Tuesday, October 30, 2012

[Raya] Cuti-Cuti Hari Raya Aidiladha 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha 2012.

Hari Khamis 25 Oktober 2012, Gerak lebih kurang pukul 11:30 pagi sebab tunggu Muadz datang untuk balik sama-sama. Masuk jer "Karak Highway" kerata banyak sangat tapi bergerak la jugak. Kami memang bercadang nak balik ikut Terengganu kali ni sebab tak sanggup nak meredah jem kalau ikut Gua Musang.

Sepanjang perjalanan memang lancar sampailah Bukit Besi 10km nak masuk LPT. Disebabkan nak keluar simpang tiga, keadaan jalan jadi jem. Tak ada apa-apa pun yang aku tengok. Geram betul kereta bergerak 20km sejam dan asyik berhenti-henti. Dah la aku tengah menahan nak terkencing. 

Sekali lagi tersangkut dalam jem kat Kubang Kerian. Aduhai. Benci betul aku. Alhamdulillah sampai rumah lebih kurang pukul 9:00 malam. Semua keletihan dan kelaparan.

No comments: