Friday, November 16, 2012

[Motivation] Amalan Ziarah Menziarahi


Amalan ziarah menziarahi pada masa sekarang amatlah mendukacitakan. Amalan ini sudah tidak lagi diamalkan oleh masyarakat zaman sekarang.

Islam sangat mengambil berat kepentingan mengeratkan hubungan tali persaudaraan atau silaturrahim sesama muslim. Salah satu cara yang disarankan oleh Islam untuk mengeratkan hubungan persaudaraan atau silaturrahim sesama muslim itu ialah dengan menziarahi orang sakit. Menziarahi orang sakit merupakan salah satu hak seorang muslim ke atas muslim yang lain.

Sabda Nabi S.A.W.

Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di jalan syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya hingga petang dan begitulah sebaliknya.

Terdapat banyak hadits yang menyebutkan tentang anjuran dan kelebihan menziarahi orang sakit, antaranya sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bermaksud:-

“Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru (malaikat) akan berseru kepadanya: “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!”.
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)


# Kalau tak nak terima kawan / tetamu menziarahi kita, sila sms / telefon / whatsapp menolak dengan baik dan memberitahu yang buat masa ini tidak dapat menerima tetamu bertandang bukan dengan berdiam diri. Zaman dah moden okey. Komunikasi dihujung jari anda. Kata celik IT tapi akal pendek buat apa. Tak nak kawan ngan aku sudah. Ramai lagi kawan yang nak berkawan dengan aku. Tak hairan pun tak dapat berkawan dengan kamu. Sikit pun tak menjejaskan aktiviti seharian aku. 

No comments: