Thursday, September 27, 2012

[SDII] Apa Itu Alpha Lipid Slim Diet II?


SD2 adalah satu produk penurunan berat badan yang berasaskan soya protein isolate yang terpilih dan bergred tinggi, serat soya, diperkayakan dengan asid amino, vitamin A,B,C,D,E dan mineral.

SD2 juga bukanlah 'meal replacement' dimana kita perlu berlapar tetapi ia adalah 'meal supplement' dimana anda perlu makan tanpa meninggalkan rutin harian anda.

Oleh itu, semasa kita melalui program ini, kita tidak akan merasa letih dan kelihatan lesu seterusnya ia akan memberi kita tenaga walaupun proses pembakaran lemak terjadi.

Ianya diformulasi oleh 2 org professor dari Harvard Medical School iaitu Dr George Carhill dan Dr George Blackburn. Kedua-dua professor ini pakar dalam kajian pemakanan di University yang paling terkemuka didunia.  

Slim Diet II dikilangkan oleh syarikat New Image International, Auckland New Zealand dan dipasarkan di  Australia, New Zealand, Taiwan, Malaysia, Singapura, Indonesia, Hong Kong, Filipina dan Japan. Merupakan "WORLD CLASS" produk. 

Wednesday, September 26, 2012

[Masters] Forum Topic 1 Dr Noorman Masrek


As noted at Page 9 paragraph 2 of the textbook: 

'...that business and management research not only needs to provide findings that advance knowledge and understanding, it also needs to address business issues and practical mangerial problems"

bahawa penyelidikan perniagaan dan pengurusan bukan sahaja perlu untuk menyediakan penemuan bahawa pengetahuan dan pemahaman terlebih dahulu, ia juga perlu menangani isu-isu perniagaan dan praktikal masalah mangerial

Briefly explain on this statement by giving appropriate examples. In addition, relate this statement with the two different types of research as shown in Figure 1.1 page 11. 

Macam mana nak jawab ni? Betul-betul mencabar la Semester kali ni. 

Monday, September 24, 2012

[Renungan] Apa Itu Erti Kawan Bagi Aku


Apa erti KAWAN? Samakah ia dengan persaudaraan? Sejauh manakah sesebuah perhubungan dengan kawan terjalin? Bagaimanakah kita ingin mempercayai kawan kita? Semua menjadi tanda Tanya pada diri aku.
Jenis-jenis Kawan bagi diri aku...

Kawan Biasa –Kawan yang biasa-biasa sahaja. Tiada yang istimewa dalam perhubungan tersebut. Tiada apa-apa kenangan indah untuk dikenangkan. Mungkin juga dia adalah kawan kepada kawan kita. Kadang-kadang kita sendiri tidak sedar tentang kewujudan kawan biasa ini. 

Kawan Baik – Kawan baik bagi aku adalah kawan yang boleh berkongsi suka duka dalam kehidupan aku secara langsung dan tidak langsung. Bukan senang nak jadi kawan baik dan juga bukan senang nak cari kawan yang baik. Betul kan. Kawan baik akan sentiasa bersama-sama kita tak kira dimana jua kita berada.


Jenis-jenis kawan yang tak berapa kawan:

Kawan Maya – Bagaimanakah tanggapan kamu semua terhadap kawan maya? Adakah kawan maya boleh menjadi kawan baik seperti kawan baik kita yang kita kenal secara reality? Adakah semua kawan maya tidak boleh dipercayai seperti cerita-cerita yang selalu keluar di dada-dada akhbar pada zaman sekarang? Susah aku nak fikirkan bagaimana perhubungan maya boleh menjadi satu perhubungan yang ikhlas.

Kawan Makan Kawan - Kawan ketika senang sahaja.. bila susah.. hilang entah kemana dia menghilang dan akan muncul apabila kita boleh dipergunakan.. ermmm..

Wednesday, September 19, 2012

[Office] Service Delivery Department Meeting

Semalam "Service Delivery Department Meeting" "Hosted by our Section."  Tema untuk kali ini "Merdeka Raya." Aku jadi AJK bahagian makanan. Kena uruskan "caterer", pilih makanan apa yang nak dihidangkan dan macam-macam lagi.

Majlis ini telah berlangsung dengan sempurna. Alhamdulillah. Cuma dicemari oleh tarian ala-ala "disco" . Sungguh memalukan. Sebab dah tak nampak macam sambutan Hari Raya.

Wednesday, September 5, 2012

Monday, September 3, 2012

[Ibu] Pergi Tak Akan Kembali Al - Fatihah

AL-FATIHAH. Buat Ibu Nor Bibi Binti Abdullah berusia 64 tahun yang sebelum ini menerima rawatan di ICU HUSM Kota Bharu Kelantan telah menghembuskan nafas terakhir di sisi anak-anak tersayang pada 31 Ogos 2012 jam 4:40 pm akibat penyakit kanser pankreas.

Semoga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

We will always miss you Ibu.