Friday, November 26, 2010

Cerita... Janji

Kalau kita berjanji ada kah senang kita nak mungkiri?
Macam mana pula kalau orang lain berjanji dengan kita?
Kalau dia langgar janji apa perasaan anda?

Wednesday, November 24, 2010

Cerita... Lagenda Budak Setan

Bila cinta kini.
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu...
Dalam harapan

Monday, November 15, 2010

Cerita... Raynia Demam & Batuk

Last Thursday Raynia demam. Ummi Nursery call kat aku nak minta kebenaran nak bagi Raynia makan ubat. Aku bagi la sebab aku tak boleh balik hari tu. Balik office aku bawak pergi klinik. Balik makan ubat dia tidur.
Hari minggu Raynia demam lagi berserta batuk-batuk. Bila bagi ubat dia akan ok sekejap. Risau aku di buatnya. Aku taku dia kena pnemonia. Sebab kawan aku punya anak bila 2-3 kali demam on off anak dia kena jangkitan paru-paru.
Pagi tadi aku hantar Raynia pergi Nursery dengan berat hati. Kalau ikutkan hati aku nak jer ambil EL. Tapi aku kena submit kerja urgent yang boss nak. Esok pulak aku dah start cuti Hari Raya Qorban.

Tuesday, November 9, 2010

Cerita... Public Holiday & School Holiday 2011

SCHOOL HOLIDAY 2011:-

1. 12th March 2011 - 20th March 2011 (9 days);
2. 28th May 2011 - 12th June 2011 (16 days);
3. 27th August 2011 - 4th September 2011 (9 days);
4. 19th November 2011 - 1st January 2012 (43 days).


PUBLIC HOLIDAY 2011 :-

1. New Year's Day - Saturday 1 January 2011
2. Thaipusam - Thursday 20 January 2011
3. Federal Territory Day - Tuesday 1 February 2011
4. Chinese New Year - Thursday 3 February 2011 & Friday 4 February 2011
5. Maulidur Rasul (Birthday of Prophet Muhammad S.A.W) - Tuesday 15 February 2011
6. Labour Day - Sunday 1 May 2011**
7. Wesak Day - Tuesday 17 May 2011
8. Birthday Celebration of SPB Yang di Pertuan Agong (King's Birthday) - Saturday 4 June 2011
9. Eid Al-Fitr (Hari Raya Puasa) - Tuesday 30 August - Wednesday 31st August 2011
10. National Day - Wednesday 31st August 2011
11. Hari Malaysia - Friday 16 September 2011
12. Deepavali - Wednesday 26 October 2011
13. Eid Al-Adha (Hari Raya Qurban) - Sunday 6 November 2011**
14. Maal Hijrah (Awal Muharram) 1431 Hijrah - Sunday 27 November 2011**
15. Christmas - Sunday 25 December 2011**

Cerita... Dinner At Istana Bambu

Last nite gath with BFF.... Lenn, Boy, Edex, May, Fahmi kat Istana Bambu kat tepi highway MRRII.... Tujuan gath ni sebab we all nak discuss pasal plan nak pergi holiday in April 2011.
Aku teringin makan udang bakar. Tapi kat situ x de seafood yang menarik hati. Apa yang we all nak makan sumthing special tapi restoran ni indah khabar dari rupa. Istana Bambu ni hanya sebuah restoran biasa sahaja. Tak ada apa-apa yang istimewa tentang makanan kecuali suasana dia lain sikit ala-ala Kampung Daun kat Bandung. Tempat makan bersila dalam pondok. Ni mula la teringat nak pergi Bandung ni. Selesa untuk Rayn dan Raynia pasal dia orang bebas untuk buat apa sahaja.
Apa yang buat lagi sakit hati ialah apa yang kami oder dia masukkan sekali dalam bil. Nasib baik we all jenis check dulu apa yang we all makan sebelum bayar. Memang banyak oder yang di pesan tapi tak sampai di masukkan dalam bil.
Untuk ulang makan kat situ mungkin tidak. Aku bagi 3 STARS jer la untuk Istana Bambu ni. Baik makan belakang Felda tu jer.....

Sunday, November 7, 2010

Cerita... Kawan di Forum

Anda ada kawan forum? Aku mula menceburkan diri dengan forum sejak tahun 2006. Baru lagi baru 4 tahun. Forum yang aku suka melepak ialah Forum CARI. Masa mula-mula aku berjinak-jinak dengan dunia forum, aku selalu melepak di 'thread' Gosip Artis sebagai 'silent reader'. Aku komen sikit-sikit sahaja.

Bila aku kahwin dan mengandung, aku beralih arah ke 'thread' "Parenting". Bila aku memerlukan maklumat, kat situ ramai kawan-kawan yang membantu memberi pendapat dan nasihat.

Sekarang aku menjadi penghuni tetap di rumah "Geng Lepas Pantang". Ramai kawan-kawan yang aku baru kenal. Walaupun pada mulanya kami tidak pernah bersua muka, tapi kami tetap rapat dan saling berkongsi cerita, maklumat dan pendapat.

Ada orang cakap "Boleh ke kawan-kawan forum jadi rapat?" Dulu aku ragu-ragu untuk menjawab soalan ini. Tapi kini aku denggan bangganya mengaku bahawa aku lebih suka berkawan dengan kawan-kawan di forum dari dunia nyata. Kenapa? Sebab bagi aku kawan-kawan forum lebih ikhlas untuk berkawan.

Dengan kawan-kawan forum aku boleh berkongsi pendapat. Berbual-bual (aku sudah lama tidak berkomunikasi dua hala) dengan kawan aku sendiri. Tapi di forum kami tidak jemu untuk berborak-borak walaupun dengan isu yang remeh temeh.
Aku seronok sekarang dengan kawan-kawan forum. Terima kasih kawan....

Tuesday, November 2, 2010

Cerita... Raynia 7 Bulan

Pejam celik pejam celik Raynia dah 7 bulan. Dah pandai macam-macam. Alhamdulillah Raynia x banyak ragam macam Rayn. Nak tido pun senang. Minum susu pun senang. Sekarang aktiviti bila balik rumah jelajah 1 rumah. Raynia dah pandai merangkak. Dah sampai ke dapur dia masuk. Tapi aku yang penat sebab kena 'monitor' dia. Raynia ni jenis mengutip masuk dalam mulut. Semua benda yang dia jumpa akan dia kutip. Itu bahaya kalau tengok dia diam jer. Mesti tengah buat kerja.