Sunday, May 29, 2016

Cermin

Baru mengenali seorang kawan. Dia terima kamu seikhlas hati katanya. Akan membantu dan mengekalkan persahabatan ini sampai bila.

Semasa bersama-sama. Kamu banyak mendengar bebelan... omongan dan kata-kata yang berunsur nasihat.

Pada satu tahap... kamu diberi amaran untuk berhati-hati dengan oranh-orang disekeliling kamu.

Sebagai contoh.
1. Kamu mesti membutikan yang kata-kata B itu salah. B pernah mengeluarkan 1 "statement "... bahawasanya kamu berdamping dengan sahabat kamu itu disebabkan sesuatu. Kamu hanya mahu menumpang sesuatu dari sahabat kamu. Apabila kamu lihat orang lain lagi hebat dari sahabat kamu... kamu akan melompat ke sana pula. Kalau tiba-tiba sahabat kamu meminjam duit daripada kamu. Suatu hari ditakdirkan sahabat kamu tidak membayar hutang tersebut. Kamu akan menjaja cerita kesana sini.

2. Kamu diberi amaran untuk tidak berkawan rapat dengan si A.... C.... D..... E....

Sekarang... kamu dapat rasakan yang diri kamu menjadi mangsa mengambil kesempatan. Menjadi tempat untuk memberi pinjaman kepada sahabat kamu. Sekali sahaja kamu bagi pinjam sebab kamu dapat menghidu yang kamu dipergunakan. Apa yang kamu rasa???

Mahu menghantar tugasan kamu menggunakan nama sahabat dan mengharapkan mendapat kredit untuk tugasan tersebut. Sedangkan kamu yang bertungkus lumus membuat tugasan itu. Apa yang kamu rasa???

Apabila kamu meminta pertolongan sahabat kamu... kamu diherdik. Apa kamu rasa???

Apabila kamu bertanyakan sesuatu tetapi mendapat jawapan yang entah apa-apa. Kamu tidak berputus asa mencari jalan penyelesaian sendiri tanpa bantuan sahabat kamu itu.  Dan setelah masa berlalu... sahabat kamu bertanyakan hal tersebut. Bila kamu bagi jawapan dia pertikaikan pula. Apa kamu rasa???

Apabila kamu menyedari bahawa diri kamu dipergunakan... kamu cuba menjarakkan perhubungan kamu dengan sahabat. Kamu tidak menjawab panggilan telefon sahabat kamu ketika waktu maghrib... ketika tengah makan bersama ahli keluarga.... ketika tengah membantu anak membuat kerja rumah... ketika memandu.... ketika di majlis ilmu... kamu pula dituduh melupakan sahabat kamu.  Apa kamu rasa???

Orang macam inikah dipanggil sahabat?

No comments: