Showing posts with label Hati. Show all posts
Showing posts with label Hati. Show all posts

Tuesday, June 20, 2017

HORMATILAH MASA ORANG LAIN

Semestinya kamu suka di hormati. Hormat menghormati adalah amalan yang mulia.

Saat kamu ingin menghormati orang lain, berusahalah untuk merasakan apa yang orang lain rasakan dan bersikap dengan penuh kepedulian. Intinya, menghormati orang lain berarti menunjukkan bahwa kamu menghargai perspektif, waktu, dan ruang orang lain.

Kamu tidak boleh samakan masa kamu dengan orang lain. Keadaan kamu, perjalanan hidup kamu, masa lampau dan masa depan kamu semua berbeza dengan orang lain. 

Seandainya kamu ingin orang lain menghormati kamu, seharusnya kamu juga menghormati orang-orang disekeliling kamu.

Hari ini mungkin kamu, kami, mereka dan semua di atas. Esok Lusa kita semua tidak tahu di mana kita akan berada.

Sunday, August 7, 2016

Be Careful

Sejak kejadian itu. Aku memang tak percaya dah kat kamu. Buatlah baik mcm mana pun aku memang tak kan bagi kepercayaan itu.

Kesian tengok kamu. Kereta kena tarik. Keluarga buang kamu. Duit tak ada untuk makan. Rumah tak ada untuk berlindung. Suami tak ada sebab belum kawen. Tapi perangai kamu busuk. Sangat busuk.

Sunday, May 29, 2016

Cermin

Baru mengenali seorang kawan. Dia terima kamu seikhlas hati katanya. Akan membantu dan mengekalkan persahabatan ini sampai bila.

Semasa bersama-sama. Kamu banyak mendengar bebelan... omongan dan kata-kata yang berunsur nasihat.

Pada satu tahap... kamu diberi amaran untuk berhati-hati dengan oranh-orang disekeliling kamu.

Sebagai contoh.
1. Kamu mesti membutikan yang kata-kata B itu salah. B pernah mengeluarkan 1 "statement "... bahawasanya kamu berdamping dengan sahabat kamu itu disebabkan sesuatu. Kamu hanya mahu menumpang sesuatu dari sahabat kamu. Apabila kamu lihat orang lain lagi hebat dari sahabat kamu... kamu akan melompat ke sana pula. Kalau tiba-tiba sahabat kamu meminjam duit daripada kamu. Suatu hari ditakdirkan sahabat kamu tidak membayar hutang tersebut. Kamu akan menjaja cerita kesana sini.

2. Kamu diberi amaran untuk tidak berkawan rapat dengan si A.... C.... D..... E....

Sekarang... kamu dapat rasakan yang diri kamu menjadi mangsa mengambil kesempatan. Menjadi tempat untuk memberi pinjaman kepada sahabat kamu. Sekali sahaja kamu bagi pinjam sebab kamu dapat menghidu yang kamu dipergunakan. Apa yang kamu rasa???

Mahu menghantar tugasan kamu menggunakan nama sahabat dan mengharapkan mendapat kredit untuk tugasan tersebut. Sedangkan kamu yang bertungkus lumus membuat tugasan itu. Apa yang kamu rasa???

Apabila kamu meminta pertolongan sahabat kamu... kamu diherdik. Apa kamu rasa???

Apabila kamu bertanyakan sesuatu tetapi mendapat jawapan yang entah apa-apa. Kamu tidak berputus asa mencari jalan penyelesaian sendiri tanpa bantuan sahabat kamu itu.  Dan setelah masa berlalu... sahabat kamu bertanyakan hal tersebut. Bila kamu bagi jawapan dia pertikaikan pula. Apa kamu rasa???

Apabila kamu menyedari bahawa diri kamu dipergunakan... kamu cuba menjarakkan perhubungan kamu dengan sahabat. Kamu tidak menjawab panggilan telefon sahabat kamu ketika waktu maghrib... ketika tengah makan bersama ahli keluarga.... ketika tengah membantu anak membuat kerja rumah... ketika memandu.... ketika di majlis ilmu... kamu pula dituduh melupakan sahabat kamu.  Apa kamu rasa???

Orang macam inikah dipanggil sahabat?

Wednesday, January 6, 2016

Motivasi Pagi

InsyaAllah.

Thursday, August 27, 2015

Pelik Dengan Perangai Manusia Hati Hitam

Hati manusia ni susah nak jangka tambah-tambah bila dah hitam legam. Semua boleh jadi bila hati dah busuk. Berperasangka buruk terhadap orang lain. Dalam erti kata lain, dalam hati tu sentiasa ada syakwasangka terhadap seseorang.

Kadang-kadang menyesal juga berbuat baik terhadap seseorang apabila tiba-tiba diri difitnah, dicaci, dikeji dan diburuk-burukan. Ya, dengan tiba-tiba sekelip mata.  Tapi biasalah adat manusia. Bila hati telah hitam semua boleh terjadi.

Apalah yang menariknya hidup kamu itu membuatkan kamu sangat-sangat perasan yang orang lain cemburu dengan kehidupan kamu itu? Cuba list kan satu persatu. Demi Allah S.W.T. tak ada satu pun yang menarik minat aku untuk masuk campur, mengambil tahu hal kamu setiap hari, mengintip kamu apatah lagi mengkeji kamu.

Ya Allah S.W.T.  jagalah hati, aku, suamiku, anak-anakku dan juga keluarga ku dan jauhkanlah kami semua dari hati menjadi hitam dan orang-orang yang berhati hitam.
Akalmu masih cetek. Pemikiranmu masih kolot. Pergaulanmu masih terkepung. Kamu ingat dengan bersuara lantang seperti kamu dapat menaikkan taraf pemikiranmu. Tapi sesungguhnya lagi nampak kebodohan kamu dalam menangangi hidup kamu.

What you give you get back. What comes around goes around. Allah S.W.T.  maha mengetahui.

Thursday, May 7, 2015

[Friend] Apa yang anda percaya pada kawan

"Be careful about who you TRUST and tell your PROBLEMS to. Not everyone who SMILE at you is your FRIEND".

Dalam maksud kata-kata tersebut. 

Thursday, March 5, 2015

[Office] Early Separation Scheme

Early Separation Scheme. Benda ini memang menghantui hidup aku dan kawan-kawan sekarang. Sampai terbawa-bawa dalam tidur. Kenapa semua ini terpaksa kami lalui.

Ramai kawan-kawan kami yang terpilih dalam "list" yang dipanggil oleh IR, HR dan Management.

Ya Allah.... Ya Rabb.... Permudahkanlah perjalanan hidup kami semua.