Monday, March 26, 2012

[Holiday] - 3 Jam di Johor Premium Outlet

Direction From Kuala Lumpur:

Kuala Lumpur → Lebuhraya Utara Selatan → Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia Singapura → Exit 253 → Exit 304 → Exit 302A → Johor Premium Outlets (dengan bahasa mudah EXIT Skudai Utara).

Apa yang aku buat selama 3 jam disana?

Aku sampai sana lebih kurang pukul 5pm. Cuaca agak gelap sebab hari nak hujan. Aku "start" dengan Padini Concept Store. Baju-baju budak memang murah walaupun "outdated". Tapi apa kisahkan setakat seluar jeans dan t-shirt harga mula dari RM9. Tapi aku tak beli apa-apa pun. Kemudian kami naik bahagian atas. Masuk Adidas, Clarks, Timberland, Coach, Guess, Burberry dan macam-macam lagi. Semua keluar dengan tangan kosong. Kat Clarks Outlet memang harga kasut jauh lebih murah dari butik-butik kat luar tapi tak banyak pilihan.

Aku pun tak faham kenapa ada orang cakap barang-barang kat sana murah-murah. Aku rasa kalau beli "online" jauh lebih murah.

Memang menghampakan. Indah khabar dari rupa. Ini pendapat aku lah. Selama 3 jam disana satu apa pun aku tak beli. Ada yang berkenan tak de "stock" la pulak. Aku rasa JPO ni bukan target orang-orang macam aku la.

Bila dah penat berjalan kami singgah di Food Centre dia. Pusing-pusing cari makan aku pilih "Fish n Chip". Mak ai.... "Failed". Tak sedap langsung. Tak pernah aku rasa "Fish n Chip" yang tak sedap macam tuh. Rayn dan Raynia pun tak lalu nak makan.

Tapi aku tak de la rasa "frust" sangat pulang dengan tangan kosong. Janji aku dah pernah sampai Johor Premium Outlet.

Saturday, March 17, 2012

[Ibu] - Catatan Ibu 3

Kehidupan

by Nor Bibi Abdullah on Tuesday, 21 February 2012 at 08:16.

Masa bayi kia hingga umur 3-4 tahun, pastinya kita tak ingat apa2. Selepas itu waktu2 membesar bersama arwah Tok Ayah,Mak(nenekku)dan ibu2saudaraku...

Alhamdulillah...rencam dan pelbagai...dan menjadikan aku lebih awal berdikari. Bila mula bersekolah mencari ilmu....aku juga diberi peluang untuk belajar dan bersekolah di sekolah yang terbaik di KotaBharu....walaupun ketika itu masih ramai anak gadis yang tidak dibenarkan bersekolah....

Dapat pula memasuki Universiti terbaik di utaraUSM dan kemudian ke Michigan State U.Alhamdulillah.

Berkahwin, berkerjaya....punya suami yang baik....pastinya bukan seratus peratus baik,bapa kepada anak2 ku.bapa yang terbaik...dan bapatok kepada cucu2 ku....keluarga besar di sekeliling ku...keluarga suamiku yang banyak memberi impak besar dalam hidupku....

Rakan sekerja...adalah keluargaku juga....dan paling besar adalah bekas pelajarku...samaada di MRSM PC, KUANTAN, KUALA KRAI dan DiKPTM Kota Bharu.
Alhamdulillah selama/sepanjang 62 tahun perjalanan hidupkumamat babyak kenikmatan yang Allah berikan. Alhamdulillah.

Dan kini diuji oleh Allah dengan sedikit ujian? Apakah aku perlu merunggut?tidak bersyukur?
Tidak Ya Allah..cuma kupohon padamu ya Allah...janganlah sampai aku tidak tertanggung akan sakit ini...

Juga jangan sampai menyusahkan, menggusarkan SEMUA ORANG YANG AKU SAYANG Ya Allah Engkau Maha Mengentahui......padaMU lah tempat aku memohon... ...teringat pesanan anakanda Prof Muhd Kamil dari Madinah...."cikgu redholah....sedikit ujian Allah...selepas begitu banyak Rahmatnya".