Thursday, October 28, 2010

Cerita... Rahsia Solat Awal Waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam
ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa
fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka
yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak aid ?
Sebagai contoh,

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan
dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan
penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara
berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan
rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid
yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan
ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal
waktu.. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap
optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan
pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar
sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian
warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu
ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem
penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan
keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya
berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan
hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu
Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi
prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan
hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni
jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa,
tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif
kita

Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita
kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan
iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat
bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam
perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat
Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada
waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau
warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya
memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan
kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam
kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah
waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana
keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah
jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi
kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya
bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil
Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia
kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah
faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi,
qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam
ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di ' kurniakan '
syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana
hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita
bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih
dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat
memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat
cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas
taichinya .

Wednesday, October 27, 2010

Cerita... Lunch @ Grand Millenium Hotel











Tadi makan kat Grand Millenium Hotel sempena W2W Excercise. Ni la yang aku makan tadi.

Friday, October 22, 2010

Cerita... Yonna in D Hauz....


Ni first time aku pakai tudung syiria pegi office.... Macam buah tembikai jer ku rasa. Masa dalam kereta tuh berdebar-debar jugak la perasaan aku. Bila dah masuk opis semua orang pandang aku 2x.... waaaaaa malunya aku......

Monday, October 18, 2010

Cerita... Raynia demam aku MC

Semalam masa Raynia tidur petang badan dia panas semacam. Ku cek thermometer 38.9.... terkejut aku terus kejut Aidil untuk bawak Raynia pergi GP.

Balik dari klinik terus ke Langat. Badan Raynia masih lagi panas. Ayong buatkan air asam jawa untuk sapu di seluruh badan Raynia kecuali dada. Dah jadi macam anak Senoi.

Balik rumah suhu badan masih sama. Bagi Raynia makan ubat barulah turun panas badan tapi mulut merengek-rengek.

Bila anak demam mula la aku tak lena tidur. Bila pagi kepala jadi weng. Terus ku ke klinik sebelum anak-anak bangun. Dapat mc 1 hari.

Thursday, October 7, 2010

Cerita... Makan2 Farewell

Hari ni ada farewell lunch untuk staff office aku. Dia transfer pergi branch. So, we all 30 orang makan kat Gin Ger Central Market.

Review makanan :

Ikan Siakap Masam Manis = OK
TomYam = OK
Kerabu Mangga = OK
Sup Ayam = OK
Air = Ok
Price = mmmmMMMMmmmm......

Tuesday, October 5, 2010

Cerita... Gaya Si Comel Berbaju Raya Contest


TARIKH TUTUP CONTEST :


31 October 2010

Aku seolah-olah terpanggil-panggil untuk menyertai peraduan ini. Mari kita lihat hasilnya nanti.



PENGANJUR PERADUAN :





Senarai Penaja :


Babyruffkins

Ginjacqie

Mysuperkids

Secretbargains

Tote-boutique

Tupperwareville

Victoriasecretlover

EoeOnline

Sofeababywear

Izzybakery

Mahanim


Untuk keterangan lanjut mengenai peraduan ini boleh klik kat sini.



*****************************************************************


GAMBAR ANAK BUJANG AKU MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRANNYA PADA
10 SEPT 2010!

SEDANG SERONOK MEMBAKAR LEMANG!

Nama : Aidid Rayn Bin Mohd Aidil

Umur : 3 Tahun 1 bulan

Tarikh Lahir : 10 Sept 2007