Thursday, October 18, 2012

[Holiday] Visit Penang 2012 - Day 2

7th October 2012 - 9th October 2012

Aku bangun pagi-pagi sebab nak tengok laut pada waktu pagi. Terkebil-kebil seorang diri sebab semua belum bangun. Pukul 9:00am aku kejut semua ajak keluar jalan-jalan. Sebab misi hari ini nak keluar jalan-jalan sambil menjamu selera.

Misi utama pagi itu pergi Bukit Bendera. Dah lebih 20 tahun rasanya tak pergi sana. Dua tahun lepas pergi "Penang" pun tak pergi Bukit Bendera. Orang masih belum ramai lagi waktu kami tiba. Cuaca pun tak ada la panas lagi. 

Harga tiket Bukit Bendera: 
Dewasa RM8 bagi pemegang MyKad 
Kanak-kanak 5 tahun - 12 tahun RM4. 
Pelajar RM4

Kami kena bayar untuk naik Bukit Bendera RM16 sebab aku boleh guna kad pelajar aku. Keretapi sekarang dah moden tak sama dengan yang dahulu. Untuk naik ke atas mengambil masa lebih kurang +-20 minit. Rayn dan Raynia seronok sangat sebab dah lama dia orang nak naik "thomas". Dia orang panggil "LRT, train" tu "thomas".

Kat atas pun suasana dah lain. Memang berbeza sangat. Nak duduk lama-lama pun macam tak tahu nak buat apa. Lagi pun kami ada "lunch date" dengan Fahme kawan daddy. Bila Double R dah start mengamuk-ngamuk nak macam-macam baik kami turun ajer. Mula-mula dia orang tak nak turun. Rayn siap-siap merajuk sebabnya nak naik "buggy car".  Malas kami nak melayan permintaan yang bukan-bukan. Bila dah naik "thomas"  elok pulak dia orang seronok. 

Lepas tu kami menuju ke Gurney Drive sebab Fahme dah tunggu kat sana. Hari ni kami mencuba pulak kari kepala ikan kat Gurney Drive yg "version" melayu pulak. Bagi daddy dia lagi suka yang Melayu punya kari. Aku lagi suka Kassim Musthapa. Rasa kari dia lebih "kick". Kali ni kami makan 3 orang RM47.30. Tapi Fahme belanja. 

Double R dah "start" buat perangai. Itu la... Ini la.... Kami ambil keputusan balik hotel sahaja. Hari ni kami tukar bilik daripada "Single Standard" kepada "Deluxe Room".  Untuk bilik ini kalau kita "booking online" RM140. Tapi bilik tak boleh pilih. "Booking" kat kaunter RM160. Tak kisah la sebab nak cuba yang bilik betul-betul mengadap laut pulak. Bilik dia agak besar jugak. 

Lebih kurang pukul 3:30pm Rayn dah mula gelisah ajak turun mandi laut. Nasib baik la cuaca tak berapa panas. Di perkarangan hotel ada pokok yang redup. Boleh la kami melayan anak-anak sambil main pasir. Raynia dua tiga kali tergolek sampaikan dia dah tak nak mandi laut lagi sebab dia takut dengan ombak. Rayn pun sama. Dia cakap laut tu besar susah dia nak berenang. Daddy jer seronok mandi laut. Habis sesi laut sambung pulak dekat "pool". Bukan main seronok lagi Double R. Sebab utama mereka suka pergi hotel adalah "swimming pool". Hampir pukul 6:00pm baru naik ke bilik. Semuanya tewas kepenatan.

Lepas maghrib Fahme bawak tunang dia datang hotel sambil bawak pasembor + nasi lemak. Memang bagus la sebab kami memang tengah lapar. Hujan pulak tuh. Lepas tu dia orang ajak lepak dekat McD Ferringhi. Lepas bersurai kami jalan-jalan kejap di pasar malam Batu Ferringhi. Tak ada apa yang menarik hati aku. Lagipun dah penat nak tengok-tengok. Balik hotel terus tidur sampai pagi.



No comments: