Thursday, June 30, 2011

Cerita... Firedrill At Menara Maybank

Pagi-pagi lagi semua orang kecoh pasal "fire drill". Dalam lift, "work station" semua duduk bercerita pasal itu. Hari ini adalah hari terakhir "Financial Year". Nak tak nak kena buat jugak sebab nanti tak boleh nak renew lesen.

Aku siap-siap untuk turun lebih kurang pukul 9.25am. Bila kat bawah mak ai bukan main ramai lagi dah turun. Aku ke "banking hall" untuk uruskan akaun bank aku. Selesai jer kami berempat ke "hawker centre" untuk menjamu selera.

Lebih kurang pukul 10am loceng kecemasan berbunyi. Kami semua tak sempat nak minum tapi sempat melantak cekodok udang dah kena halau ke tempat berkumpul.

Untuk tingkat 43 kesemua staff turun menggunakan lift kecuali 3 orang sebab mereka ingin mencuba stamina mereka. Tabik springgg aku kat dia orang.

Lebih kurang pukul 11am semua dibenarkan naik ke pejabat masing-masing.

Wednesday, June 29, 2011

Cerita... Tupperware 5/2011

TUPPERWARE RAYA CAMPAIGN 2011!














Wednesday, June 22, 2011

Cerita... Pay Day Metrojaya Sale

Hari ini hari gaji dan juga Metrojaya buat sale kat office aku. Apa yang menarik bagi aku. Semua tak menarik sebab "old stock". Pandai betul Metrojaya ni. Orang-orang kat sini pun satu macam tak pernah pergi "sale" tempat lain.

Perfume dijual dengan 50% diskaun. Ada cadar, alas kaki, baju bajan dan jugak langsir.

Aku dah turun pergi jenguk-jenguk apa yang menarik pukul 10am tadi. Sekarang tak boleh masuk ramai sangat orang kat sana.

Tuesday, June 21, 2011

Cerita... Interview kat UiTM Puncak Perdana

Semalam aku ada sesi Interview untuk program Masters aku kat UiTM Kampus Puncak Perdana Shah Alam. Pertama kali pergi ke sana. Memang aku betul-betul terkejut. Dengan cuaca yang sangat panas. Kemudahan tak seberapa. Kalau masa aku belajar dulu kena kat kampus tuh macam mana agaknya.

Kursus yang akan aku ambil ialah IS770 - Pengurusan Maklumat. Aku ambik Mode FLP (Flexible Learning Program). Kelas sebulan sekali 9am - 9pm hari sabtu. Kalau ambil Mode Full Time / Part Time kelas akan berlangsung pada hari biasa. Aku tak sanggup nak merempuh jem ke sana.

Kordinator untuk FLP ialah En Safawi (Pok Wi) pensyarah aku masa aku belajar dahulu. Ada pelajar senior cakap dia tak sebagus kordinator lain. Aku NO KOMEN.

Aku ingat kan interview ni macam-macam yang dia akan tanya. Sedikit takut jugak la. Tapi Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Sekadar sesi perkenalan sahaja. Sebagai syarat untuk program itu.

Dalam masa 2 minggu lagi kalau aku di terima masuk, surat tawaran akan keluar. Pendaftaran pada bukan September 2011 selepas Raya.

Wish me luck!

Thursday, June 16, 2011

Cerita... Pembantu Rumah V1

"1st time" ambil pembantu rumah. Aku mula-mula memang berat hati nak menggunakan servis pembantu rumah untuk aku. Tapi belum cuba belum tahukan.

Pembantu rumah Indonesia ini di perkenalkan oleh "Cleaner" rumah aku yang biasa aku ambil hari minggu. Aku selalu pesan kat dia kalau ada orang yang nak kerja bagi tau la kat aku. Dia bawak la datang rumah sebab aku nak tengok rupa paras bentuk orang yang nak kerja tuh. Dia datang dengan bibik tuh dan mak bibik.

1st immpression. Aku dah rasa lain macam sebab bibik tu diam seribu bahasa. Bagi aku ok lah tak banyak cakap nanti. Mak dia cakap dia kurang fasih berbahasa Malaysia. Itu senang ajer. Bila aku risik-risik bertanya kawan dan sepupu aku semua bagi pendapat yang berat supaya aku jangan ambil pembatu itu.

Balik rumah belum sempat nak telefon cakap aku tak jadi ambil. Loceng pagar dah bunyi. Mak ai cepat pulak dia datang siap bawak beg lagi. Laki aku apa lagi suka la sebab boleh la aku jadi "ma'am" pulak.

Sebab dia datang dengan cara mengejut maka bilik kat bawah aku tak sempat nak kemas. Lepas semua orang balik aku suruh la dia kemas tempat untuk dia tidur sementara aku anak beranak makan. Dia cakap dia dah makan. Belum sempat aku habis makan aku dengar dia bercakap-cakap. aku ingatkan dia bersembang dengan Rayn aku intai la. Rupa-rupanya dia tengah bersembang dengan "handphone" dia sambil nangis-nangis. Aduhhh masak budak nih.

Aku tanya la kenapa nangis. Nak balik ke? Dia angguk kan kepala. Aku suruh dia hubungi keluarga dia sendiri datang ambil. Aku tak mahu simpan pembantu macam ini buat sakit kepala aje.

Jadilah aku majikan selama 30 minit.

Monday, June 13, 2011

Cerita... Master Intake 2011

Reference No : 100-FPM(37/3/2)

Date : 08.06.2011

Sir / Madam

Invitation to an Interview for Entry to Postgraduate Programme

IM770 - MASTER OF SCIENCE IN INFO. MANAGEMENT

September 2011 Intake

We are pleased to inform that as a prerequisite for entry into the postgraduate programme, you are invited for an interview as stated below :

Date : 20-6-2011 (Isnin)

Time : 2.30 PETANG

Vanue : Bilik Mesyuarat 2, Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Puncak Perdana, 40150 Shah Alam.

Please bring along the following original documents for the interview:

1. Personal Related Documents

2. Academic Certificates and Transcripts

For further inquiries, please contact the Head of Postgraduate Programme at the faculty.

Thank You.

Yours Sincerely

Head of Postgraduate Programme

C.C Dean

Institute of Graduate Studies

UiTM

Friday, June 10, 2011

Cerita... Bahang Raya

Sekarang semua orang sibuk membeli kain pasang untuk buat baju kurung. Pegi mana-mana kedai, Gulatis, Jakel atau pun Nagoya mesti penuh orang. Aku pun walaupun kekurangan sen tapi tetap gak tak sedar diri nak beli kain untuk buat baju raya.

Bulan lepas aku dah beli 2 pasang kain untuk baju kurung aku dan Raynia. 1 pasang untuk mak. Tadi aku beli sama jugak 2 pasang untuk aku dan 1 pasang untuk emak. Rayn dan Aidil aku tak beli apa-apa lagi sebab Aidil jenis suka beli kat DZain Ampang Point yang dah siap. Baju yang dah siap biasanya dekat-dekat nak raya baru dia orang keluarkan.

Tema aku tahun ini "Red Chilli". Rayn dan Aidil pun akan pakai baju warna itu juga. Untuk aku dan Raynia aku beli kain "Cotton".

Raya kat mana tahun ini belum di tentukan lagi memandang Aidil bercadang nak tukar kerja lagi. Insya Allah dia janji nak balik Kelantan.

Thursday, June 9, 2011

Cerita... Penat, Stress,


Sejak Aidil eksiden ni penat betul hidup aku. Maklum la semua kena buat sendiri. Seolah-olah "single parent". Apa nak buat dah nasib badan. Rasa macam nak bercuti la tapi cuti aku dah habis. Aidil pun ada usulkan untuk pergi bercuti.

Dua tiga hari ni mak ada tak de la rasa stress sangat. Sabtu nanti mak balik mesti aku terasa. Apa patut aku buat?

My cheeky boy Aidid Rayn

Saturday, June 4, 2011

Cerita... Birthday 2011

Happy Birthday Surina!

Birthday wish yang paling best dari Ibu. Thanks Ibu.

Today is your birthday
Siti Surina pasti OK
Allah menguji kita everyday
But please jangan khuatir
Mohonlah sentiasa jangan mushkil
Allah itu maha Pemurah dan Adil
Lihatlah betapa anugerahnya tidak berakhir
Raynia, Rayn dan Aidil
So Happy Birthday
ALLAH pelihara hingga ke akhir.....

Friday, June 3, 2011

Cerita... Dugaan Demi Dugaan

Aidil had an accident at Kesas Highway at 7.30PM 2nd June 2011. Rayn cakap Daddy sama macam Ultraman. Dia ingat Daddy pakai kostum Ultraman.


Dugaan demi dugaan melanda. Bahagian dahi sebelah kanan berlubang. Pipi kanan luka dan hidung pun luka. Dahi dan hidung darah masih belum berhenti. Pergelangan tangan kiri retak kena simen @ POP. Alhamdulillah walaupun cedera tapi Allah S.W.T. masih lagi selamatkan dia.

Sekarang dia ada kat APSH. Bilik 534. Aku tak dapat temankan dia sebab Rayn dan Raynia tak ada orang jaga. Tadi masa hantar pergi "emergency" pun aku tumpangkan di rumah kakak Aidil.

Abang Ira orang pertama yang datang melawat. Al, Koy dan Tareq pun datang. Jiran Abang Mail, Jiran Jimmy dan Jiran Haji Karim pun datang. Ibu, Bapak dan Izi datang. Terima kasih semua kerana sudi datang. Jiran Abang Man dan Jiran Abang Amran terima kasih kerana bertanya khabar.

Wednesday, June 1, 2011

Cerita... Dinner at Me'nate Steak House

Semalam "birthday celebration" untuk May. Dia punya "birthday" 29 May 2011. Sempena bulan kelahiran dia la "boyfriend" dia panggil dia May.

We all makan kat Ampang Hilir. Me'nate Steak House. Ini kali ke-3 pergi makan sana. Siapa yang join semalam Edex, May, Boy, Lenn, Miza (adik Edex), aku, Aidil, Rayn dan Raynia.

Makanan dia lain dari tempat lain sebab "fresh meat". Kambing dan lembu dia ternak sendiri. Harga dia sedikit mahal dari tempat lain. Tapi aku rasa macam berbaloi la makan kat situ.

Antara menu yang we all makan semalam adalah seperti gambar di bawah. Gambar ni aku ambil masa makan hari tuh. Semalam sorang pun tak ada yang ambil gambar makanan. Semua sudah kelaparan.


"Lamb Grill"... Yummeh memang "favorite" aku.


"Slice meat with mayo". Ini pun boleh tahan di makan dengan roti bakar.