Showing posts with label Event of the Year. Show all posts
Showing posts with label Event of the Year. Show all posts

Wednesday, January 8, 2014

Selamat Tahun Baru 2014

Hari yang ke-8 untuk tahun 2014. Selamat Tahun Baru semua!

31 December 2013

Rayn dah start sekolah. Orientation & assessment test untuk tentukan kelas dia. Bermula se awal 8:30am sampai la pukul 12:00 pm... Penat sikit sebab bawak Raynia. Masa briefing dalam dewan dia tidur kat pangku daddy dia. 

1 January 2014

Sempena cuti tahun baru, aku shopping barang-barang keperluan Rayn yang masih belum siap. Baju sekolah agama, alteration dan sebagainya.

2 January 2014

Maka bermulalah sesi persekolahan tahun 1 Rayn. Keluar rumah seawal 7:00am. Cari punya cari jumpa kelas Rayn - 1 Ikhlas. Ok la sayang mummy tak kisah janji Rayn suka sekolah. Dia orang ada perhimpunan. Lebih kurang pukul 9:00am baru masuk kelas. Kesian anak-anak tahun 1 sebab kepanasan.

Pukul 10:00am dah sampai masa rehat. Aku tunggu Rayn kat kantin jer. Dia bawak bekal sausage jer. Atas permintaan dia jugak. Aku nak bawak dia tour kantin dia tak nak. Rimas dengan orang ramai. 10:30am dia masuk kelas aku keluar makan kejap.

Lebih kurang pukul 12:30pm aku datang sebab Rayn balik pukul 12:50pm. Nak ajar dia naik van sekolah pulak. Dia rupanya seronok dapat naik van sekolah. Alhamdulillah tak de la aku susah hati.

Pukul 2:30 dia dah pergi Sekolah agama dengan van. Aku pergi untuk bayar yuran dan sebagainya. Hari ni sekolah agama belum start lagi sesi pembelajaran. So boleh balik awal la kan.

3 January 2014

Aku masih lagi bercuti untuk memantau Rayn di sekolah. Tapi kali ni pagi-pagi lagi daddy yang hantar Rayn ke sekolah. Rayn bawak bekal nugget dan roti. Tapi roti tak habis pun. Dia masih lagi tak mahu beli apa-apa di kantin sebab dia cakap tak de yang menarik minat dia. Ok kita tunggu sampai bila.

Untuk sekolah agama aku pergi lebih kurang pukul 3:30pm sebab terlupa nak bagi duit belanja. Aku tunggu di kantin. Dia minta duit untuk beli aiskrim dan sausage jer. Habis la RM2:00. 

4 & 5 January 2014

Hari minggu. Bagi Rayn rehat puas-puas dan tidur secukupnya.

6 January 2014

Hari ni aku dah start kerja. Lagipun sekolah dah tak benarkan ibubapa berkampung di sekolah lagi hari ni. Dia bawa bekal pizza.  Balik sekolah suami umi pergi pantau dia orang naik van dari jauh. Alhamdulillah semua berjalan lancar. 

7 January 2014

Alhamdulillah Allah permudahkan segala-galanya untuk aku.

Thursday, January 3, 2013

[Event] Selamat Tahun Baru 2013

Hari ke-3 dalam tahun 2013.
Masih belum terlambat untuk aku ucapkan "Selamat Tahun Baru". Apa azam tahun baru anda? Adakah azam tahun 2012 sudah tercapai sepenuhnya? Apakah cita-cita anda yang masih belum tercapai?

Apa yang aku mahu pada tahun 2013:

1. Turunkan lagi 5kg berat badan aku untuk kesihatan dan kepuasan diri sendiri;
2. Tamarkan pengajian aku seperti yang di jadualkan;
3. Kesihatan tubuh badan untuk melakukan amal ibadah dunia dan akhirat;
4. Memperbaiki solat supaya lebih sempurna dari biasa;
5. Memperbanyakkan melakukan kebaikan;
6. Mencuba sedaya upaya menjadi seorang Anak, Isteri, Ibu yang baik kepada keluarga aku;
7. Dapat meluangkan sebanyak yang mungkin masa bersama-sama keluarga tercinta;
8. Job hunting;
9. Nak balik berhari raya Aidilfitri & Aidiladha di Kelantan;
10. Cuti-cuti Malaysia.

Monday, November 12, 2012

[Anniversary] 6th Anniversary 11.11.12

Happy 6th Anniversary!
11.11.12

Cantik sangat tarikh tersebut. Semoga ikatan perkahwinan kami berkekalan sampai bila-bila. InsyaAllah.

Firman Allah: Katakanlah (wahai Muhammad):”Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan(Ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi.” Apabila sampai kepada ayat “yuhbibkumullah (nescaya Allah mengasihi kamu), maka niatkanlah nama suami (isteri), barulah disambung dengan ayat seterusnya.

Tuesday, October 30, 2012

[Raya] Cuti-Cuti Hari Raya Aidiladha 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha 2012.

Hari Khamis 25 Oktober 2012, Gerak lebih kurang pukul 11:30 pagi sebab tunggu Muadz datang untuk balik sama-sama. Masuk jer "Karak Highway" kerata banyak sangat tapi bergerak la jugak. Kami memang bercadang nak balik ikut Terengganu kali ni sebab tak sanggup nak meredah jem kalau ikut Gua Musang.

Sepanjang perjalanan memang lancar sampailah Bukit Besi 10km nak masuk LPT. Disebabkan nak keluar simpang tiga, keadaan jalan jadi jem. Tak ada apa-apa pun yang aku tengok. Geram betul kereta bergerak 20km sejam dan asyik berhenti-henti. Dah la aku tengah menahan nak terkencing. 

Sekali lagi tersangkut dalam jem kat Kubang Kerian. Aduhai. Benci betul aku. Alhamdulillah sampai rumah lebih kurang pukul 9:00 malam. Semua keletihan dan kelaparan.

Friday, August 31, 2012

[Event] Selamat Hari Merdeka Ke-55

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55.

Thursday, August 16, 2012

[Raya] Selamat Hari Raya



Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman e-mail dah kira grand la yer

Thursday, January 5, 2012

[Personal] - New Year New Resolutions

First of all, Happy New Year 2012. Masih belum terlambatkan untuk "wish". Apa azam baru anda untuk tahun 2012 ini? Adakah azam tahun 2011 tercapai semuanya?

Satu je Azam aku untuk tahun 2012:

Mengumpul duit sebanyak yang mungkin;

Walaupun azam tahun 2011 ada yang tak tercapai, tapi aku bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Allah S.W.T. untuk meneruskan perjuangan dibumi Allah ini. Masih diberi kesihatan untuk menempuh liku-liku kehidupan. Masih diberi kesempatan bersama-sama keluarga tersayang.

Friday, September 9, 2011

Cerita... Maybank Raya Open House

Fellow Maybankers,
The Board and Management of Maybank cordially invite you to an evening of festive fun at our Maybank Group Staff Hari Raya Open House!
Enjoy a wide array of traditional Malaysian delights and do participate in our fun-filled raya activities! Let's celebrate in true 1Maybank, 1Malaysia spirit by dressing up in your best traditional outfit with prizes for 6 best dressed Maybankers! This celebration is also special as we will be unveiling our refreshed Maybank logo by the Prime Minister, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak!

Friday, September 2, 2011

Cerita... Aidilfitri 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.

Wednesday, July 13, 2011

Cerita... Cuti-Cuti Kenduri Kahwin

7 Julai - 12 Julai 2011 aku balik Kelantan sempena perkahwinan sepupu aku Albita Tahir. Alang-alang dah balik kampung kan balik lama sikit. Tiket aku dah beli 5 bulan lepas lagi sebab memang Aidil tak nak "drive" balik sana. Nasib baik dah beli tiket. Aidil kan terlibat dalam kemalangan 2 Jun lepas. Cerita dia ada kat sini Dugaan-Demi-Dugaan .

Aku tak pandai la nak bercerita. Dalam kepala ni macam-macam nak cerita tapi tak tau nak mula dari mana.

Majlis pernikahan di adakan di Rumah Taman Maju Jumaat malam. Memang meriah. Ramai jemputan yang hadir.

Majlis persandingan di adakan di Kelantan Trade Centre (KTC). Dewan The Red Warrior. Malam persandingan pulak ada perlawanan bolasepak Kelantan VS Pelita Jaya. Memang keadaan trafik begitu sibuk. Nasib baik kami sampai kat KTC awal dan parking semua sudah di tempah.


Tuesday, July 5, 2011

Cerita... Rezeki Minggu Ini

Alhamdulillah minggu ni sahaja aku menerima beberapa berita gembira. Syukur kepada Allah S.W.T. keatas Rahmatnya kepada aku dan keluarga. Juga kawan-kawan di sekeliling aku.

Kalau kita bersabar dan sentiasa mohon kepada Allah S.W.T. dan tak putus berdoa. DIA akan mendengar doa kita. Amin.

Saturday, June 4, 2011

Cerita... Birthday 2011

Happy Birthday Surina!

Birthday wish yang paling best dari Ibu. Thanks Ibu.

Today is your birthday
Siti Surina pasti OK
Allah menguji kita everyday
But please jangan khuatir
Mohonlah sentiasa jangan mushkil
Allah itu maha Pemurah dan Adil
Lihatlah betapa anugerahnya tidak berakhir
Raynia, Rayn dan Aidil
So Happy Birthday
ALLAH pelihara hingga ke akhir.....

Friday, June 3, 2011

Cerita... Dugaan Demi Dugaan

Aidil had an accident at Kesas Highway at 7.30PM 2nd June 2011. Rayn cakap Daddy sama macam Ultraman. Dia ingat Daddy pakai kostum Ultraman.


Dugaan demi dugaan melanda. Bahagian dahi sebelah kanan berlubang. Pipi kanan luka dan hidung pun luka. Dahi dan hidung darah masih belum berhenti. Pergelangan tangan kiri retak kena simen @ POP. Alhamdulillah walaupun cedera tapi Allah S.W.T. masih lagi selamatkan dia.

Sekarang dia ada kat APSH. Bilik 534. Aku tak dapat temankan dia sebab Rayn dan Raynia tak ada orang jaga. Tadi masa hantar pergi "emergency" pun aku tumpangkan di rumah kakak Aidil.

Abang Ira orang pertama yang datang melawat. Al, Koy dan Tareq pun datang. Jiran Abang Mail, Jiran Jimmy dan Jiran Haji Karim pun datang. Ibu, Bapak dan Izi datang. Terima kasih semua kerana sudi datang. Jiran Abang Man dan Jiran Abang Amran terima kasih kerana bertanya khabar.

Wednesday, June 1, 2011

Cerita... Dinner at Me'nate Steak House

Semalam "birthday celebration" untuk May. Dia punya "birthday" 29 May 2011. Sempena bulan kelahiran dia la "boyfriend" dia panggil dia May.

We all makan kat Ampang Hilir. Me'nate Steak House. Ini kali ke-3 pergi makan sana. Siapa yang join semalam Edex, May, Boy, Lenn, Miza (adik Edex), aku, Aidil, Rayn dan Raynia.

Makanan dia lain dari tempat lain sebab "fresh meat". Kambing dan lembu dia ternak sendiri. Harga dia sedikit mahal dari tempat lain. Tapi aku rasa macam berbaloi la makan kat situ.

Antara menu yang we all makan semalam adalah seperti gambar di bawah. Gambar ni aku ambil masa makan hari tuh. Semalam sorang pun tak ada yang ambil gambar makanan. Semua sudah kelaparan.


"Lamb Grill"... Yummeh memang "favorite" aku.


"Slice meat with mayo". Ini pun boleh tahan di makan dengan roti bakar.

Saturday, May 14, 2011

Cerita... DR Activity di Hari Sabtu

Aku bekerja di hari Sabtu. Sebabnya ada Disaster Recovery Activity untuk Maybank. Aktiviti ni akan berlangsung setahun sekali. ini pengalaman aku untuk kali ke-3. Tak pelik la bagi aku untuk keluar rumah awal-awal pagi. Aku "start" dari pukul 3.00 am sampai pukul 10.00 am. Sekarang tengah tunggu "application for go live". Ni tengah "test" Maybank2u . "Internal a little bit slow" sama jugak dengan "external".

Apa aku buat sepanjang aktiviti ni? Hurmmm.... Google, Facebook, Blogspot..... Lokasi aku di sini di tingkat 44. Nasib baik la dapat masuk Internet kalau tidak tak tahulah macam mana aku.

Kali ni ramai betul bosses yangh turun tak macam tahun-tahun sudah. Gerun aku di buatnya. Dari Unit Head hingga ke CIO semua duduk kat sini dari pukul 6.00am.

Sunday, May 8, 2011

Cerita... Selamat Hari Ibu!

Nikmat yang paling besar yang masih dapat kita kecapi... masih dapat memanggil MAK, MAMA, IBU, MUMMY, CEK, UMI, MEK dan sebagainya. Kita akan merasa lebih lagi nikmat itu setelah dia tiada lagi di sisi kita... Jadi bersyukurlah sementara nikmat itu masih berada bersama kita.

SELAMAT HARI IBU!


Thursday, April 14, 2011

Cerita... ITIL V3 Foundation

* * * * Registration Confirmation Notice * * * *

This notice is to confirm that Siti Surina Binti Ibrahim has been registered for the following course. Please see below for detailed information on the class start/end dates, times and locations.

CLASS INFORMATION
==============
Class Name: ITIL V3 Foundation
Class Start Date/Time: 27/04/2011 08:45:00 SGT
Class End Date/Time: 29/04/2011 16:45:00 SGT

Activity Type : Classroom(F2F)

Venue : Maybank Academy

Tuesday, February 22, 2011

Cerita... 2011 Planner

February baru nak update pasal 2011 planner. Apa nak jadi ni....

15 April - 17 April = PD Blue Lagoon

7 July - 12 July = Balik Kelantan Al's Wedding

14 Oct - 17 Oct = Bandung Trip



*Nanti aku update lagi yer....

Wednesday, February 16, 2011

Cerita... Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul....

Apa aku buat anak beranak pada "Public Holiday" tengah-tengah minggu ni.

2.00 pm - Keluar konon-konon nak jalan-jalan cari makan. Ingat nak pergi makan kat Tupai-Tupai. Sampai kat Pandan Indah teringat nak "call" Lenn... Sok sek sok sek.... Dia ajak pergi Low Yatt dan makan Nasi Ayam Chee Meng. Nak tak nak aku ikut jer walaupun aku x berapa lalu nak makan nasi ayam tu. Rasa dia.... Hurm tak kena dengan selera tekak aku.

3.30 pm - Park kereta dekat Esso Bukit Antarabangsa. Senang jalan 1 kereta ajer. Owh lupa pulak. Boy dan Lenn ajak pergi Melaka makan Ikan Bakar kat Sungai Duyung. Sebelum gerak pergi amik May kat Keramat dan Edex kat Bangi.
Sampai sana lepas maghrib. Singgah solat dan terus pergi tempat makan.

Menu malam ni :


Ikan Siakap 3 Rasa (Tapi rasa sos)
Kupang Sweet sour (Rasa sos jugak)
Kailan Ikan Masin
Sotong Celup Tepung
Sotong Bakar Bersambal Nasi Lemak
Udang Butter
Udang Bakar
Air Tembikai
Air Oren
Sampai rumah lebih kurang pukul 12 tengah malam. Nasib baik Rayn dan Raynia dah tidur.

Monday, January 3, 2011

Cerita... Happy New Year 2011

Happy New Year Frinds....

I'm a bit slow to wish u a Happy New Year.

My dedications for this year :

1. Happily ever after;
2. The blessing of eternity;
3. New Job;
4. Irrational spending;

I hope what I've requested achieved.