Thursday, February 23, 2012

[Ibu] - Catatan Ibu 2

Sakit(2):

by Nor Bibi Abdullah on Saturday, 18 February 2012 at 17:45 ·

........Perbincangan bersama Dr Pakar.(bersambung...)

Beberapa soalan kutanya..tetapi aku pasti soalan-soalan itu adalah soalan yang paling bodoh datangnya dariku....tetapi mereka menjawab dengan pasti dan bijak....."...semuanya Hak Allah...kita ikhtiar cikgu."

Ya Allah aku pasti dengan penyakit ini mereka akan menjadi lebih bijak. Lebih dan bertambah kepakaran mereka....juga jumlah Doktor pakar nanti akan bertambah....

Bagaimanakah penyakit ini dikesan?

Semasa dalam siri mengubat sakit belakang dan gastrik yang menggila, Dr Naimaton (ANSARA PC ) telah memberi cadangan,"Kak Bi...gi HRPZ...Ton rasa bukan gastrik ni..."tetapi kuabaikan...seorang lagi anak buah Puan Rozana Hassan juga berkata," ibu gi check hospital deh...lama sangat ni...."ini juga ku abaikan sehinggalah sakitnya tidak tertanggung...

Direngkaskan cerita Dr Yeop Abdul Rahman telah membuat temujanjji di HUSM...dan bermulalah siri ultrasound, CTscan dan CTscan...dan esok Insyaallah ada temujanjji dengan seorang pakar di HUSM.

Ya Allah kumohon permudahkanlah urusanku....jika ianya sebagai balasan kepada dosa-dosaku, ampunkanlah....jika ianya untuk kebaikan orang lain, juga menambah ilmu bagi para Doktor, aku redho Ya Allah....tetapi aku tidak akan mampu mengharunginy tampa. Rahman...dan RohimmMu

[Ibu] - Catatan Ibu 1

SAKIT:......

by Nor Bibi Abdullah on Saturday, 18 February 2012 at 15:58·

"Dear ibu, Allah said we are tested according to our ability... U are strong! U can get through, Insyaallah....."itu adalah pesanan dalam telefonku, dihantar oleh seorang anak saudara yang comel...b elajar pun belum habis.. tetapi bijak berkata-kata....

Ya, Insyaallah dia aka jadi seorang Doktor yang bagus...
Dia bukan sahaja anak saudaraku tetapi juga ANSARA MRSM PC. belajar di tahun akhir, bidang kedoktoran...

Bukan tentang dia yang hendakku ceritakan, tetapi tentang sakit, pesakit dan doktor....para doktor.....dan ilmu mereka......

Tergiang-giang di kepala,apabila seorang Doktor berkata,".... Di Hospital Selayang sahaja ada pakarnya".

Kenapa begitu? Di zaman ini banyak benda yang berubah begitu cepat. Bertambah dan merebak dengan pantas.."kenapa?. Apakah cuma seorang dua yang sakit begini?

Semalam Hari Jumaat...pagi-pagi lagi telah mendapat panggilan telefon dripada seorang bekas pelajar yang sudah lama tidk bertemu....."......saya dah dapat laporan tentang penyakit cikgu..cikgu jangan bimbang...bukan seorang Malaysia ada tiga orang pakar dalam bidang ini....saya di tempatkan di Kuching, bermakna sya jaga Sabah dan Sarawak....seorang lagi berada di Hospital Kuala Terengganu...jaga bahagian Pantai Timur...bos kami merangkap Pensyarah kami berada di Selayang...cikgu jangan bimbang, saya dan Dr Hasnan adalah bekas pelajar cikgu....Insyaallah Dr Hasnan akan pergi dan nilai kes cikgu, dan hujung bulan ni saya akan balik tengok cikgu............" dia bercakap tanpa nokhtah.. dan banyak maklumat yang dihamburkanya...tetapi aku tak pasti apa yang aku ingat.......

Ya Allah, jikalau dengan sakit dan penyakitku ini mampu melahirkan lebih ramai Doktor Pakar,....aku redho Ya Allah.....

Teringat aku semasa perjumpaan ku dengan Para Pakar di HUSM pada Hari Khamis sebelumnya..16 Februari 2012......tiga orang Doktor Senior, maksudnya Doktor Pakar dan seorang Doktor Junior....seorang peguam....dia anakku...mereka semua adalah ANSARA...dan aku bekas guru mereka..kecuali anakku...dia anakku....

Dulu semasa di maktab, pastinya yang banyak bercakap ialah aku...yang banyak mendengar adalah mereka...tetapi pagi itu, merekalah yang bercakap dan akulah pendengarnya...mereka memberi penjelasan, penerangan dengan begitu yakin..

Tuesday, February 21, 2012

[Ibu] - Pancreatic Cancer

"Pancreatic cancer refers to a malignant neoplasm originating from transformed cells arising in tissues forming the pancreas. The most common type of pancreatic cancer, accounting for 95% of these tumors, is adenocarcinoma (tumors exhibiting glandular architecture on light microscopy) arising within the exocrine component of the pancreas. A minority arise from islet cells, and are classified as neuroendocrine tumors. The symptoms that lead to diagnosis depend on the location, the size, and the tissue type of the tumor. They may include abdominal pain and jaundice (if the tumor compresses the bile duct).

Pancreatic cancer is the fourth most common cause of cancer death across the globe. Pancreatic cancer often has a poor prognosis: for all stages combined, the 1- and 5-year relative survival rates are 25% and 6%, respectively;[2] for local disease the 5-year survival is approximately 20% while the median survival for locally advanced and for metastatic disease, which collectively represent over 80% of individuals, is about 10 and 6 months respectively."

Semoga Ibu tabah menghadapinya. Kami doakan yang terbaik buat Ibu. Tiada kata-kata yang dapat kami luahkan. Hanya berdoa dan berdoa sepanjang masa. Sentiasa berharap ada "miracle". Ataupun semua itu hanya mimpi.

Monday, February 20, 2012

[Family] - Mana Janji Mu

JANJI.
Satu perkataan yang mengandungi lima huruf ini terkandung nilainya yang berbeza-beza, mungkin bernilai kecil atau bernilai besar, bernilai rendah atau bernilai tinggi terpulanglah kepada situasinya. Lain orang lain pandangannya.

Apakah janji yang paling besar di dalam sesuatu keluarga, janji tersebut tentulah ikatan perkahwinan, mungkir sahaja perjanjian ini maka rosaklah rumahtangga.

Manakala persatuan dan pertubuhan janjinya ialah terkandung di dalam peraturan- peraturan kecil atau perlembagaannya, Jika peraturan ini tidak diikuti maka hilanglah kepercayaan ahlinya terhadap pegawai atau jawatankuasanya.

Apakah pula janji yang paling besar di dalam sesuatu negeri, tentulah perlembagaannya, kiranya ini tidak dipatuhi porak- perandalah rakyatnya,

Apakah pula janji yang paling besar di dalam sesuatu negara, tentulah juga perlembagaannya, jika ini tidak dihormati dan dipatuhi maka porak-perandalah juga rakyatnya.

Mengapakah perlunya perjanjian, perjanjian memang sangat diperlukan untuk menyatupadukan manusia, untuk menghalang manusia menindas di antara satu sama lain, untuk manusia mengetahui sempadan dan had pergerakannya serta sedar akan hak diri sendiri dan orang lain secara adil, bukan secara saksama. sebaliknya berbeza-beza mengikut situasinya, untuk memahaminya perlulah merujuk kepada rasional asal perjanjian dan keadilannya.

Mungkir janji sesama manusia akan mencipta suasana kehidupan menjadi porak peranda dan kucar kacir. Islam melarang sikap tersebut. Sebagaimana dalam hati aku sekarang.
_____________________

Renungi maksud Hadis berikut:

(1) "Empat perkara sesiapa yang memilikinya adalah dia munafik yang nyata dan sesiapa yang memiliki satu daripadanya dia memiliki satu sifat munafik,
Apabila bercakap dia berbohong,
Apabila diamanahkan dia khianat.
Apabila berjanji dia mungkiri,
Apabila bergaduh dia melampau".

(2) "Nyawa orang mukmin itu tergantung dengan hutangnya, sehingga hutang itu dibayar".
______________________

Demikianlah di antara contoh perjanjian kita sesama manusia dan perjanjian kita dengan Allah adalah amanah yang paling utama disempurnakan tanggungjawabnya.
Janji dan perjanjian sebenarnya amat luas pengertiannya sentuhan ini hanyalah mencakup sebahagiannya sahaja.

Tapi ada manusia yang sanggup hampakan janji dengan kita semata-mata ingin menjaga hati orang lain. Mungkin bagi mereka orang itu lebih penting dari orang yang mereka berjanji.

Sekian, wallahu aklam. wassalam.

Tuesday, February 14, 2012

[Holiday] - February Vacation Avillion Admiral Cove

Dalam entry yang lepas Cerita Vacation aku ada cerita pasal Avillion Admiral Cove. Aku dah buat tempahan melalui Internet untuk harga promosi 3 Hari 2 Malam. Total yang aku perlu bayar RM500++ termasuk 2 breakfast untuk adult. Kids free. Sebelum aku booking, aku ada baca beberapa blog komen pasal tempat ini. Semuanya 100% cakap cantik dan berbaloi untuk menginap di sana. Setelah membuat beberapa pertimbangan aku booking untuk 4hb - 6hb February 2012.

Aku gerak daripada Ampang lebih kurang pukul 12 tengah hari. Lebih kurang pukul 2.00 p.m. dah sampai area sana. Bila tengok kaunter check in kena beratur panjang dalam hati aku dah terdetik rasa sesuatu. Dalam 30 minit aku beratur u
ntuk dapatkan kunci bilik. Aku dapat bilik kat tingkat 5 mengadap car park.

Masuk-masuk bilik jer Mr A dah tunjuk rasa tak puas hati dia. Bukan pasal bilik tak cantik. Bilik dia sangat cantik dan selesa.


Ini bilik kami.

Ini swimming pool dia. Tak de tempat khusus untuk kanak-kanak. Agak bahaya jugak la kalau kanak-kanak tanpa pengawasan.

Makanan semasa breakfast biasa sahaja. Coco Crunch, sosej, nasi lemak (sedap), bihun goreng, roti bakar and etc. Tapi yang buat aku kurang selesa bila nak masuk club house tu kena beratur panjang sebab tempat duduk terhad. Sampaikan kami kena kongsi meja dengan family yang lain.

Bila balik dari makan malam aku cuba tanya kalau we all menginap hanya 1 malam sahaja bagaimana bayarannya. We all kena bayar dengan harga yang mahal. Nak upgrade bilik pun tak boleh sebab we all booking menggunakan internet. Nak tak nak kena habiskan 3 hari 2 malam di sana.

Thursday, February 2, 2012

[Holiday] - Hari Wilayah

Hari Wilayah jatuh pada 1 February 2012 hari Rabu. Macam-macam rancangan yang aku ada. Nak pergi "collect" Voucher Buku kat UiTM laaa.... Nak keluar jalan-jalan dengan Husband laaa... Alih-alih "celebrate" kat "workshop".

Kereta "breakdown" hari Selasa masa berhenti beli ikan nak masak untuk "dinner". Tak boleh nak "start". Sedih betu. Ingatkan "batery" tapi rupanya pasal "starter".


Cantik tak kereta ini?
Mitsubishi Oulander SUV FWD.
Aku dah jatuh hati pada kereta ni masa tengok "engine" dia tapi tak mampu nak pakai. Ni kereta "owner" G2 "workshop". Muda lagi tuannya. Umur 30 Tahun. "Respect" la dengan muda mudi yang berjaya macam dia.