Tuesday, January 31, 2012

[Holiday] - Vacation

Aku berangan cuti hujung minggu nanti nak pergi jalan-jalan rehatkan minda dan tenangkan fikiran. Berkira-kira nak pergi LostWorldofTambun tapi tak ada orang berminat. Husband aku pulak nak pergi Cherating tapi hotel dia semua mahal-mahal. Ada kawan Forum Cari bagitau kat Avillion Admiral Cove best. Ni dia punya promosi.


2 Night Stay Promotion

- From RM 135++ per night.
- Minimum 2 night stay.
- Inclusive of Breakfast for 2 adults.
- Valid till 31st of March 2012

Premium Room

Each room is equipped with broadband internet access, plasma TV, safe deposit box, pantry & refrigerator. All rooms are also furnished with a daybed and en suite toilet and shower. Room size - 440sq. ft.

Inclusion :
* Rates are inclusive daily breakfast for 2 adults
* Rates are SUBJECT to 10% service charge & 6% government tax
• King OR Twin bedded room is strictly ON REQUEST BASIS (subject to availability) & Non Guaranteed
* 3rd person chargeable @ RM58 nett (breakfast & daybed inclusive) per night
* Children (below 12 - 4 years old) sharing with 2 adults, chargeable @ RM35 nett per child per night (breakfast & daybed inclusive)

Unique Features:
• Ensuite large bathroom and shower • 1 pangkin daybed • Coffee & tea making facilities • Mini bar • 32- inch LCD TV • Safety deposit box • Ceiling fan and air condition • Accomodates 2 adult and 1 child * Hair Dryer


Friday, January 27, 2012

[Hadis] - 19 hadis rasulullah tentang wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih
penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar) ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akantinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Thursday, January 26, 2012

[Service] - GDEX Punya Cerita

"Last Thursday" 19.01.2012 aku ada buat penghantaran barang kepada "customer" aku di Kelantan dengan "tracking number" 3764731681. Dah nama "courier" kan mesti dalam masa 1-2 hari barang tu akan sampai (firasat aku jer la).

Hari ni tergerak hati aku nak bertanyakan khabar dengan "customer" tuh. Rupa-rupanya belum sampai lagi. Maka operasi menyiasat aku bermula. "Call" GDEX "customer service" bukan main lama lagi nak angkat telefon. Lepas tuh dia ambil nombor telefon aku sebab dia tak dapat cari jawapan.

Selang 10 minit kemudian GDEX Kelantan telefon aku. GDEX area Kelantan memulakan operasi penghantaran hari Ahad 29.01.2012 nanti. Wah boleh tahan mereka ni cuti sambut Chinese New Year. Sabar jer la yer wahai empunya badan.

Wednesday, January 25, 2012

[Jiran] - Rumahku Tempat Parking Kamu

Aku cukup pantang bila balik kerja ada kereta jiran yang tak faham bahasa "parking" kereta dia depan pagar rumah aku. Aku tahu bahagian jalan tuh kepunyaan Kerajaan Malaysia (kata-kata dari Customer Service Manager a.k.a. menantu dia).

Kisahnya bermula apabila hampir setiap hari bapa mertua jiran aku "parking" kereta dia depan rumah aku. Pernah ada 1 pagi tuh aku nak keluar sikit punya susah tapi dia boleh buat tak tahu ajer. Apa kes?

Aku dah beberapa kali bising kat AA tapi dia hanya sampaikan pesan pada abang ipar jiran aku tu. Mungkin pesanan tak sampai. Aku dah tak tahan lagi lalu aku "post" kat "wall" taman aku. Jiran-jiran mula bercakap-cakap bertanyakan siapakah gerangan yang empunya badan.

Ini mesej yang aku tulis dekat "wall" taman perumahan aku:

"Salam sejahtera tuan puan. Mohon jasa baik agar dapat memakir kenderaan dihadapan rumah jiran dengan betul. Dikhuatiri menganggu tuan rumah untuk keluar masuk. Kerjasama tuan puan amat dihargai. Sekian. Berkat Muafakat membawa Rahmat.:


Ini mesej yang "Customer Service Manager" bagi aku:

Hi, maaf ganggu, Sabariah (bukan nama sebenar) just nak clarified on ur status. Is it true my FIL car which park in front of ur gate until kerete akak x bole kluar? If yes very very sorry on behalf coz i thot all ths while he park at the road itself. Meaning dkt tepi tanah yg ada bunga/pokok. Sebab its NORMAL org2 parking kat tepi2. Maybe juga sbb assume itu normal road. Just like dekat depan rumah Sabariah (bukan nama sebenar) yg dkt pokok jambu tuh, tiap kali kami bersihkan pokok2 ada jer manusia yg letak kete sampai kete my FIL x de tempat nak letak (pastuh ko pegi letak depan rumah aku kan). Sorry again nway none of us read ur status until sumone ask us to read ur status with regards to Kak Jenab (bukan nama sebenar) punya comment about org lama. Hurm apa pun kalau lain kali mmg ada antara golongan family Sabariah (bukan nama sebenar) sakitkan hati akak sekeluarga, akak just talk to me personally kay. (Macam mana aku nak cakap kau tuh manjang tak ada kat rumah lepas tuh FIL kau tuh jenis tak faham bahasa dah nampak kereta tak boleh keluar buat tak tahu je). I always believe that FB is not a good medium to sent a message sebab takut tersalah faham (ye la FB kan tempat untuk tunjuk koleksi-koleksi Handbag Coach, hadiah-hadiah yang "hubby" bagi and etc.).

Lagi mesej dia:

Ok noted. Next time talk to me terus. FB ni sumtimes tak sampai dengan betul. At our end jugak. theres a reason why he parked there. my neighbour pun parked at about the same place tapi susah Sabariah (bukan nama sebenar) nak cakap coz itu jalan raya bukan tanah kami. (tapi FIL kau tuh parking suku daripada kereta dia depan pagar rumah kami which mean buat apa kami besarkan pagar tu kalau at the end susah jugak kami nak keluar kereta).



Mungkin silap aku jugak tak bagi tahu terus kat dia. Tapi dah berkali-kali aku pesan pada abang ipar dia. Mungkin mesej yang disampaikan jadi lain. Hurm pengajaran buat aku cakap sendiri dengan tuan punya badan.

Friday, January 20, 2012

[Diet] - Green Tea

Dah hampir 1 kotak aku amalkan "Green Tea". Apa perubahan yang aku nampak berkesan pada diri aku adalah aku jarang selsema sekarang. Kalau dulu kejap-kejap kena selsema kejap-kejap selsema naik penat aku. Ini antara khasiat-khasiat "Green Tea" kepada badan kita.

1. Membantu mengawal tekanan darah tinggi:
Green tea / teh hijau boleh membantu kesihatan dengan mengurangkan tekanan darah dengan merencat tindakan Angiotensin II.

2. Membantu mengawal paras gula darah:
Polyphenols dan Polysaccharides dapat memberi kesan manafaat kepada paras gula dalam darah.

3. Membantu dalam sesetengah penyakit barah:
Kandungan Catechins Green Tea dilihat memberi kesan perawatan kepada sesetengah barah.

4. Menguatkan sistem imun:
Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.

5. Menurunkan aras kolesterol:
Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.

6. Menggalakkan pembakaran lemah:
Kehilangan lemak yang dilihat kepada peminum Green Tea lebih khusus kepada lemak di viscera (lemak di dalam kaviti abdomen, usus dan organ dalaman yang lebih dikaitkan dengan peningkatan risiko sindrom metabolik dan diabetes jenis 2).
Tiga komponen utama perawatan yang penting adalah Catechins, Caffeine dan Theanine dengan cara merencat jus gastrik dan pankreas untuk penghadamam.

Tuesday, January 17, 2012

[Masters] - Assignment

Aku jumpa Dato' Pak Ray "last saturday" kat Seksyen 6 Shah Alam. Hantar assignment aku la. Tapi kena re-do....

Tuesday, January 10, 2012

[Personal] - Hari Malas Sedunia

Sebab aku malas hari ni aku langsung tak buat kerja. Nasib baik boss tak ada. Hari Malas Seduania. "Dinner" untuk Double R malam ni apa yer???

Monday, January 9, 2012

[Double R] - Hari Yang Penuh Debaran

Hari yang penuh debaran bagi aku. Maklumlah aku kena hadapinya seorang diri. Aidil pukul 5.00am dah gerak pergi "airport" sebab "flight" dia ke Sabah pukul 7.30am. Pukul 4.00am aku dah bangun kejutkan dia untuk siap-siap ke "airport".

Pukul 6.00am aku bangun untuk bersiap ke pejabat. Kena siapkan Rayn untuk ke Tadika pasal mulai minggu ni dia "start" sekolah sesi pagi. Nasib baik dia tak buat perangai.

Hantar Raynia rumah Ummi. Ada 2 orang kawan Rayn tengah tunggu untuk ke sekolah. Aku pelawa jer dia orang pergi dengan aku. Barulah Rayn ceria nampak kawan-kawan dia. Alhamdulillah.

Friday, January 6, 2012

[Double R] - Rayn & Raynia Yang Panjang Akal

Jumaat pertama 2012 aku demam.
Aduh hai.... Ini semua gara-gara "Double R" la ni... Al-kisahnya semalam. Lepas maghrib aku makan ubat dan baring kat sofa. "Double R" ni ada 1 macam penyakit tak boleh tengok aku baring. Maka dia orang pun mula la buat aksi tarzan... aksi doraemon... aksi utraman dan macam-macam aksi lagi. "Jealous" tengok aku baring kot. Bila aku marah-marah "Double R" ni mula la buat kerja lain pulak.
Tiba-tiba aku nampak rumah aku dipenuhi asap. Hah sudahhh.... Rupa-rupanya dah 1 tong bedak dia orang kerjakan. Mula dari dalam bilik bawah sampai la ke ruang tamu. Apa lagi menyinga la aku. Aku jerit suruh "Double R" naik atas duduk diam-diam kat atas sementara aku bersihkan bedak tuh. Tau pulak dia orang takut. Raynia pun ikut la abang dia naik atas. Tapi kejap-kejap intai gak aku buat apa kat bawah.
Selesai sesi mengemas di bahagian bawah aku naik atas. Sedang enak aku gosok gigi (enak ke???) Rayn nak masuk "toilet" kononnya nak cuci dan tukar baju nak tido. Aku bagi laluan untuk dia buat kerja-kerja dia sementara aku pergi ambil "towel" dia kat bilik dia. Datang-datang jer baju Raynia dah basah. Aduyai.... aku bukak la baju si adik pulak.
Bila aku nak pergi ambil dia orang... amik kaw.... 1 botol "shower foam" dia orang kerjakan. Patutlah aku bau wangi jer. Nasib baik yang Pureen jer dia orang kerjakan. Kalau yang aku punya memang aku menangis laaaaa...
Kena debik sorang-sorang melalak macam kena pukul bertalu-talu. Dah siapkan "Double R"... aku keluar bilik dia orang. Cepat-cepat Rayn kunci pinti kononya marah kat aku la. Ketu-ketuk dua tiga kali bukak la dia. Bagi susu sorang 1 terus lena.
Aku biar jer Raynia tidur ngan Rayn. Aku tidur sorang-sorang. Best giler.

Thursday, January 5, 2012

[Family] - Khairul Fahmi Che Mat and My Family


Picture taken from Ibu's FB @ Sultan Ismai Airport Kota Bharu


Peminat-peminat Khairul Fahmi Che Mat. Hahahahah.... maklumlah dia orang tu semua orang kuat TRW. Peminat setia katakan. Kebetulan KFM ni ada la bau-bau belacan. Kita orang yang muda-muda (muda ka?) biasa-biasa ajer. Bagi peluang dekat Peminat Vateran.

Memang betul apa yang semua orang cerita. KFM ni bukan la peramah mana dengan peminat. Tak pandai pun nak layan peminat. Keras kejung.

Pakcik aku yang selalu lepak kat TRW Cafe pun cakap pemain-pemain bolasepak Kelantan ni sombong-sombong. Perasan baguskah? Biarkan mereka dengan dunia mereka.

[Personal] - New Year New Resolutions

First of all, Happy New Year 2012. Masih belum terlambatkan untuk "wish". Apa azam baru anda untuk tahun 2012 ini? Adakah azam tahun 2011 tercapai semuanya?

Satu je Azam aku untuk tahun 2012:

Mengumpul duit sebanyak yang mungkin;

Walaupun azam tahun 2011 ada yang tak tercapai, tapi aku bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Allah S.W.T. untuk meneruskan perjuangan dibumi Allah ini. Masih diberi kesihatan untuk menempuh liku-liku kehidupan. Masih diberi kesempatan bersama-sama keluarga tersayang.