Saturday, May 26, 2012

[Marriage] - 20 tips to make your marriage successful In’sha’Allah ♥

20 tips to make your marriage successful In’sha’Allah ♥
1. Trust, help each other, be good and stay positive.
2. Please your spouse and make him/her feel special always.
3. Be humorous, playful, helpful, respectful and entertaining.
4. Never bring your past mistakes in your today.
5. Encourage and give hope to your spouse.
6. Do not compare each other even fortiny things.
7. Surprise your spouse with something new.
8. Spent time as much as you can.
9. Get ready for your spouse as they want you to get ready and look beautiful always.
10. Listen carefully and obey sincerely.
11. Avoid fighting, ignoring, lying, doubting, misbehaving and getting angry.
12. Be open and discuss your problems/ worries to your spouse.
13. If one of you is angry, the other should be quiet.
14. Don’t argue. Simply say ‘Sorry’ whether it’s your mistake or not.
15. Always make Dua to make your marriage successful and your relationship/ bond strong.
16. Always be thankful to your spouse.
17. Say ‘I love you’ to your spouse.
18. Understand each other.
19. Make eye contact while speaking.
20. Eat together, be together and pray together.

Friday, May 18, 2012

[Diet] - Simple Rules to Lose your Weight


1. Don't eat a large meal in the evening when you'll have little opportunity for exercise afterwards. It's best to eat more at the times when you are going to be the most active. Eat a hearty breakfast, a substantial lunch, and a light dinner.

2. Never skip breakfast!

3. Eat slowly and thoroughly chew your food.

4. Don't eat while you're doing anything else like watching TV, using the computer or doing your homework.

5. Stop frying food.

6. If you must snack, stock the fridge with low calorie snacks like raw vegetables and low fat yogurt.

Friday, May 11, 2012

[Ibu] - Catatan Ibu 10


Sakit:-......ada tangisan atau tidak?
by Nor Bibi Abdullah on Sunday, 15 April 2012 at 16:27 ·

Sakit dan tangisan biasanya datang seiring.....tangisan boleh datang bersama rengitan, keloh kesah atau raungan....ia juga boleh dipamerkan jika kita mahu....
Tangisan yang paling sukar adalah tangisan yang kita sembunyikan di sebalik senyuman...rengitan kita telan kedalam...airmata kita alirkan ke dalam perut sahaja....dan tangisan ini jika kita amalkan ianya menjadi mudah...
Kenapa perlu disembunyikan? Eh? Kenapa pula perlu kita pamerkan?...jika kita pamerkan kita akan meruntun stiap jiwa raga orang yang datang menzirah...lebih2 lagi anak menantu kia.....lebih2 lagi suami/isteri kita.....ramai orang berkata aku kuat....aku bukan kuat tetapi aku redho....dan merakn Allah bersamaku....jadi aku tidak perlu menangis untuk itu....wajib ke atasku untuk bersabar...untuk tidak merumitkan suasana....
Mana mungkin aku tidak menangis...pasti tentunya waktu2 tertentu aku menangis...terutama apabila bersendirian bersama suamiku....aku mahu dia tahu kesakitan yangku rasa...kesakitan yang tidak kuselindungi...dan aku tahu ada duka di dadanya.
.....dan paling banyak...serta paling lama aku menangis adalah waktu aku merintih dan merayu kepadaNYA.....bukan sahaja kerana kesakitanku...tetapi juga tentang, kedaifanku, kejahilanku, betapa takutnya aku akan neraka...takutnya aku akan murka Allah...aku tidak kuat sebenarnya...tetapi aku bermohon agar Allah memberiku kekuatan...aku sakit dan aku mohon agar Allah menyembuhkan sakitku...aku mohon agar Allah sentiasa memeliharaku dengan IkhsanNYA...kasih dan sayangNYA."...Ya Tuhan sewaktu aku merayu padaNYA memang ada getar dalam dadaKu....takutKu jika ada dosa yang tidak terampun...namun kita tida boleh prasangka dengan janji2 Allah....
Aku juga sering menangis padaNYA...kerana aku tidak mampu membalas jasa semua orang yang membantuku...yang datang menziarah dari jauh dan dekat, yang mendoa, yang membantu dengan mmbawa buah tangan,mengubat, di hospital, di rumah....menyediakan makanan dan yang mengembirakan hatiku..lebih2 lagi suamiku yang tidak pernah merungut melayani kerenah ku...Ya Allah mana ada daya upayaku untuk membalas budi semua orang yang ku sayang ini..Engkau ampunilah dosa2 mereka, Rahmatilah hidup mereka, Afiatkanlah mereka....permudahkanlah urusan dunia dan akhirat mereka....
LahaulawalaQuwata'llabillahil'aliyyal'azim.
Ya Allah Ya Tuhanku perkenankanlah permintaan kami

[Ibu] - Catatan Ibu 9


Sakit:- ...dan Ulang Tahun ke 63
by Nor Bibi Abdullah on Tuesday, 17 April 2012 at 09:20 ·

16.April 2012.... Semalam.....berlalu dengan pelbagai kemeriahan....Alhamdulillah....berbeza daripada tahun2 sebelumnya...ulang tahun diraikan dalam suasana kita sehat dan mampu mengurus diri.
Ya Allah...62 tahun yang lalu adalah satu jangka yang panjang....meninjau kebelakang...apakah yang telahku lakukan?apakah amalan dan persediaanku untuk mengadapMu Ya Allah?apakah aku telah melakukan kerosakan atau sebaliknya di bumiMu ini?Ya Allah ampunilah dosa2ku, terimalah amalku walaupun sedikit....dan kumohon peluang untuk teru bersujud kepadaMu Ya Allah.
Selama mengharungi kehidupan yang lampau,terlalu ramai/ banyak / semua orang di sekelilingku membantu memudahkan kehidupanku...meringankan bebanku...membantu waktu senang dan waktu susahku.
Sewaktu kecil membesar dalam keluarga arwah Ma di Kampung Sirih(al Fatihah untuk Arwah) ...tanpaibu ayah di sisi...pastinya sukar bagiku..namun Arwah Tok Ayah, Arwah Mak,semua Arwah ibu saudara bapa saudaraku,rakan2 sekolahku, sepupuku.terutama Che Ani....telah menjadikan kehidupanku selesa...pada waku itu guru2 sekolahku juga banyak membantu menjadikan aku kuat mengharungi hidup dalam masyarakat yang melabelkan gadis bersekolah Inggeris adalah kafir.Nauzubillah.
Guruku Arwah cikgu Wan Esah,Arwah cikgu Ramlah dan Arwah cikgu Kadir Da arwah cikgu Ali.adalah guru sekolah rendahku di Kg Sirih....yang mendidiku dengan penuh kasih sayang...di sekolah ZES pula cikgu Nik Abu Bakar(Dato), cikgu Ibrahim, Cikgu Latiff, cikgu Cardoza, Mrs Nathan..cikgu Halimah Hassan,Ustazah Halimah..cikgu Tg Sofia, Mrs Yussof, Mrs Rahim Merican...Cikgu Rohani, cikgu Siti Raudhah,Mr Goh@Haji Sani....mereka adalah guru,pendidik ,pembimbing dan sumber inspirasiku...tidak lupa juga Puan Hajjah Rahmah....juga membentuk diriku menjadi aku....( uish! Tersasar keluar tajuk ni).
Bila berkeluarga dan berkerjaya....keluarga suamikulah yang banyak membantuku, susah dan senang...yang memberiku konsep kekeluargaan yang akrab..nilai2 kehidupan yang sehat.Alhamdulillah..
Sekolahku tempatku berkerja MRSM Kuala Krai, MRSM Kuantan dan lebih2 lagi MRSM KB/ Pengkalan Chepa...adalah rumah keduaku...kerapkalinya rumahku juga sudah jadi macam pejab cawangan MRSM,dan di MRSM juga tempat anak2 ku jadikan taman permainan mereka....rakan dan kawanku adalah keluargaku...murid2 ku adalah juga anakk2 ku....Ya Tuhan....terlalu lama bersama dengan anak remaja di sekolah menyukarkan diriku untuk menjadi dewasa, walaupun untuk anak cucuku...
Dan hari Ya Alla jika Engkau memberiku peluang untuk terus bermusafir di bumiMu ini Ya Allah kupohonkurniakanlah kesihatan yang berpanjangan.kumohon perjalanan yang penuh dengan kebaikan dan taqwa...adaku tidak menyusahkan tetapi memberi manfaat..tuaku tidak mengganggu yang muda dan tidak menggugat yang lama.
Ya Allah Maha Suci zat yang menjalankan kami sedangkan kami tidak berupaya..Penolongku hayalah Allah...Tiada Tuhan melainkanNya.KepadaNyalah Aku berserah dan Dialah yang Memelihara 'Arash Yang Besar( atTaubah:129)

