Friday, May 11, 2012

[Ibu] - Catatan Ibu 8


Sakit:- kemoterapi pertama.
by Nor Bibi Abdullah on Sunday, 29 April 2012 at 16:44 ·

Minggu sebelum kimo memang minggu yang mencabar.mendebarkan dan menakutkan.ramai yang datang dan memberi nasihat,pandangan,cadang,sokongan dan pelbagai.....banyaknya mendapat maklumat daripada orang lain.seorang dua bercerita tentang pengalaman mereka sendiri, itupun kanser payudara dan kanser usus.....ada waktunya memang rasa untuk tidak meneruskan rancangan....dan diwaktu terdesak begini aku memilih untuk berkongsi rasa dengan Allah di awal pagi atau waktu sendirian..
Darul Shifa' juga menjadi pilihan kami sekeluarga...
Pada hari sebelumnya juga masih ramai yang datang penafsir penyakit dan rawatanku...sehinggakan aku merasa seolah2 para doktor pakar sedang membuat rumusan sebelum meneruskan rawatan..Ya Allah tolonglah.
Tepat jam 8.30 pagi Rabu 25.4.2012 kami tiba di bilik rawatan kemoterapi...selepas mendaftah, jururawat bertugas mengambil darah...".... Kak datang semula pukul 10 pagi nanti" o oh...kami memilih untuk keluar sarapan pagi.selesai sarapan, singgah di Pusat Sumber Payudara...berbicara dengan jururawat bertugas.
Pukul 10.00 pagi balik semula ke bilik rawatan...keputusan darah tiba sekitar 10.45 pagi.." kak boleh pilih mana2 katil.....""oh? Kerusi?""kerusi tak boleh untuk chemoport..." memilih katil paling tepi/ paling jauh dari pesakit lelaki...."kita masukkan normal saline dulu ya...".... Dan sejam kemudian dimasukkan pula sebotol kecil ubat tahan muntah....
Pada waktu menanti begitu, zikir dan doa menjadi teman dan sesekali mendengar celoteh Wahida dan jururawat bertugas....dan sempat juga berbual dengan pesaki muda di tepiku....sekitar jam 12.16 petang jururawat datang lagi," kak kita nak masukkan ubat kemo....1/2 jam selesai tapi kita perlahankan sikit..."
Mula terasa tekanan. Dan setiap ucapan dan nasihat kawan2 datang menerjah....dan ianya menakutkan...
Namun hatiku berkata. Hanya Allah yang tahu.Allah mengentahui segala rahsia yang kita tidak tahu..dan jika kita ingin tahu tanyalah pakar....aku berserah paada Yang Esa...dan kata2 Dr Wan Nazri ku pegang kejap.. 
"......cikgu kemo ni banyak jenis pengalaman mereka tidak sama dengan pengalaman kita....sakit kita tidak sama dengan sakit orang lain...." Ya Allah aku berserah padaMu Ya Allah!
Selesai habis ubat kemo, tanpa apa2 trajedi...sekitar 1.25 ptg perutpun mula terasa lapar.Alhamdulillah lepasni boleh balik dan makan tengahari..."kak ni nak bagi normal saline dan botol kecil untuk flush chemoport" terperanjat juga tengokkan botolnya, nampak gaya sejam lagi pun belum tentu selesai.
Hukhuk makan biskut kering dan minum air zamzam....
Flushing chemoport selesai sekitar3.30 petang Alhamdulillah...
Dan balik rumahhhhhhhhhh 
Ya Allah syukur atas segala nikmat, rahmat dan IkhsanMu Ya Allah.
Terimakasih atas semua yang mendoakan.....Alhamdulillah

No comments: