Sakit:- ...dan Ulang Tahun ke 63
by Nor Bibi Abdullah on Tuesday, 17 April 2012 at 09:20 ·
16.April 2012.... Semalam.....berlalu dengan pelbagai kemeriahan....Alhamdulillah....berbeza daripada tahun2 sebelumnya...ulang tahun diraikan dalam suasana kita sehat dan mampu mengurus diri.
Ya Allah...62 tahun yang lalu adalah satu jangka yang panjang....meninjau kebelakang...apakah yang telahku lakukan?apakah amalan dan persediaanku untuk mengadapMu Ya Allah?apakah aku telah melakukan kerosakan atau sebaliknya di bumiMu ini?Ya Allah ampunilah dosa2ku, terimalah amalku walaupun sedikit....dan kumohon peluang untuk teru bersujud kepadaMu Ya Allah.
Selama mengharungi kehidupan yang lampau,terlalu ramai/ banyak / semua orang di sekelilingku membantu memudahkan kehidupanku...meringankan bebanku...membantu waktu senang dan waktu susahku.
Sewaktu kecil membesar dalam keluarga arwah Ma di Kampung Sirih(al Fatihah untuk Arwah) ...tanpaibu ayah di sisi...pastinya sukar bagiku..namun Arwah Tok Ayah, Arwah Mak,semua Arwah ibu saudara bapa saudaraku,rakan2 sekolahku, sepupuku.terutama Che Ani....telah menjadikan kehidupanku selesa...pada waku itu guru2 sekolahku juga banyak membantu menjadikan aku kuat mengharungi hidup dalam masyarakat yang melabelkan gadis bersekolah Inggeris adalah kafir.Nauzubillah.
Guruku Arwah cikgu Wan Esah,Arwah cikgu Ramlah dan Arwah cikgu Kadir Da arwah cikgu Ali.adalah guru sekolah rendahku di Kg Sirih....yang mendidiku dengan penuh kasih sayang...di sekolah ZES pula cikgu Nik Abu Bakar(Dato), cikgu Ibrahim, Cikgu Latiff, cikgu Cardoza, Mrs Nathan..cikgu Halimah Hassan,Ustazah Halimah..cikgu Tg Sofia, Mrs Yussof, Mrs Rahim Merican...Cikgu Rohani, cikgu Siti Raudhah,Mr Goh@Haji Sani....mereka adalah guru,pendidik ,pembimbing dan sumber inspirasiku...tidak lupa juga Puan Hajjah Rahmah....juga membentuk diriku menjadi aku....( uish! Tersasar keluar tajuk ni).
Bila berkeluarga dan berkerjaya....keluarga suamikulah yang banyak membantuku, susah dan senang...yang memberiku konsep kekeluargaan yang akrab..nilai2 kehidupan yang sehat.Alhamdulillah..
Sekolahku tempatku berkerja MRSM Kuala Krai, MRSM Kuantan dan lebih2 lagi MRSM KB/ Pengkalan Chepa...adalah rumah keduaku...kerapkalinya rumahku juga sudah jadi macam pejab cawangan MRSM,dan di MRSM juga tempat anak2 ku jadikan taman permainan mereka....rakan dan kawanku adalah keluargaku...murid2 ku adalah juga anakk2 ku....Ya Tuhan....terlalu lama bersama dengan anak remaja di sekolah menyukarkan diriku untuk menjadi dewasa, walaupun untuk anak cucuku...
Dan hari Ya Alla jika Engkau memberiku peluang untuk terus bermusafir di bumiMu ini Ya Allah kupohonkurniakanlah kesihatan yang berpanjangan.kumohon perjalanan yang penuh dengan kebaikan dan taqwa...adaku tidak menyusahkan tetapi memberi manfaat..tuaku tidak mengganggu yang muda dan tidak menggugat yang lama.
Ya Allah Maha Suci zat yang menjalankan kami sedangkan kami tidak berupaya..Penolongku hayalah Allah...Tiada Tuhan melainkanNya.KepadaNyalah Aku berserah dan Dialah yang Memelihara 'Arash Yang Besar( atTaubah:129)
No comments:
Post a Comment