Tuesday, February 5, 2013

[Perasaan] Februari oh Februari


Februari dah datang. Cepatnya rasa masa berlalu untuk tahun 2013. Tahun 2012 sungguh mencabar bagi aku. Dengan kerjanya... belajarnya... urusan rumahnya... Harap-harap tahun 2013 memberi makna kepada aku. Amin.

Februari 2013 aku tak nak cemarkan dengan apa-apa insiden yang boleh membuatkan hati aku tersentap seperti Februari 2012. Cukup. Aku mahu mulakan tahun 2013 dengan cerita-cerita indah dan kenangan yang boleh buat aku tersenyum sepanjang masa untuk aku ingatinya. InsyaAllah. 

Fokus aku tahun ini lebih kepada keluarga aku sendiri, kepada kerjaya aku dan juga kepada pelajaran aku.

Tapi Januari 2013 aku penuh dengan keperitan. Dengan terbukanya sikap teman sekerja yang tikam belakang, KPI aku yang jatuh merundum, perangai "boss" yang makin pelik dan jelek. Ya Allah. Sungguh berat ujian dan dugaanMu. Tapi aku ada kawan-kawan yang selalu memberi sokongan dan semangat. Alhamdulillah. Terima kasih kawan atas sokongan dan selalu membuat hari-hari aku penuh ceria. Dan hari ini aku masih lagi mampu tersenyum walaupun hati aku sakit.

Permulaan Februari 2013 sungguh indah bagi aku. Meluangkan hari-hari cuti bersama-sama dengan orang-orang tersayang. Cuti Hari Wilayah, Rayn sekolah. Raynia aku hantar taska. Aku & AA sibuk mencari "Interior Designer" untuk dekorasi bawah tangga. Maklum la tangga rumah aku tak macam rumah orang lain yang dah siap tertutup. Baru ada rezeki lebih untuk buat ubah suai. Mak pun sudi belanja sikit. Itu yang seronok tu. Terima kasih mak. Tapi pencarian kami gagal. Semua "ID" nak mula projek lepas cuti Tahun Baru Cina. Nampak gaya macam kena tangguh lagi.

Petang lepas jemput "Double R" kat Taska, kami bawak dia orang pergi "park". Seronok tengok dia orang terkejar-kejar naik turun gelongsor. Maklum la bukan selalu dapat peluang macam tu. 

Khamis nanti (7 Feb 2013) mak ayah datang. Yahoo.... Seronoknya.

No comments: