Tips Untuk Mengenali Perawat Islam Yang Didampingi Jin
Link tuh untuk mengenal Perawat Islam Yg didampingi Jin.
Semua yang disebutkan itu Mertua aku pernah cerita.
Sahih dan nyata Perawat yang mertua aku pergi tuh memang didampingi Jin.
Aku tak tahu macam mana nak cerita pada mertua aku.
Ada "discuss" dengan Mr D... dia faham dan akan "explain" pada mertua aku.
FamBlab ni kisah suka duka suku sakat Anak Cucu Cicit Allahyarham Haji Abdul Aziz & Hajjah Meriam...Blog ini juga merupakan catatan dan kenangan saya dan keluarga. Other than that is just collections of my hobbies and stuffs. I hope you’ll enjoy viewing my journey.
Friday, January 18, 2013
Monday, January 14, 2013
[Mistik] Taksub Terhadap Perubatan Alternatif
Zaman sekarang ramai yang berlumba-lumba mencari rawatan alternatif selain daripada rawatan doktor. Rawatan alternatif ini adalah rawatan yang diamalkan oleh pengamal perubatan tradisional / islam dan sebagainya selain rawatan islam.
Mertua aku sekarang ni tengah taksub dengan rawatan alternatif kononya dengan seorang "Ustazah" area Setapak. Hampir setiap bulan mesti ada jer masa dia orang melawat "Ustazah" tersebut. Datang rumah pun pernah kononnya untuk upacara pembersihan rumah. Ayok....
Mula-mula aku tak rasa apa-apa yang pelik. Tapi lama kelamaan, setelah macam-macam cerita daripada mertua aku. Aku jadi was-was. Pelik dengan cara "Ustazah" ini memberi rawatan. Tak jumpa dia pun, dia boleh tau kita sakit apa-apa. Pelik kan. Mestilah dia mengguna sesuatu untuk menjayakan rawatan dia.
To be continued....
Thursday, January 10, 2013
[Office] Pengajaran No. 1 di Tahun 2013
Kejadian ini tiada kaitan dengan sesiapa pun yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia.
Pemuda 1: Encik. Boleh tumpang tanya. Kedai bunga kat mana?
Pemuda 2: Kamu masuk tadi tak tengok kat pintu ke? Kat situ ada "direction" kat mana kedai tu?
Pertengkaran mulut terjadi. Memalukan. Macam kanak-kanak jer kan.
Pemuda 1: Encik. Boleh tumpang tanya. Kedai bunga kat mana?
Pemuda 2: Kamu masuk tadi tak tengok kat pintu ke? Kat situ ada "direction" kat mana kedai tu?
Pertengkaran mulut terjadi. Memalukan. Macam kanak-kanak jer kan.
Thursday, January 3, 2013
[Event] Selamat Tahun Baru 2013
Hari ke-3 dalam tahun 2013.
Masih belum terlambat untuk aku ucapkan "Selamat Tahun Baru". Apa azam tahun baru anda? Adakah azam tahun 2012 sudah tercapai sepenuhnya? Apakah cita-cita anda yang masih belum tercapai?
Apa yang aku mahu pada tahun 2013:
1. Turunkan lagi 5kg berat badan aku untuk kesihatan dan kepuasan diri sendiri;
2. Tamarkan pengajian aku seperti yang di jadualkan;
3. Kesihatan tubuh badan untuk melakukan amal ibadah dunia dan akhirat;
4. Memperbaiki solat supaya lebih sempurna dari biasa;
5. Memperbanyakkan melakukan kebaikan;
6. Mencuba sedaya upaya menjadi seorang Anak, Isteri, Ibu yang baik kepada keluarga aku;
7. Dapat meluangkan sebanyak yang mungkin masa bersama-sama keluarga tercinta;
8. Job hunting;
9. Nak balik berhari raya Aidilfitri & Aidiladha di Kelantan;
10. Cuti-cuti Malaysia.
Labels:
Assignment,
Doa,
Emak,
Event of the Year,
Family,
Information,
Janji,
Kelantan,
Masters,
Motivation,
Tips,
UiTM