[Ibu] - Catatan Ibu 8


Sakit:- kemoterapi pertama.
by Nor Bibi Abdullah on Sunday, 29 April 2012 at 16:44 ·

Minggu sebelum kimo memang minggu yang mencabar.mendebarkan dan menakutkan.ramai yang datang dan memberi nasihat,pandangan,cadang,sokongan dan pelbagai.....banyaknya mendapat maklumat daripada orang lain.seorang dua bercerita tentang pengalaman mereka sendiri, itupun kanser payudara dan kanser usus.....ada waktunya memang rasa untuk tidak meneruskan rancangan....dan diwaktu terdesak begini aku memilih untuk berkongsi rasa dengan Allah di awal pagi atau waktu sendirian..
Darul Shifa' juga menjadi pilihan kami sekeluarga...
Pada hari sebelumnya juga masih ramai yang datang penafsir penyakit dan rawatanku...sehinggakan aku merasa seolah2 para doktor pakar sedang membuat rumusan sebelum meneruskan rawatan..Ya Allah tolonglah.
Tepat jam 8.30 pagi Rabu 25.4.2012 kami tiba di bilik rawatan kemoterapi...selepas mendaftah, jururawat bertugas mengambil darah...".... Kak datang semula pukul 10 pagi nanti" o oh...kami memilih untuk keluar sarapan pagi.selesai sarapan, singgah di Pusat Sumber Payudara...berbicara dengan jururawat bertugas.
Pukul 10.00 pagi balik semula ke bilik rawatan...keputusan darah tiba sekitar 10.45 pagi.." kak boleh pilih mana2 katil.....""oh? Kerusi?""kerusi tak boleh untuk chemoport..." memilih katil paling tepi/ paling jauh dari pesakit lelaki...."kita masukkan normal saline dulu ya...".... Dan sejam kemudian dimasukkan pula sebotol kecil ubat tahan muntah....
Pada waktu menanti begitu, zikir dan doa menjadi teman dan sesekali mendengar celoteh Wahida dan jururawat bertugas....dan sempat juga berbual dengan pesaki muda di tepiku....sekitar jam 12.16 petang jururawat datang lagi," kak kita nak masukkan ubat kemo....1/2 jam selesai tapi kita perlahankan sikit..."
Mula terasa tekanan. Dan setiap ucapan dan nasihat kawan2 datang menerjah....dan ianya menakutkan...
Namun hatiku berkata. Hanya Allah yang tahu.Allah mengentahui segala rahsia yang kita tidak tahu..dan jika kita ingin tahu tanyalah pakar....aku berserah paada Yang Esa...dan kata2 Dr Wan Nazri ku pegang kejap.. 
"......cikgu kemo ni banyak jenis pengalaman mereka tidak sama dengan pengalaman kita....sakit kita tidak sama dengan sakit orang lain...." Ya Allah aku berserah padaMu Ya Allah!
Selesai habis ubat kemo, tanpa apa2 trajedi...sekitar 1.25 ptg perutpun mula terasa lapar.Alhamdulillah lepasni boleh balik dan makan tengahari..."kak ni nak bagi normal saline dan botol kecil untuk flush chemoport" terperanjat juga tengokkan botolnya, nampak gaya sejam lagi pun belum tentu selesai.
Hukhuk makan biskut kering dan minum air zamzam....
Flushing chemoport selesai sekitar3.30 petang Alhamdulillah...
Dan balik rumahhhhhhhhhh 
Ya Allah syukur atas segala nikmat, rahmat dan IkhsanMu Ya Allah.
Terimakasih atas semua yang mendoakan.....Alhamdulillah

[Ibu] - Catatan Ibu 7


Sakit:- Makan, Minum ,buku serta pelbagai cenderamata
by Nor Bibi Abdullah on Thursday, 10 May 2012 at 15:48 ·

Air zam-zam jadi minuman harian....boleh dibeli dengan mudah...sesekali Wan Nur Aida hantar terus jadi Jeddah.juga dikirim oleh anakanda Mat Arwani Mat Nawi,juga dibawa terus dari Jeddah....terimakasih semua.
Minyak Habatussauda dan biji Habatussauda, juga Oleh2 Wan Nor Aida dan dibawa Khas oleh Badrul sewaktu dia datang menziarah tempuhhari.terimakasih Chuda. Terima kasih Bad...
RADIANZE tanpa putus kiriman Kartikawati....Tq Dear
Berkilo2 biji Aprikot, Apricon,Apricot Seeds- Afdhal,Bromelain- Afdhal,PPAR Life dan VEMMA dibeli oleh Anakanda Rubita,dan Vemma juga dihadiahkan oleh kawannya.
Madu-madu, madu Masad Gold ada,Madu Sudir-Sauda ada,Madu Yaman ada....tq my besan, Dr N Azrita.....
Buku adalah hadiah yang banyak diterima...mudah2an ianya memberi manfaat kepadaku dan kepada pemberinya....nak tulike satu?
Insyaallah ada waktu akan kutulis jua....namun hari ini agak memenatkan....maaf

[Ibu] - Catatan Ibu 6


Mucinus Edino Carsinoma
by Nor Bibi Abdullah on Thursday, 10 May 2012 at 15:08 ·

Mucinus Edino Carsinoma namanya,
Menyerang orang sesuka hatinya
Saluran darah dan saraf sudah dimasukkinya
Menginap di liver segment lapan
Dan di paru-paru juga
Gemsyetabin ubat untuk rawatannya
Tujuh minggu setiap Rabu
Dan empat kali lagi selang setiap tiga minggu..
Tujuan kemo ada lima:-
Membunuh sel
Kecilkan sel
Elak merebak
Penambahbaikan kehidupan, dan
Sembuh....

[Ibu] - Catatan Ibu 5


Sakit:- kemoterapi Kedua dan ketiga
by Nor Bibi Abdullah on Thursday, 10 May 2012 at 14:48 ·

2.5.12 Hari Rabu......seperti biasa8.30 pagi sudah ada di HUSM....selepas darah diambil, menunggu untuk proses seterusnya.kali ini keputusan darah agak lewat.12.15 ptg barulah dipanggil untuk proses kemo...pesakit agak ramai,kerusi dan katil sudah penuh....bilik perbincangan diberi kepadaku....Alhamdulillah agak selesa..sedari pagi bapa gelisah dan rasa tidak selesa...namun nampaknya dia bertahan sehingga Tab datang mengambil alih...hehe hari ni Tab belanja ayam goreng KFC untuk staf di sini....proses berjalan lancar seperti minggu lepas...dan menariknya minggu ni ada tetamu yang sempat menjenguk...terima kasih Ustazah Saniah dan Puan Esah Ahmad.
Selesainya semua Tab belanja ibu makan bee-hoon sup di D'Klassik...Alhamdulillah.

9.5.12 Hari Rabu........bermakna ini adalah kali ketiga......Selasa sebelum Rabu biasanya mencemaskan...lebih2 lagi tidak ada peneman minggu ini....Ya Allah permudahkanlah.hari ini pun keputusan darah agak lewat dan pesakit juga ramai...Bilik rawatan sudah penuh...dan sekali lagi aku ditempatkan di bilik perbincangan...semasa rehat tengah hari, Ta, Hiday dan Azah datang menemani...terimakasih semua...
Dan hari ini aku adalah orang yang terakhir selesai....lapar bukan main......
Alhamdulillah....kemoterapi juga berjalan dengan lancar walaupun mulanya agak lewat....