Salam Jumaat. Seronoknya dah nak jumpa hari Sabtu. Tapi aku ada kelas pulak kat Puncak Perdana. Tak ada harapan nak bangun lambat jugak.
Aku terasa bosan buat benda yang sama setiap hari. Mahu berubah 100% tapi tak termampu. Apakan daya. Mahu terbang sebebas-bebasnya. Mahu menghirup udara lain yang lebih bermakna. Mahu mencari peluang untuk berhijrah membina kehidupan baru.
Setiap hari duduk menghitung hari untuk apa. Untuk kebaikan diri sendiri dan juga keluarga. InsyaAllah. Masa itu akan datang. Bersabarlah wahai hati.
# Kakak ipar aku sudah selamat melahirkan anak ke-4 bayi perempuan 30 Oktober 2012. Seronok la kan setelah ada 3 pendekar akhirnya dapat jugak sang puteri.
No comments:
Post a Comment