InsyaAllah.
FamBlab ni kisah suka duka suku sakat Anak Cucu Cicit Allahyarham Haji Abdul Aziz & Hajjah Meriam...Blog ini juga merupakan catatan dan kenangan saya dan keluarga. Other than that is just collections of my hobbies and stuffs. I hope you’ll enjoy viewing my journey.
Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts
Wednesday, January 6, 2016
Wednesday, December 3, 2014
Doa Pelembut Hati Anak-Anak
Mari kita amalkan doa ini. Semoga hati anak-anak kita semua mudah untuk menerima nasihat-nasihat. Ameen Ya Rabb....
Thursday, June 19, 2014
Sosej Makanan Beracun
Aku terbaca di Facebook, budak berumur 8 tahun diserang "Darah Tinggi". MasyaAllah. Selidk punya selidik rupanya dia penggemar sosej ber-process secara kerap. Pemakanan sosej berproses secara kerap memang mendedahkan anak-anak kita kepada penyakit yang pada asalnya cuma orang dewasa sahaja yang hadapi. Penyakit yang dihidapi oleh ayah-ayah kita, mak-mak kita dan lain-lain orang dewasa.
Aku tertanya-tanya, apa yang menjadi punca boleh kena hypertensi? Biasanya kandungan sodium atau garam yang tinggi di dalam pemakanan anak-anak. Anak-anak juga tidak memerlukan garam tambahan sebenarnya kerana keperluan garam mereka sangat sedikit. Sebab tu la untuk menyediakan makanan kepada bayi kita tidak perlu menambah garam di dalam masakan kita. Garam amat bahaya.
Satu sudu teh garam bersamaan dengan 2325mg sodium (bayi di bawah setahun keperluannya kurang daripada 1g garam sehari. 1g = 400mg sodium)
Bayi di bawah setahun keperluannya kurang daripada 1g garam sehari. 1g = 400mg sodium
Jumlah maksimum harian yang disyorkan kanak-kanak bagi pengambilan garam harus bergantung kepada umur:
1 hingga 3 tahun: 2g garam sehari (800mg sodium)
4 hingga 6 tahun: 3g garam sehari (1200mg sodium)
7 ke 10 tahun: 5g garam sehari (2000mg sodium)
11 tahun dan lebih: 6g garam sehari (2400mg sodium)
Aku selalu jugak membeli sosej untuk anak-anak makan. Lepas ni aku perlu berhati-hati dalam pemakanan anak-anak untuk kebaikan semua. Mulai hari ini aku perlu lebih peka terhadap pemakanan anak-anak.
Labels:
anak,
Baby,
Cinta,
Doa,
Family,
Information,
Kanak-kanak,
Kids,
Masak,
Motivation,
obesiti
Thursday, January 3, 2013
[Event] Selamat Tahun Baru 2013
Hari ke-3 dalam tahun 2013.
Masih belum terlambat untuk aku ucapkan "Selamat Tahun Baru". Apa azam tahun baru anda? Adakah azam tahun 2012 sudah tercapai sepenuhnya? Apakah cita-cita anda yang masih belum tercapai?
Apa yang aku mahu pada tahun 2013:
1. Turunkan lagi 5kg berat badan aku untuk kesihatan dan kepuasan diri sendiri;
2. Tamarkan pengajian aku seperti yang di jadualkan;
3. Kesihatan tubuh badan untuk melakukan amal ibadah dunia dan akhirat;
4. Memperbaiki solat supaya lebih sempurna dari biasa;
5. Memperbanyakkan melakukan kebaikan;
6. Mencuba sedaya upaya menjadi seorang Anak, Isteri, Ibu yang baik kepada keluarga aku;
7. Dapat meluangkan sebanyak yang mungkin masa bersama-sama keluarga tercinta;
8. Job hunting;
9. Nak balik berhari raya Aidilfitri & Aidiladha di Kelantan;
10. Cuti-cuti Malaysia.
Labels:
Assignment,
Doa,
Emak,
Event of the Year,
Family,
Information,
Janji,
Kelantan,
Masters,
Motivation,
Tips,
UiTM
Monday, November 12, 2012
[Anniversary] 6th Anniversary 11.11.12
Happy 6th Anniversary!
11.11.12
Cantik sangat tarikh tersebut. Semoga ikatan perkahwinan kami berkekalan sampai bila-bila. InsyaAllah.
Firman Allah: Katakanlah (wahai Muhammad):”Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan(Ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi.” Apabila sampai kepada ayat “yuhbibkumullah (nescaya Allah mengasihi kamu), maka niatkanlah nama suami (isteri), barulah disambung dengan ayat seterusnya.
Monday, October 1, 2012
[Ibu] Sebulan Sudah Berlalu
Sudah sebulan masa berlalu. Sungguh pantas masa itu bergerak. Terasa bagai baru semalam kehilangannya. Ya Allah. Aku terlalu merindui suaranya. Gelak tawanya. Terlalu merindui sampaikan ada masanya aku menitiskan air mata kerinduan. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Thursday, August 16, 2012
[Doa] Doa Ramadhan Hari Kedua Puluh Enam
"Ya Allah, jadikan usahaku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosaku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaibanku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar."
Wednesday, August 1, 2012
[Doa] - Doa Ramadhan Hari Ke Dua Belas
"Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut. Amin Ya Rabbal 'Alamin."
Tuesday, July 31, 2012
[Doa] - Doa Ramadhan Hari Ke Sebelas
"Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah, jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan."
Monday, July 30, 2012
[Doa] - Doa Ramadhan: Hari Ke Sepuluh
"Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku dikalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan Ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon."



