Friday, June 8, 2012

[Ibu] - Catatan Ibu 11

Sakit:- Kemoterapi kali ke tujuh
by Nor Bibi Abdullah on Friday, 8 June 2012 at 08:15 ·

6.6.2012, Hari Rabu adalah hari terakhir kemo untuk sesi ini....sewaktu datang ke hospital rasa agak teruja...namun ciritbirit di sebelah malamnya, menyebabkan badan sedikit lemah..... Sementara menunggu keputusan darah keluar kami ke D' Klassik....mencuba untuk sarapan.....abang makan nasi lemak dan seperti biasa tiada satupun makanan yang menarik perhatianku.....Ya Allah....seleraku bagai tertutup terus...sedangkan perut lapar dan badan terasa lemah......
11 pagi keputusan darah keluar," kak..darah ok.....boleh baring di katil...."....seperti biasa selepas jarum di cannulate di kemoport segala proses bermula....pukul 1.00 petang ubat gemzar mula dimasukkan.
Sekitar 2.00 petang Dr Wan Nazri turun dan berbincang secara rengkas..apakah tindakan selanjutnya....
"cikgu rest dua minggu kemudian kita buat CTscan semula...nanti saya bincang dengan Dr Shafie Abdullah...dan minggu berikutnya kita mula kemo siri seterusnya......."hati terkedu seketika, tetapi itulah hakikatnya....di hospital kata Doktor adalah kata pemutus.......Dr Shafie menelefon memberitahu tentang tarikh CTscan....ahhhhhahhhhhh
4.00 petang semuanya selesai....tak sabar nak balik rumah.....nak tatap wajah cucu baru,Ayra.....
Ya Allahh hari2 yang berlalu ku bersyukur...Alhamdulillah

No comments: