Monday, June 3, 2013

[Personal] May Updates

Bulan May 2013 penuh dengan suka duka. Awal bulan Raynia masuk hospital sebab "Viral Fever". 5 hari 4 malam berkampung di Ampang Puteri Specialist Hospital.  Kesia  Rayn terabai sedikit sebab banyak tumpuan untuk Raynia.

Selepas 2 minggu Raynia keluar hospital. Aku pulak kena demam tak kebah-kebah walaupun dah makan antibiotic dan 3 kali pergi GP. Malam 20hb aku pulak kena "admitted" kat Pantai Hospital Ampang. Aku pilih hospital ni sebab faktor dekat dengan rumah.

21hb 9:30am Aidil pulak terlibat dalam kemalangan. Dia di langgar 100 meter dari hospital dalam perjalanan ke "office". Dislocate bahu, cervical patah & wrist patah. Masya Allah dugaan betul. 3 jam dalam OT untuk masukkan "plate" untuk cantumkan balik tulang. Perasaan aku hanya Allah SWT yang tahu.

No comments: