Thursday, November 22, 2012

[Rayn] 3 Malam Tanpa Rayn

Rayn balik Kelantan Isnin lepas dengan mak ayah. Sunyi rumah bila dia tak ada. Raynia pun mengada-ngada sebab tak ada teman dia nak kacau. Asyik nak berkepit jer kerjanya.

Kat Kelantan, Rayn masuk Kelas Qiraati. Dekat jer dengan rumah mak ayah. Jalan kaki tak sampai 5 minit dah sampai. Dia seronok dapat pergi ramai-ramai dengan anak-anak sepupu aku. Kelas mula pukul 4pm. Pukul 3:30pm dia dah kelam kabut nak pergi. Teruja la tuh.

Bila cakap nak hantar balik Ampang, dia marah-marah sebab dia cakap nak duduk sana banyak-banyak hari. Hehehehhe.... Mummy miss you so much Aidid Rayn.

No comments: