Apakah tujuan perkahwinan dalam Islam? Untuk meramaikan ummat Nabi Muhammad S.A.W. itu pendapat aku.
Kamu kahwin semestinya dalam hati kamu terdetik untuk mendapatka zuriat yang halal daripada benih kamu kan. Tetapi kenapa amanah Allah S.W.T. itu kamu tidak dapat menjaganya dengan penuh amanah.
Suami dan ayah apakah kamu apabila ingin bercuti bersama-sama isteri, sanggup terlintas difikiran kamu tidak mahu anak-anak serta sekali. Tak kesiankah dan kasihkah kamu dengan bidadara Allah S.W.T. itu. Bukannya anak tiri atau anak angkat. Darah daging kamu sendiri. Sanggup kamu tak nak bawak sama-sama dengan alasan rimas, menyusahkan dan macam-macam lagi.
Aku memang tak suka dengan lelaki yang terlalu mementingkan diri. Selfish bak kata orang puteh. Kata aku.... anak pandai lak buat tapi nak menjaganya hurm apa pun tak mau. Pernah pun aku sindir begitu depan dia dengan harapan buka la hati tuh sikit. Jangan pentingkan diri sendiri. Kesian la kat isteri kamu tuh.
Alhamdulillah aku dianugerahkan suami yang bukan perangai begitu.