Tuesday, May 31, 2011

Cerita... Bosan Weeehhhh.

Bosan bila kena kejar dengan Boss!
Bosan bila kawan-kawan opis suka sentap!
Bosan bila orang di keliling kita perangai bebagus!
Bosan bila orang jauh dari kita pun ntah apa-apa!

Kesimpulannya orang lain tak sama dengan diri kita. Apa yang kita suka tak semestinya orang suka dan apa yang kita tak suka mesti ada orang suka.

Saturday, May 28, 2011

Cerita... Day 2 Tanpa Daddy

Bangun pagi-pagi memang rasa pelik sikit. Tambahan pulak di hari minggu. Terasa betul sunyi. Macam mana agaknya kalau "Daddy" kena selalu "outstation"?

Rayn pun kejap-kejap tanya "Mana Daddy?" Huhuhu...

Tuesday, May 24, 2011

Cerita... Starbucks and AMEX

Staff Maybank Menara sekarang ni tergila-gilakan Starbucks gara-gara promosi "Buy 1 Free 1". Hari ini rezeki aku murah. Ada staff baru belanja aku Starbucks. Untuk RM16++ boleh dapat 2 minum "Venti".



Untuk keterangan lanjut boleh pegi sini Americanexpress

Terms and Conditions

-Valid till 31 October 2011

-One (1) complimentary handcrafted beverage per Cardmember, per transaction and per visit

-The complimentary cup of handcrafted beverage has to be of equal or lesser value than the lowest priced beverage ordered in the same transaction.

-Payment must be made with American Express Cards issued by Maybank and Maybank Islamic.

-Not valid with other promotions, discounts, privileges and vouchers. For terms and conditions and more offers on travel, dining and retail in Malaysia and overseas, call our Customer Service Hotline at 1800 88 9559 or visit www.americanexpress.com.my


Cerita... Secret Recipe & KFC Halal?

Dekat FB aku baru-baru ini cerita pasal Halal Secret Recipe & KFC di ragui. Aku pun tak tahu nak cakap apa-apa sebab aku jenis bukan taksub sangat dengan sesuatu benda. Cuma bila aku "share" di FB aku, macam-macam komen aku terima. Ada yang positif dan ada yang sebalinya. Sebab tu la kau awal-awal lagi dah tulis "NO KOMEN".

Tapi yang KFC tu aku sedikit setuju la cara penyembelihan tu. Memang amat diragui.

Thursday, May 19, 2011

Cerita... Kejohanan Dragon Boat dan Hari Keluarga Jabatan Perdana Menteri 2011

Salam Kegemilangan.
YBhg. Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
JABATAN PERDANA MENTERI melalui KELAB BUKIT PERDANA akan menganjurkan KEJOHANAN DRAGON BOAT DAN HARI KELUARGA JABATAN PERDANA MENTERI 2011 pada 21 – 22 Mei 2011 di Kompleks Sukan Air Putrajaya, Presint 6, Putrajaya.
Bersempena dengan Kejohanan Dragon Boat & Hari Keluarga Jabatan Perdana Menteri 2011, KELAB BUKIT PERDANA akan turut menganjurkan Pertandingan Fotografi untuk semua pengunjung yang hadir. Berikut dilampirkan Aturcara Kejohanan Dragon Boat & Hari Keluarga JPM 2011 dan poster Pertandingan Fotografi beserta terma dan syarat pertandingan untuk perhatian dan makluman tuan/ puan.


Kepada sesiapa yang ada masa lapang dan ingin bersiar-siar dengan keluarga boleh berkunjung ke Putrajaya pada hari minggu ini.


Kepada pencinta FOTOGRAFI boleh lah mencuba nasib anda di sana.

Wednesday, May 18, 2011

Cerita... Chocolate

Kepada penggemar "chocolate" aku nak rekemen 1 usahawanita. Bukan setakat cokelat ajer yang dia buat tapi juga :

1 .Homemade Chocolate
2. Doorgift
3. Hantaran perkahwinan
4. Buaian Berendoi Cukur Jambul
5. Macaroons
6. Muffins

Kepada yang berminat boleh lah mengghubungi empunya BLOG :

Monday, May 16, 2011

Cerita... Karaoke Bersama BFF

Semalam aku tersarung dengan BFF aku. Mula-mula Boy ajak hubby aku karaoke tapi aku tak nak ikut sebab tak larat masih rasa "high" selsema tu. Pukul 8.00pm dia call ajak "dinner" sahaja kat Nan Corner Ampang Jaya. Okey la kan tak pergi dia cakap sombong pulak.

Angkut la Rayn dan Raynia yang tengah tidur. Raynia berbaju tidur dan Rayn maintain smart.

Lepas makan boy mula la bukak ayat pujuk memujuk untuk ke karaoke. Haish... serba salah aku di buatnya. Nak tak nak pergi jer la ke Red Box Low Yatt Plaza.

Cerita... Tupperware 4/2011


SNOWFLAKE WONDERS

Square Round (4) 500 ml
12.8 cm (L) X 11.5 cm (W) X 5.5 cm (H)

Medium Square Round (4) 880 ml
12.8 cm (L) X 11.5 cm (W) X 9.0 cm (H)

Double Square Round (4) 1.3 L
23.2 cm (L) X 14.2 cm (W) X 6.5 cm (H)

FREE : Double Square Round (2) 600 ml
23.2 cm (L) X 14.2 cm (W) X 3.7 cm (H)

RETAIL : RM222.00
OFFER : RM177.00
MY PRICE : RM155.00

Sunday, May 15, 2011

Cerita... Selsema Sebab DR

Gara-gara DR Activity dua hari aku kena selsema. Balik ajer dari office, tapaw makan. Kepala dah rasa berat. Perut bergelora pasal aku belasah Nescaffe dan Kopi MacDonalds. Dah tau tak boleh minum kopi pegi belasah jugak ginilah jadinya. Nak gastrik.

Sampai rumah makan terus terbongkang. Tidur berjemaah anak beranak. Bangun tidur keluar pulak cari makan.

Ingatkan hari ni selsema dah ok tapi nampak gaya macam tak nak reda jer. Tension aku macam ni.

Saturday, May 14, 2011

Cerita... DR Activity di Hari Sabtu

Aku bekerja di hari Sabtu. Sebabnya ada Disaster Recovery Activity untuk Maybank. Aktiviti ni akan berlangsung setahun sekali. ini pengalaman aku untuk kali ke-3. Tak pelik la bagi aku untuk keluar rumah awal-awal pagi. Aku "start" dari pukul 3.00 am sampai pukul 10.00 am. Sekarang tengah tunggu "application for go live". Ni tengah "test" Maybank2u . "Internal a little bit slow" sama jugak dengan "external".

Apa aku buat sepanjang aktiviti ni? Hurmmm.... Google, Facebook, Blogspot..... Lokasi aku di sini di tingkat 44. Nasib baik la dapat masuk Internet kalau tidak tak tahulah macam mana aku.

Kali ni ramai betul bosses yangh turun tak macam tahun-tahun sudah. Gerun aku di buatnya. Dari Unit Head hingga ke CIO semua duduk kat sini dari pukul 6.00am.

Wednesday, May 11, 2011

Cerita... One Spott Cafe

One Spott Cefe ni kepunyaan kawan baik "husband" aku. Tuan punya cafe ni Zulhelmi tapi we all panggil dia BOY dah lebih dari seorang kawan. Adik-beradik pun tak serapat macam aku satu keluarga dengan dia. Suami aku kenal dan berkawan dengan Boy sejak dari sekolah rendah lagi. Teman sepermainan.

Lokasi Cafe :
No. 37, Jalan SS21/37
Damansara Uptown
47400 Petaling Jaya
Selangor

Telefon :
013-2954500 / 019-6520379

E-Mail :
zul.oscatering@gmail.com

Facebook :
One Spott Cafe

Waktu Operasi :
6.30 AM - 7.30 PM

Sesiapa yang berminat untuk menempah "catering" dengan OSC boleh lah menghubungi seperti yang tertera diatas. Aku bangga dengan kejayaan kawan-kawan aku.

Tuesday, May 10, 2011

Cerita... Lagu Ilusi Awan Dania

Minggu depan bersempena aku dapat cuti ganti sebab Sabtu 14 Mei 2011 aku kena kerja. Aku "plan" nak pergi karaoke. Nak nyanyi lagu ni. Agak-agak boleh tak aku nyanyi???? Muakakakak takut jadi macam katak panggil hujan la pulak.

ILUSI - OST AWAN DANIA

Rasa suasana riang berdua
Saat ku kau lupakan saja
Menari di minda hingga terleka
Beralih ke alam yang nyata

*
Tersentuh bagai dicabut beribu batu
Bebas sayap ku

Chorus
Pabila bercinta dan dicinta
Cari cinta, cinta mega
Biar cinta jadi fenomena
Tertusuk sudah aku
Panahan mu, panahan ku, hak milik mu
Biar panah ku terus di situ

Inilah petanda telah bermula
Ilusi baru dalam skesta
Memenuhi masa dengan ceria
Bagai ledakan supernova

Ulang * dan chorus

Ilusi
Biar ia dijadikannya realiti
Aku menyanyi
Biar diriku mencapai rentak infiniti
Nan tinggi

Ulang * dan chorus

Cerita... Blackout at Menara Maybank

Aku sampai Menara Maybank lebih kurang pukul 8.20am. "Escalator" padan terpaksalah aku menapak lebih kurang 50 batang anak tangga. Ingatkan masalah itu jer rupa-rupanya bila sampai atas ramai yang terperangkap. Lif pun tak berfungsi.

Lepak punya lepak, dalam pukul 9.30am pun masalah teknikal itu masih belum dapat di pulihkan. Aku dah lapar dah ni maklum la semalam aku tak makan. Pergi "hawker" makan bihun + milo ais. Jadi la kan untuk alas perut.

Pukul 10.15 barulah lif berfungsi itu pun kena naik peringkat demi peringkat. Kat atas pulak "air-cond" tak jalan. Panas yang amat. Server semua "down". Ni aku dalam kepanasan.

Lepas "lunch" nanti aku ada "training" pulak kat KLCC. Nasib baik kat luar dari Menara Maybank ni. "Training" apa? Microsoft Advanced Training. Sepatutnya aku pergi bulan lepas tapi di sebabkan oleh ITIL aku tangguhkan ke hari ini.

Monday, May 9, 2011

Cerita... ITIL V3 Foundation - Pass Exam

Dear Siti Surina Ibrahim,

Your results are attached for your recent certification examination with LCS. Your e-certificate is available for you to download by logging into your LCMS account* (https://lcms.lcsexams.com). A hard copy of your certificate and lapel pin will be sent to you via traditional mail. Please allow 4-6 weeks for delivery.

Kind Regards,

Loyalist Certification Servicesresults@loyalistexams.com
1-613-969-1707, toll free 1-866-845-4870
www.loyalistexams.com


Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T. Aku lulus ITIL V3 Faoundation walaupun aku rasa macam tak lulus. "Exam" ni aku ada cerita pada "entry" aku yang ini ITIL-V3-Foundation. Lepas ni boleh la aku "update" resume aku.

Sunday, May 8, 2011

Cerita... Selamat Hari Ibu!

Nikmat yang paling besar yang masih dapat kita kecapi... masih dapat memanggil MAK, MAMA, IBU, MUMMY, CEK, UMI, MEK dan sebagainya. Kita akan merasa lebih lagi nikmat itu setelah dia tiada lagi di sisi kita... Jadi bersyukurlah sementara nikmat itu masih berada bersama kita.

SELAMAT HARI IBU!


Thursday, May 5, 2011

Cerita... 3 Hari 2 Malam di APSH

Rancang punya rancang untuk bercuti, akhirnya memang kena cuti jugak. Raynia demam tak kebah-kebah. Asal masuk jer pukul 5 PM suhu badan dia mula naik.

Pergi Klinik Dr Khalid & Wan Julia lagi buat aku sakit hati. Tak cek apa-apa terus cakap kami satu keluarga ada TIROD. Sebab tu Rayn dan Raynia jadi macam tu.

Sebab aku tak puas hati dengan Klinik tersebut, pagi Rabu 4 Mei 2011, aku bawak Raynia pergi kecemasan di Hospital Pakar Ampang Puteri. Untuk rawatan lebih lanjut DR sarankan kami masuk wad. Waduh-waduh,

Untuk itu aku dapat la "Compassionate Leave" selama 2 hari sebab anak di masukkan ke hospital. Mula-mula dapat bilik 628. Terpaksa berkongsi bilik sebab itu je kelayakan Bank bagi untuk pekerja cabuk macam aku ni. Selepas berbincang kami "upgrade" ke "single duluxe room". Kena la tambah sikit tapi memang selesa dan puas hati. Rayn dan daddy pun berkampung kat APSH.

Jadilah percutian keluarga. Terima kasih buat Panjang, A.Ira, Casya, Raja, Boy, Lenn, Kamal, Edex, Khairin dan Zul kerana telah melawat kami.

Sunday, May 1, 2011

Cerita... Kisah Anak

Bila kita ada anak, semestinya kita mahukan yang terbaik buat anak-anak kita. Tapi adakah kita sampai mengaibkan diri sendiri dengan menjaja cerita kesana ke mari? Ini semua gara-gara seorang artis jelita yang tengah "hot" sekarang ini yang tak lain Rozita Che Wan.

Rozita Abu Bakar @ Che Wan, dilahirkan pada 9 Mac 1074 dan berasal dari Alor Setar, Kedah. Anak kedua daripada tujuh beradik ini menyertai Penerbangan Malaysia (MAS0 sebagai pramugari pada 1992 dan bertugas kira-kira tiga tahun. Selepas meninggalkan MAS, dia menyertai kegiatan modeling selama enam bulan.

Tidak lama kemudian. dia bertemu jodoh dengan juruterbang MAS, Azuar Effendy Zulkaply, 36, apabila disatukan secara sah pada 26 Ogos 1995. Namun jodoh mereka tidak berkekalan apabila bercerai secara sah pada 8 Mei 2003. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata - Ammar Effendy, 12 dan Aniq Ezzra, 10. - Sumber Encik Google.

Untuk mendapatkan cerita yang lebih lanjut mengenai Rozita yang telah memburuk-burukkan MRSM (aku bukan pelajar MRSM pun). Boleh lah baca kat sini Rozita-Che-Wan-Oh-Rozita-Che-Wan