Aku cukup pantang bila balik kerja ada kereta jiran yang tak faham bahasa "parking" kereta dia depan pagar rumah aku. Aku tahu bahagian jalan tuh kepunyaan Kerajaan Malaysia (kata-kata dari Customer Service Manager a.k.a. menantu dia).
Kisahnya bermula apabila hampir setiap hari bapa mertua jiran aku "parking" kereta dia depan rumah aku. Pernah ada 1 pagi tuh aku nak keluar sikit punya susah tapi dia boleh buat tak tahu ajer. Apa kes?
Aku dah beberapa kali bising kat AA tapi dia hanya sampaikan pesan pada abang ipar jiran aku tu. Mungkin pesanan tak sampai. Aku dah tak tahan lagi lalu aku "post" kat "wall" taman aku. Jiran-jiran mula bercakap-cakap bertanyakan siapakah gerangan yang empunya badan.
Ini mesej yang aku tulis dekat "wall" taman perumahan aku:
"Salam sejahtera tuan puan. Mohon jasa baik agar dapat memakir kenderaan dihadapan rumah jiran dengan betul. Dikhuatiri menganggu tuan rumah untuk keluar masuk. Kerjasama tuan puan amat dihargai. Sekian. Berkat Muafakat membawa Rahmat.:
Ini mesej yang "Customer Service Manager" bagi aku:
Hi, maaf ganggu, Sabariah (bukan nama sebenar) just nak clarified on ur status. Is it true my FIL car which park in front of ur gate until kerete akak x bole kluar? If yes very very sorry on behalf coz i thot all ths while he park at the road itself. Meaning dkt tepi tanah yg ada bunga/pokok. Sebab its NORMAL org2 parking kat tepi2. Maybe juga sbb assume itu normal road. Just like dekat depan rumah Sabariah (bukan nama sebenar) yg dkt pokok jambu tuh, tiap kali kami bersihkan pokok2 ada jer manusia yg letak kete sampai kete my FIL x de tempat nak letak (pastuh ko pegi letak depan rumah aku kan). Sorry again nway none of us read ur status until sumone ask us to read ur status with regards to Kak Jenab (bukan nama sebenar) punya comment about org lama. Hurm apa pun kalau lain kali mmg ada antara golongan family Sabariah (bukan nama sebenar) sakitkan hati akak sekeluarga, akak just talk to me personally kay. (Macam mana aku nak cakap kau tuh manjang tak ada kat rumah lepas tuh FIL kau tuh jenis tak faham bahasa dah nampak kereta tak boleh keluar buat tak tahu je). I always believe that FB is not a good medium to sent a message sebab takut tersalah faham (ye la FB kan tempat untuk tunjuk koleksi-koleksi Handbag Coach, hadiah-hadiah yang "hubby" bagi and etc.).
Lagi mesej dia:
Ok noted. Next time talk to me terus. FB ni sumtimes tak sampai dengan betul. At our end jugak. theres a reason why he parked there. my neighbour pun parked at about the same place tapi susah Sabariah (bukan nama sebenar) nak cakap coz itu jalan raya bukan tanah kami. (tapi FIL kau tuh parking suku daripada kereta dia depan pagar rumah kami which mean buat apa kami besarkan pagar tu kalau at the end susah jugak kami nak keluar kereta).
Mungkin silap aku jugak tak bagi tahu terus kat dia. Tapi dah berkali-kali aku pesan pada abang ipar dia. Mungkin mesej yang disampaikan jadi lain. Hurm pengajaran buat aku cakap sendiri dengan tuan punya badan.
3 comments:
sama la wei...jiran aku dulu pun macam tu..nsb baik depa dh pindah ka alam budiman.kalau tk kalau cuti skolah gini mmg kami sakit hati betul la..sbb famili dia org ni suka dtg dari kpg..adik beradik berhimpun satu umah sempena cuti..mmg penuh kete dpn umah..yg bes nya dlm umah dia kosong sbb dia park kete dia dpn umah kita..sakit hati kan. kita nk kuar kan kete punya lah payah..
kdg2 ada gak kawan dtg . tnya..eh bila masa kita org beli kete baru.kekeke saja sindir dlm diam
yes memang sakit hati lili... leh lak dia jawab jalan raya kan... sah2 la depan rumah kami tu jalan raya tapi kan ada pintu pagar bukan pagar tau... PINTU.... untuk keluar masuk... ngok ngek....
Sama la jiran lahanat saya tu. seksa saya nak keluarkan kereta - bukan double parking, kadang2 triple parking diorang buat. Dah tegur directly kat dia & dah pesan kat in laws dia, buat x tau je. Sakit hati la, bab*...
Post a Comment