Wednesday, December 28, 2011

[Agama] - Sambutan Krismas

Dalam Surah AN NISAA' ayat 36 dijelaskan maksudnya: "Sembahlah Allah S.W.T. dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekata dan tetangga yang jauh..."

Petikan dari blog


Muhammad Saleh al-Munajjid, seorang ulama dan ahli majlis fatwa kerajaan Arab Saudi. Beliau berpendapat hukum mengucap tahniah kepada bukan Islam pada hari-hari kebesaran mereka seperti hari Krismas dan sebagainya adalah haram dan bertentangan asas-asas akidah Islam. Alasan beliau ialah:

Pertama: Hari perayaan agama kaum bukan Islam pada hakikatnya adalah syiar agama mereka. Umat Islam disuruh supaya tidak meniru syiar dan budaya kaum bukan Islam. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Barang siapa meniru syiar sesuatu kaum (bukan Islam), maka ia daripada golongan mereka" - (riwayat Abu Dawud bilangan 4031. Musnad Ahmad Ibn Hanbal, bilangan 5093).

Kedua: Dalam suatu kaedah, ulama Islam telah mengambil ketetapan iaitu merelai kekufuran adalah kufur. Ikut serta berhari raya dengan kaum bukan Islam, serta mengucap tahniah dan selamat Hari Raya kepada mereka, adalah antara tanda kerelaan hati terhadap kekufuran seseorang. Islam menolak sekeras-kerasnya sikap itu.

Bagi diri aku, terpulang kepada niat diri masing-masing. Sekadar untuk peringatan kepada diri sendiri.

Tuesday, December 13, 2011

[Mood] - Tak "COOL" Punya Orang.

Minggu lepas aku ada "upload" gambar Arron Aziz sebelah menyebelah gambar Aidil Aziz. Nama dah dekat-dekat sama. Saja-saja sekadar lawak-lawak. Tambahan pulak sepupu-sepupu aku memang minat sesangat kat Arron Aziz ni. Maklum la musim Ombak Rindu.

Dalam banyak-banyak komen ada juga yang kurang senang dengan gambar aku. Mestilah bukan dari "family" aku kan. Komen-komen "family" aku semual "COOL". Sebab dia orang memang "family" yang "cool".

Bagi aku kalau tak boleh nak terima gurauan gambar-gambar begitu sila jangan komen. Nanti pengomen-pengomen lain bagi komen yang positive dia akan rasa sakit hati. Malas aku nak layan orang macam tu.

Buat sepupu-sepupuku, kawan aku yang "cool" terima kasih kerana anda telah menceriakan "wall" facebook aku. Anda semua telah menceriakan hari aku.

Monday, December 12, 2011

[Double R] - 3 Hari Tanpa Raynia

Hari ni dah masuk 3 hari Raynia balik Kelantan dengan mak. Waaaaa..... "B***T" aku dah membengkak. Semalam lecun baju aku aku sebab susu meleleh keluar. Macam mana aku nak buat ni??? Sakit jugak nak menahan bengkak susu. Sapa ada petua macam mana nak bagi hilang rasa sakit? Nak menahan sampai susu kering memang boleh demam aku dibuatnya.

Friday, December 9, 2011

[Masters] - Kena Marah

Rasa "down" sebab baru lepas kena marah dengan "lecturer" aku kat UiTM gara-gara aku temankan kawan aku jumpa dia tanpa bawak apa-apa bahan untuk berbincang.