yang hadapi. Penyakit yang dihidapi oleh ayah-ayah kita, mak-mak kita dan lain-lain orang dewasa.

Aku tertanya-tanya, apa yang menjadi punca boleh kena hypertensi? Biasanya kandungan sodium atau garam yang tinggi di dalam pemakanan anak-anak. Anak-anak juga tidak memerlukan garam tambahan sebenarnya kerana keperluan garam mereka sangat sedikit. Sebab tu la untuk menyediakan makanan kepada bayi kita tidak perlu menambah garam di dalam masakan kita. Garam amat bahaya.

Satu sudu teh garam bersamaan dengan 2325mg sodium (bayi di bawah setahun keperluannya kurang daripada 1g garam sehari. 1g = 400mg sodium)

Bayi di bawah setahun keperluannya kurang daripada 1g garam sehari. 1g = 400mg sodium
Jumlah maksimum harian yang disyorkan kanak-kanak bagi pengambilan garam harus bergantung kepada umur:
1 hingga 3 tahun: 2g garam sehari (800mg sodium)
4 hingga 6 tahun: 3g garam sehari (1200mg sodium)
7 ke 10 tahun: 5g garam sehari (2000mg sodium)
11 tahun dan lebih: 6g garam sehari (2400mg sodium)

Aku selalu jugak membeli sosej untuk anak-anak makan. Lepas ni aku perlu berhati-hati dalam pemakanan anak-anak untuk kebaikan semua. Mulai hari ini aku perlu lebih peka terhadap pemakanan anak-anak. 

Tuesday, June 10, 2014

Kanak-kanak dan Obesiti: Siapa yang bertanggungjawab?

Pernah terfikirkah kita masalah obesiti di kalangan kanak-kanak berpunca dari mana. Kenapa ia boleh terjadi? Siapa yang menjadi penyebab?

Pernah lihat cara kanak -kanak makan? Setiap suapan satu persatu. Setiap menu yang diambil. Cara pemilihan makanan.

Pergerakan mereka juga amat berbeza daripada kanak-kanak normal. Ya aku bahasakan kanak-kanak obesiti ini adalah kanak-kanak tidak normal kerana segala-galanya perbuatan mereka adalah berbeza daripada kanak-kanak biasa.

Kita sebagai ibubapa lah yang perlu mencorak kehidupan anak-anak kita untuk tidak termasuk didalam kumpulan kanak-kanak obesiti. Perhatikanlah setiap pemakanan anak-anak kita.

Friday, January 31, 2014

[Perayaan] Gong Xi Fatt Choi

Selamat Tahun Baru Cina. Cuti 3 hari sempena CNY dan tambah 1 hari untuk Hari Wilayah.

Wednesday, January 8, 2014

Selamat Tahun Baru 2014

Hari yang ke-8 untuk tahun 2014. Selamat Tahun Baru semua!

31 December 2013

Rayn dah start sekolah. Orientation & assessment test untuk tentukan kelas dia. Bermula se awal 8:30am sampai la pukul 12:00 pm... Penat sikit sebab bawak Raynia. Masa briefing dalam dewan dia tidur kat pangku daddy dia. 

1 January 2014

Sempena cuti tahun baru, aku shopping barang-barang keperluan Rayn yang masih belum siap. Baju sekolah agama, alteration dan sebagainya.

2 January 2014

Maka bermulalah sesi persekolahan tahun 1 Rayn. Keluar rumah seawal 7:00am. Cari punya cari jumpa kelas Rayn - 1 Ikhlas. Ok la sayang mummy tak kisah janji Rayn suka sekolah. Dia orang ada perhimpunan. Lebih kurang pukul 9:00am baru masuk kelas. Kesian anak-anak tahun 1 sebab kepanasan.

Pukul 10:00am dah sampai masa rehat. Aku tunggu Rayn kat kantin jer. Dia bawak bekal sausage jer. Atas permintaan dia jugak. Aku nak bawak dia tour kantin dia tak nak. Rimas dengan orang ramai. 10:30am dia masuk kelas aku keluar makan kejap.

Lebih kurang pukul 12:30pm aku datang sebab Rayn balik pukul 12:50pm. Nak ajar dia naik van sekolah pulak. Dia rupanya seronok dapat naik van sekolah. Alhamdulillah tak de la aku susah hati.

Pukul 2:30 dia dah pergi Sekolah agama dengan van. Aku pergi untuk bayar yuran dan sebagainya. Hari ni sekolah agama belum start lagi sesi pembelajaran. So boleh balik awal la kan.

3 January 2014

Aku masih lagi bercuti untuk memantau Rayn di sekolah. Tapi kali ni pagi-pagi lagi daddy yang hantar Rayn ke sekolah. Rayn bawak bekal nugget dan roti. Tapi roti tak habis pun. Dia masih lagi tak mahu beli apa-apa di kantin sebab dia cakap tak de yang menarik minat dia. Ok kita tunggu sampai bila.

Untuk sekolah agama aku pergi lebih kurang pukul 3:30pm sebab terlupa nak bagi duit belanja. Aku tunggu di kantin. Dia minta duit untuk beli aiskrim dan sausage jer. Habis la RM2:00. 

4 & 5 January 2014

Hari minggu. Bagi Rayn rehat puas-puas dan tidur secukupnya.

6 January 2014

Hari ni aku dah start kerja. Lagipun sekolah dah tak benarkan ibubapa berkampung di sekolah lagi hari ni. Dia bawa bekal pizza.  Balik sekolah suami umi pergi pantau dia orang naik van dari jauh. Alhamdulillah semua berjalan lancar. 

7 January 2014

Alhamdulillah Allah permudahkan segala-galanya untuk aku.