Wednesday, July 13, 2011

Cerita... Cuti-Cuti Kenduri Kahwin

7 Julai - 12 Julai 2011 aku balik Kelantan sempena perkahwinan sepupu aku Albita Tahir. Alang-alang dah balik kampung kan balik lama sikit. Tiket aku dah beli 5 bulan lepas lagi sebab memang Aidil tak nak "drive" balik sana. Nasib baik dah beli tiket. Aidil kan terlibat dalam kemalangan 2 Jun lepas. Cerita dia ada kat sini Dugaan-Demi-Dugaan .

Aku tak pandai la nak bercerita. Dalam kepala ni macam-macam nak cerita tapi tak tau nak mula dari mana.

Majlis pernikahan di adakan di Rumah Taman Maju Jumaat malam. Memang meriah. Ramai jemputan yang hadir.

Majlis persandingan di adakan di Kelantan Trade Centre (KTC). Dewan The Red Warrior. Malam persandingan pulak ada perlawanan bolasepak Kelantan VS Pelita Jaya. Memang keadaan trafik begitu sibuk. Nasib baik kami sampai kat KTC awal dan parking semua sudah di tempah.


No comments: