Tuesday, February 14, 2012

[Holiday] - February Vacation Avillion Admiral Cove

Dalam entry yang lepas Cerita Vacation aku ada cerita pasal Avillion Admiral Cove. Aku dah buat tempahan melalui Internet untuk harga promosi 3 Hari 2 Malam. Total yang aku perlu bayar RM500++ termasuk 2 breakfast untuk adult. Kids free. Sebelum aku booking, aku ada baca beberapa blog komen pasal tempat ini. Semuanya 100% cakap cantik dan berbaloi untuk menginap di sana. Setelah membuat beberapa pertimbangan aku booking untuk 4hb - 6hb February 2012.

Aku gerak daripada Ampang lebih kurang pukul 12 tengah hari. Lebih kurang pukul 2.00 p.m. dah sampai area sana. Bila tengok kaunter check in kena beratur panjang dalam hati aku dah terdetik rasa sesuatu. Dalam 30 minit aku beratur u
ntuk dapatkan kunci bilik. Aku dapat bilik kat tingkat 5 mengadap car park.

Masuk-masuk bilik jer Mr A dah tunjuk rasa tak puas hati dia. Bukan pasal bilik tak cantik. Bilik dia sangat cantik dan selesa.


Ini bilik kami.

Ini swimming pool dia. Tak de tempat khusus untuk kanak-kanak. Agak bahaya jugak la kalau kanak-kanak tanpa pengawasan.

Makanan semasa breakfast biasa sahaja. Coco Crunch, sosej, nasi lemak (sedap), bihun goreng, roti bakar and etc. Tapi yang buat aku kurang selesa bila nak masuk club house tu kena beratur panjang sebab tempat duduk terhad. Sampaikan kami kena kongsi meja dengan family yang lain.

Bila balik dari makan malam aku cuba tanya kalau we all menginap hanya 1 malam sahaja bagaimana bayarannya. We all kena bayar dengan harga yang mahal. Nak upgrade bilik pun tak boleh sebab we all booking menggunakan internet. Nak tak nak kena habiskan 3 hari 2 malam di sana.

No comments: