Tuesday, October 30, 2012

[Raya] Cuti-Cuti Hari Raya Aidiladha 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha 2012.

Hari Khamis 25 Oktober 2012, Gerak lebih kurang pukul 11:30 pagi sebab tunggu Muadz datang untuk balik sama-sama. Masuk jer "Karak Highway" kerata banyak sangat tapi bergerak la jugak. Kami memang bercadang nak balik ikut Terengganu kali ni sebab tak sanggup nak meredah jem kalau ikut Gua Musang.

Sepanjang perjalanan memang lancar sampailah Bukit Besi 10km nak masuk LPT. Disebabkan nak keluar simpang tiga, keadaan jalan jadi jem. Tak ada apa-apa pun yang aku tengok. Geram betul kereta bergerak 20km sejam dan asyik berhenti-henti. Dah la aku tengah menahan nak terkencing. 

Sekali lagi tersangkut dalam jem kat Kubang Kerian. Aduhai. Benci betul aku. Alhamdulillah sampai rumah lebih kurang pukul 9:00 malam. Semua keletihan dan kelaparan.

Monday, October 22, 2012

[Holiday] Visit Penang 2012 - Day 3

7th October 2012 - 9th October 2012

Hari terakhir di Penang tak ada apa-apa aktiviti sebab dah nak balik. Lepas "breakfast" kemas-kemas barang terus "check out"

Sebelum meneruskan perjalanan pulang, singgah di Pasar Chowrasta untuk beli jeruk. Tu pun main ambil jer sebab daddy & kids tunggu dalam kereta jer.

Alhamdulillah sepanjang perjalanan dan percutian singkat kami ini Allah S.W.T. permudahkan segala-galanya. Fahme dan boss dia kena saman "speed trap" dengan AES dua kali tapi kami Alhamdulillah tak kena. 

Sampai rumah masing-masing kepenatan tapi seronok sangat.

Sunday, October 21, 2012

[Bola] Juara Piala Malaysia 2012


Tahniah The red Warriors!
Juara Piala Malaysia 2012.




Aku amat berbangga dengan pasukan TRW. Bersungguh-sungguh main walaupun dihina oleh penyokong-penyokong negeri lain. Apa orang nak cakap... cakap la TRW tetap juara. 


Thursday, October 18, 2012

[Holiday] Visit Penang 2012 - Day 2

7th October 2012 - 9th October 2012

Aku bangun pagi-pagi sebab nak tengok laut pada waktu pagi. Terkebil-kebil seorang diri sebab semua belum bangun. Pukul 9:00am aku kejut semua ajak keluar jalan-jalan. Sebab misi hari ini nak keluar jalan-jalan sambil menjamu selera.

Misi utama pagi itu pergi Bukit Bendera. Dah lebih 20 tahun rasanya tak pergi sana. Dua tahun lepas pergi "Penang" pun tak pergi Bukit Bendera. Orang masih belum ramai lagi waktu kami tiba. Cuaca pun tak ada la panas lagi. 

Harga tiket Bukit Bendera: 
Dewasa RM8 bagi pemegang MyKad 
Kanak-kanak 5 tahun - 12 tahun RM4. 
Pelajar RM4

Kami kena bayar untuk naik Bukit Bendera RM16 sebab aku boleh guna kad pelajar aku. Keretapi sekarang dah moden tak sama dengan yang dahulu. Untuk naik ke atas mengambil masa lebih kurang +-20 minit. Rayn dan Raynia seronok sangat sebab dah lama dia orang nak naik "thomas". Dia orang panggil "LRT, train" tu "thomas".

Kat atas pun suasana dah lain. Memang berbeza sangat. Nak duduk lama-lama pun macam tak tahu nak buat apa. Lagi pun kami ada "lunch date" dengan Fahme kawan daddy. Bila Double R dah start mengamuk-ngamuk nak macam-macam baik kami turun ajer. Mula-mula dia orang tak nak turun. Rayn siap-siap merajuk sebabnya nak naik "buggy car".  Malas kami nak melayan permintaan yang bukan-bukan. Bila dah naik "thomas"  elok pulak dia orang seronok. 

Lepas tu kami menuju ke Gurney Drive sebab Fahme dah tunggu kat sana. Hari ni kami mencuba pulak kari kepala ikan kat Gurney Drive yg "version" melayu pulak. Bagi daddy dia lagi suka yang Melayu punya kari. Aku lagi suka Kassim Musthapa. Rasa kari dia lebih "kick". Kali ni kami makan 3 orang RM47.30. Tapi Fahme belanja. 

Double R dah "start" buat perangai. Itu la... Ini la.... Kami ambil keputusan balik hotel sahaja. Hari ni kami tukar bilik daripada "Single Standard" kepada "Deluxe Room".  Untuk bilik ini kalau kita "booking online" RM140. Tapi bilik tak boleh pilih. "Booking" kat kaunter RM160. Tak kisah la sebab nak cuba yang bilik betul-betul mengadap laut pulak. Bilik dia agak besar jugak. 

Lebih kurang pukul 3:30pm Rayn dah mula gelisah ajak turun mandi laut. Nasib baik la cuaca tak berapa panas. Di perkarangan hotel ada pokok yang redup. Boleh la kami melayan anak-anak sambil main pasir. Raynia dua tiga kali tergolek sampaikan dia dah tak nak mandi laut lagi sebab dia takut dengan ombak. Rayn pun sama. Dia cakap laut tu besar susah dia nak berenang. Daddy jer seronok mandi laut. Habis sesi laut sambung pulak dekat "pool". Bukan main seronok lagi Double R. Sebab utama mereka suka pergi hotel adalah "swimming pool". Hampir pukul 6:00pm baru naik ke bilik. Semuanya tewas kepenatan.

Lepas maghrib Fahme bawak tunang dia datang hotel sambil bawak pasembor + nasi lemak. Memang bagus la sebab kami memang tengah lapar. Hujan pulak tuh. Lepas tu dia orang ajak lepak dekat McD Ferringhi. Lepas bersurai kami jalan-jalan kejap di pasar malam Batu Ferringhi. Tak ada apa yang menarik hati aku. Lagipun dah penat nak tengok-tengok. Balik hotel terus tidur sampai pagi.



Wednesday, October 17, 2012

[Family] Seminggu Tanpa Daddy



  1. MH2592 15 October 2012 08:30 – 10:40 am KUL -MIRI
  2. MH3655 15 October 2012 01:25 – 02:20 pm MIRI - SIBU
  3. MH2255 15 October 2012 07:45 – 08:20 pm SIBU - KCH
  4. AK6034 16 October 2012 01:40  – 3:05 pm KCH - KK
  5. MH3036 16 October 2012 06:35 – 07:25 pm KK - SDK
  6. MH3095 17 October 2012 05:00 - 5:40 pm SDK - TWU
  7. MH3052 18 October 2012 02:20 – 03:20 pm TWU - KK
  8. MH2603 20 October 2012 08:00 – 10:25 pm KK – KUL

 
p/s: Window seating

Minggu ni aku kena tinggal lagi. Seminggu lak tuh. Berat tuh memang berat tapi nak buat macam mana dah tuntutan kerja dia macam tu. Demi mencari rezeki untuk anak-anak dan isteri. Chewah.

Dulu-dulu daddy selalu jugak cakap dia jarang naik kapal terbang. Sekarang amik kau sampai satu hari tu dua tiga kali naik. Naik muak jugak kan. Tapi daddy cakap bulan ni adalah bulan terakhir "trip to Sabah and Sarawak". Sebab kat Sabah dah ada "staff" baru masuk. Lepas ni daddy punya "trip" pergi "Southern" sahaja dan "cover" Selangor dan Kuala Lumpur. Dalam sebulan tu satu minggu sahaja kena keluar. Alhamdulillah tak de la aku kesunyian lagi melayan keletah anak-anak sendirian.
 


