Monday, November 5, 2012

[Sekolah] MieShaTieRa

Mie untuk Midya Shabain
Sha untuk Khairin Shabain
Tie untuk Jannati
Ra untuk Siti Surina

Aku amat merindui kawan-kawan baik aku semasa di zaman persekolahan. 
Buat masa ini aku dengan Khairin selalu berjumpa atas urusan peribadi dan bisness. Khairin adalah seorang agen BSN Prudential Takaful sepenuh masa. Dia bergerak bebas bersama-sama suami dia berpengkalan di Johor Baru. Tapi setiap bulan dia akan beroperasi di Kuala Lumpur. 
Midya Shabain adalah kembar kepada Khairin Shabain. Menetap di Rawang bersama suami, seorang puteri dan ibu mertua yang sangat "sporting". Baru sahaja kehilangan seorang putera. 
Jannati berada jauh di negeri di bawah bayu Sabah. Berkhidmat menabur budi sebagai pendidik yang berwawasan. Dah lama aku tak bersua muka dengan dia. 
Bila agaknya kita akan berkumpul bersama-sama.

No comments: