Jumaat pertama 2012 aku demam.
Aduh hai.... Ini semua gara-gara "Double R" la ni... Al-kisahnya semalam. Lepas maghrib aku makan ubat dan baring kat sofa. "Double R" ni ada 1 macam penyakit tak boleh tengok aku baring. Maka dia orang pun mula la buat aksi tarzan... aksi doraemon... aksi utraman dan macam-macam aksi lagi. "Jealous" tengok aku baring kot. Bila aku marah-marah "Double R" ni mula la buat kerja lain pulak.
Tiba-tiba aku nampak rumah aku dipenuhi asap. Hah sudahhh.... Rupa-rupanya dah 1 tong bedak dia orang kerjakan. Mula dari dalam bilik bawah sampai la ke ruang tamu. Apa lagi menyinga la aku. Aku jerit suruh "Double R" naik atas duduk diam-diam kat atas sementara aku bersihkan bedak tuh. Tau pulak dia orang takut. Raynia pun ikut la abang dia naik atas. Tapi kejap-kejap intai gak aku buat apa kat bawah.
Selesai sesi mengemas di bahagian bawah aku naik atas. Sedang enak aku gosok gigi (enak ke???) Rayn nak masuk "toilet" kononnya nak cuci dan tukar baju nak tido. Aku bagi laluan untuk dia buat kerja-kerja dia sementara aku pergi ambil "towel" dia kat bilik dia. Datang-datang jer baju Raynia dah basah. Aduyai.... aku bukak la baju si adik pulak.
Bila aku nak pergi ambil dia orang... amik kaw.... 1 botol "shower foam" dia orang kerjakan. Patutlah aku bau wangi jer. Nasib baik yang Pureen jer dia orang kerjakan. Kalau yang aku punya memang aku menangis laaaaa...
Kena debik sorang-sorang melalak macam kena pukul bertalu-talu. Dah siapkan "Double R"... aku keluar bilik dia orang. Cepat-cepat Rayn kunci pinti kononya marah kat aku la. Ketu-ketuk dua tiga kali bukak la dia. Bagi susu sorang 1 terus lena.
Aku biar jer Raynia tidur ngan Rayn. Aku tidur sorang-sorang. Best giler.
1 comment:
Sabar aje la peel anak2 ni kan hehe...
Post a Comment