Tuesday, October 16, 2012

[Holiday] Visit Penang 2012 - Day 1

7th October 2012 - 9th October 2012

Gerak dari Ampang lebih kurang pukul 11:00am. Minum untuk bagi perut tak rasa lapar sangat."Simple breakfast" jer sebab nak makan kari kepala ikan kat "Penang". Boleh. Hahahaha... Sebab dah lama menaruh perasaan nak makan kari kepala ikan.

Sampai "Penang" lebih kurang pukul 1:00pm. Disebabkan Double R nak naik "ferry", maka lambat la sikit nak masuk "Island". Naik jer "ferry" hujan turun dengan lebatnya. Tak boleh la keluar nak duduk tepi "ferry". Tapi daddy bawak jugak Raynia keluar duduk jauh-jauh dari tepi tak nak kasi basah. Rayn keluar sekejap lepas tu dia cakap dia nampak "shark". Terus nak masuk balik duduk dalam kereta. Kuat betul imaginasi anak bujang sorang nih.

Sampai "Island" terus pergi Nasi Kandaq Beratur. "Lunch Hour" faham-faham sendiri la memang panjang la nak kena beratur.  Tukar "plan" pergi la pulak Nasi Kandar Line Clear.  Kat sini pulak "line" tak "clear" sebab baru lepas hujan. Meja-meja semua basah. Tukar lagi "plan". Kali ni kami menuju ke Restoran Kassim Mustapha. Memang tidak pernah mengecewakan. "Service" dia memang bagus. Maka layan la kami laki-bini kari kepala ikan + nasi dua + air dua + air kotak dua = RM19.40. Memang murah sangat. 

Lepas makan pergi Tesco belikan Rayn "charger" PSP dia yang kami terlupa bawa. Tak beli kan mengamuk la Rayn nanti. Lepas tuh kami terus "check-in" kat Naza Talyya Hotel. Memang hotel ni tak berapa popular tapi boleh lah untuk orang-orang macam kami. Aku dah "booked online" untuk "single standard room" RM100 "included tax". Bilik dia biasa-biasa sahaja. Ok lah untuk harga itu. Keadaan bilik pun bersih. Cuma tak berapa "sea view".

Lepak-lepak kejap daddy bawak Double R pergi berjinak-jinak dengan laut. Belum bercadang untuk mandi sebab hari baru lepas hujan. Sempat la Double R main-main pasir pantai.

Lepas maghrib bersiap sedia untuk tawaf pulau sambil menuju ke Queens Bay untuk menjamu selera ikan bakar. Pusing-pusing sampai Balik Pulau ikut jalan belakang. Memang menyeramkan dan gelap sangat. Nasib baik kids semua tidur. Sampai kat medan selera ikan bakar kat Queens Bay lebih kurang pukul 9:30pm. Ikan siakap tiga rasa + sotong goreng tepung + sotong bakar + udang bakar + lala masak pedas + air tea O ais satu jug + nasi putih dua. Total untuk makanan itu RM77.50. Mahal ke murah ek? Macam mahal jer. Kalau makan kat Bagan Lalang macam boleh dapat banyak jenis lagi.

Lepas makan malam terus balik hotel pasal masing-masing kepenatan. Rayn dari Ampang sampai "Penang" dia tak tidur pun. Sampai hotel layan "movie" lepas kids tidur.  

Monday, October 1, 2012

[Ibu] Sebulan Sudah Berlalu

Sudah sebulan masa berlalu. Sungguh pantas masa itu bergerak. Terasa bagai baru semalam kehilangannya. Ya Allah. Aku terlalu merindui suaranya. Gelak tawanya. Terlalu merindui sampaikan ada masanya aku menitiskan air mata kerinduan. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.