Showing posts with label Kawan. Show all posts
Showing posts with label Kawan. Show all posts

Sunday, August 7, 2016

Be Careful

Sejak kejadian itu. Aku memang tak percaya dah kat kamu. Buatlah baik mcm mana pun aku memang tak kan bagi kepercayaan itu.

Kesian tengok kamu. Kereta kena tarik. Keluarga buang kamu. Duit tak ada untuk makan. Rumah tak ada untuk berlindung. Suami tak ada sebab belum kawen. Tapi perangai kamu busuk. Sangat busuk.

Thursday, June 23, 2016

Percaya, Mempercayai, Di Percayai

Bila kita percayakan seseorang tapi kepercayaan itu dinodai apa yang kamu rasa?

Sakit hati. Sedih. Marah. Bengang. Bingung. Campur baur. Pening.

Semua ada kan.

Jangan salahkan sesiapa jika mereka susah untuk memberi kepercayaan kepada kita. Cuba kita muhasabah diri kita sendiri kenapa perkara ini boleh terjadi. Kita tidak boleh mengubah diri orang lain tapi kita boleh mengubah diri kita sendiri.

InsyaAllah... Allah akan bantu kita permudahkan perjalanan hidup kita nanti. Aamiin Ya Rabb...

Tuesday, June 21, 2016

Biar Orang Buat Kita

Kemarahan, kebencian, dendam, tamak, marah dan dengki adalah racun jiwa. Jika bersarang di hati kita bersedialah hidup penuh tekanan, pendek rezeki, banyak penyakit dan mendapat kebencian makhluk Allah. Semoga Kita audit diri dan jauhkan dari sifat tersebut - Kata-kata Prof Muhaya.

Apa yang berlaku semalam anggaplah ia satu ujian dan pengajaran dalam meniti liku-liku kehidupan. Tiada manusia yang ikhkas dalam dunia ini. Semuanya penuh kepura-puraan dan bertopengkan boneka sahaja.

Sunday, May 29, 2016

Cermin

Baru mengenali seorang kawan. Dia terima kamu seikhlas hati katanya. Akan membantu dan mengekalkan persahabatan ini sampai bila.

Semasa bersama-sama. Kamu banyak mendengar bebelan... omongan dan kata-kata yang berunsur nasihat.

Pada satu tahap... kamu diberi amaran untuk berhati-hati dengan oranh-orang disekeliling kamu.

Sebagai contoh.
1. Kamu mesti membutikan yang kata-kata B itu salah. B pernah mengeluarkan 1 "statement "... bahawasanya kamu berdamping dengan sahabat kamu itu disebabkan sesuatu. Kamu hanya mahu menumpang sesuatu dari sahabat kamu. Apabila kamu lihat orang lain lagi hebat dari sahabat kamu... kamu akan melompat ke sana pula. Kalau tiba-tiba sahabat kamu meminjam duit daripada kamu. Suatu hari ditakdirkan sahabat kamu tidak membayar hutang tersebut. Kamu akan menjaja cerita kesana sini.

2. Kamu diberi amaran untuk tidak berkawan rapat dengan si A.... C.... D..... E....

Sekarang... kamu dapat rasakan yang diri kamu menjadi mangsa mengambil kesempatan. Menjadi tempat untuk memberi pinjaman kepada sahabat kamu. Sekali sahaja kamu bagi pinjam sebab kamu dapat menghidu yang kamu dipergunakan. Apa yang kamu rasa???

Mahu menghantar tugasan kamu menggunakan nama sahabat dan mengharapkan mendapat kredit untuk tugasan tersebut. Sedangkan kamu yang bertungkus lumus membuat tugasan itu. Apa yang kamu rasa???

Apabila kamu meminta pertolongan sahabat kamu... kamu diherdik. Apa kamu rasa???

Apabila kamu bertanyakan sesuatu tetapi mendapat jawapan yang entah apa-apa. Kamu tidak berputus asa mencari jalan penyelesaian sendiri tanpa bantuan sahabat kamu itu.  Dan setelah masa berlalu... sahabat kamu bertanyakan hal tersebut. Bila kamu bagi jawapan dia pertikaikan pula. Apa kamu rasa???

Apabila kamu menyedari bahawa diri kamu dipergunakan... kamu cuba menjarakkan perhubungan kamu dengan sahabat. Kamu tidak menjawab panggilan telefon sahabat kamu ketika waktu maghrib... ketika tengah makan bersama ahli keluarga.... ketika tengah membantu anak membuat kerja rumah... ketika memandu.... ketika di majlis ilmu... kamu pula dituduh melupakan sahabat kamu.  Apa kamu rasa???

Orang macam inikah dipanggil sahabat?

Thursday, August 27, 2015

Pelik Dengan Perangai Manusia Hati Hitam

Hati manusia ni susah nak jangka tambah-tambah bila dah hitam legam. Semua boleh jadi bila hati dah busuk. Berperasangka buruk terhadap orang lain. Dalam erti kata lain, dalam hati tu sentiasa ada syakwasangka terhadap seseorang.

Kadang-kadang menyesal juga berbuat baik terhadap seseorang apabila tiba-tiba diri difitnah, dicaci, dikeji dan diburuk-burukan. Ya, dengan tiba-tiba sekelip mata.  Tapi biasalah adat manusia. Bila hati telah hitam semua boleh terjadi.

Apalah yang menariknya hidup kamu itu membuatkan kamu sangat-sangat perasan yang orang lain cemburu dengan kehidupan kamu itu? Cuba list kan satu persatu. Demi Allah S.W.T. tak ada satu pun yang menarik minat aku untuk masuk campur, mengambil tahu hal kamu setiap hari, mengintip kamu apatah lagi mengkeji kamu.

Ya Allah S.W.T.  jagalah hati, aku, suamiku, anak-anakku dan juga keluarga ku dan jauhkanlah kami semua dari hati menjadi hitam dan orang-orang yang berhati hitam.
Akalmu masih cetek. Pemikiranmu masih kolot. Pergaulanmu masih terkepung. Kamu ingat dengan bersuara lantang seperti kamu dapat menaikkan taraf pemikiranmu. Tapi sesungguhnya lagi nampak kebodohan kamu dalam menangangi hidup kamu.

What you give you get back. What comes around goes around. Allah S.W.T.  maha mengetahui.