Tuesday, October 16, 2012

[Holiday] Visit Penang 2012 - Day 1

7th October 2012 - 9th October 2012

Gerak dari Ampang lebih kurang pukul 11:00am. Minum untuk bagi perut tak rasa lapar sangat."Simple breakfast" jer sebab nak makan kari kepala ikan kat "Penang". Boleh. Hahahaha... Sebab dah lama menaruh perasaan nak makan kari kepala ikan.

Sampai "Penang" lebih kurang pukul 1:00pm. Disebabkan Double R nak naik "ferry", maka lambat la sikit nak masuk "Island". Naik jer "ferry" hujan turun dengan lebatnya. Tak boleh la keluar nak duduk tepi "ferry". Tapi daddy bawak jugak Raynia keluar duduk jauh-jauh dari tepi tak nak kasi basah. Rayn keluar sekejap lepas tu dia cakap dia nampak "shark". Terus nak masuk balik duduk dalam kereta. Kuat betul imaginasi anak bujang sorang nih.

Sampai "Island" terus pergi Nasi Kandaq Beratur. "Lunch Hour" faham-faham sendiri la memang panjang la nak kena beratur.  Tukar "plan" pergi la pulak Nasi Kandar Line Clear.  Kat sini pulak "line" tak "clear" sebab baru lepas hujan. Meja-meja semua basah. Tukar lagi "plan". Kali ni kami menuju ke Restoran Kassim Mustapha. Memang tidak pernah mengecewakan. "Service" dia memang bagus. Maka layan la kami laki-bini kari kepala ikan + nasi dua + air dua + air kotak dua = RM19.40. Memang murah sangat. 

Lepas makan pergi Tesco belikan Rayn "charger" PSP dia yang kami terlupa bawa. Tak beli kan mengamuk la Rayn nanti. Lepas tuh kami terus "check-in" kat Naza Talyya Hotel. Memang hotel ni tak berapa popular tapi boleh lah untuk orang-orang macam kami. Aku dah "booked online" untuk "single standard room" RM100 "included tax". Bilik dia biasa-biasa sahaja. Ok lah untuk harga itu. Keadaan bilik pun bersih. Cuma tak berapa "sea view".

Lepak-lepak kejap daddy bawak Double R pergi berjinak-jinak dengan laut. Belum bercadang untuk mandi sebab hari baru lepas hujan. Sempat la Double R main-main pasir pantai.

Lepas maghrib bersiap sedia untuk tawaf pulau sambil menuju ke Queens Bay untuk menjamu selera ikan bakar. Pusing-pusing sampai Balik Pulau ikut jalan belakang. Memang menyeramkan dan gelap sangat. Nasib baik kids semua tidur. Sampai kat medan selera ikan bakar kat Queens Bay lebih kurang pukul 9:30pm. Ikan siakap tiga rasa + sotong goreng tepung + sotong bakar + udang bakar + lala masak pedas + air tea O ais satu jug + nasi putih dua. Total untuk makanan itu RM77.50. Mahal ke murah ek? Macam mahal jer. Kalau makan kat Bagan Lalang macam boleh dapat banyak jenis lagi.

Lepas makan malam terus balik hotel pasal masing-masing kepenatan. Rayn dari Ampang sampai "Penang" dia tak tidur pun. Sampai hotel layan "movie" lepas kids tidur.  

2 comments:

Nurul Aznil said...

KOrang naik flight ke?
cepat giler sampai penang. hehehhehe
awat tak habaq nak makan nasi kandaq murah tapi sedap?
tu, kat pekan kampung kami ada kedai Pak Ta'at! TERBAIK lagi MURAH.

FamBlab said...

Drive laaa..... tak banyak kereta.